Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 2 March 2013

OPERASI MEMUSNAHKAN PENCEROBOHAN SABAH WAJAR DISERAHKAN KEPADA ATM


Untuk mengelak daripada lebih ramai pihak polis mengalami kecederaan atau kematian kes pencerobohan ini sudah wajar diserahkan kepada Angkata Tentera Malaysia. Ini kerana keadaan sudah berbeza daripada awal. Kini penceroboh sudah memasuki fasa peperangan dengan menggunakan senjata berat dan hanya ATM sahaja yang mampu memusnahkan unit senjata berat pencerobohan ini.

Walaubagaimanapun seluruh kawasan pendudukan penceroboh telah dikepung termasuk di sekeliling perairan laut.

Dengan kelengkapan yang lebih sofistikated dan skil perang lebih jitu Angkatan Tentera Malaysia mampu menyelesaikan kemelut ini dengan lebih cepat.

Rentetan Peristiwa serangan

LAHAD DATU 12.45PM: Sekurang-kurangnya dua pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh manakala tiga polis cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi Jumaat.

Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Cubaan The Star untuk menghubungi Azzimudie gagal tetapi dia dilaporkan sebagai berkata kepada radio Filipina kira-kira pukul 10.20 pagi bahawa mereka ditembak dan perlu mempertahankan diri.
Azzimudie mendakwa terdapat beberapa anggotanya yang cedera.

LAHAT DATU 2.30PM: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

“ Apa yang berlaku mulai sekarang, saya berharap tiada siapa akan menuduh pasukan keselamatan tidak memberikan ruang kepada pemberontak untuk menyelesaikan perkara itu secara aman," - Hishammuddin 

Jam 4.00 petang : Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...