Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 24 May 2013

Zahid HAMIDI SUDAH GILA????

OLEH SH:
Sebelum ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang dok mengutuk dan mengkritik pihak keselamatan kerana lambat bertindak dalam sesuatu isu.

Itu bahan pertikaian mereka dalam isu di Lahad Datu. Kononnya, kata diorang, tindakan lembab dari pihak keselamatan itulah yang membuatkan keadaan tidak terkawal.

Sekarang pihak KDN dengan Menteri serta Ketua Polis Negara yang baru sudah pun bertindak bagi menghalang sebarang kekecohan yang bakal berlaku.

Pun masih ada jugak orang yang tak suka? Pun masih jugak diorang yang nak pertikai? Apa lagi yang diorang nak ye? Nak bagi diorang memerintah? Alamat jahanam la Negara jawabnya!!! Isu dalam parti sendiri pun tak selesai, nak ambik alih Negara macam mana!!!
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. 

Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato’ Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.

Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.

AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya.

PANAS !!! VIDEO AKSI PANAS TIAN CHUA TERSEBAR ???




Korang tengok sendiri Tian Chua enggan mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh anggota PDRM yang telah diamanahkan supaya menahannya.

Sikap kurang ajar pemimpin pembangkang ini jelas menunjukkan mereka ini kurang ajar dan tidak mengikut arahan yang telah diberikan.

Anggota PDRM telah memujuk Tian Chua supaya memberikan kerjasama , namun setelah beberapa minit anggota yang berlemah lembut memujuk namun gagal. 

Tian Chua memberikan alasan tidak akan mengikut jika tanpa pegawai atasan. Setelah lama memujuk akhirnya angkat masuk kedalam kereta. Pada masa yang sama Tian Chua melembutkan diri dan jatuh kelantai.

Ini adalah taktik untuk menimbulkan rasa simpati. Gampang sungguh pemimpin PKR nie. Mencari publisiti murah. 




Siapa yang tak kenal Tian Chua? Pakar gigit telinga polis, langgar orang, serang polis, cetus kekecohan dan paling hebat yang dia pernah buat ialah menuduh insiden di Lahad Datu sebagai satu "sandiwara" BN..!!!

Tian Chua pernah didakwa kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Tian Chua telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas beliau didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun mahkamah telah membenarkan penangguhan hukumanan tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu.

PANAS TERIK !!! KJ KENE BULI TERUK ???






Macam tak caya plak Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin didera melepasi pelbagai halangan "Obstacle" yang disediakan penganjur dalam cabaran "Viper Challenge". 

Viper Challenge merupakan salah satu event menarik yang terdapat di Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta terpaksa melakukan aktiviti xtreme untuk melepasi kesemua halangan yang disediakan oleh pihak penganjur. 

KJ yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mencuba cabaran ini walaupun beliau merupakan seorang menteri. Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau juga berjaya menamatkan halangan dalam usia 37 tahun dan tak sia-sia beliau mengikuti kursus askar wataniah tahun lepas. 

Jadi, malu la anak muda yang lebih muda umurnya daripada Menteri Belia dan Sukan kalo tak mampu melepasi semua halangan tersebut. 

Oleh itu, ayuh anak muda di luar sana... Datanglah ke Festival Belia Putrajaya 2013 beramai-ramai dan mencuba halangan "Viper Challenge" ni bagi membuktikan korang boleh menewaskan Menteri Belia. 

VIDEO ADAM ADLI MENANGIS INSAF !!!


Video Adam Adli Insaf Tersebar..




Lain macam je nada percakapan mamat ni.
Adakah dia telah sedar bahawa perjuangannya selama ini songsang setelah 5 hari di dalan siasatan?
Ataupun hanya lakonan belaka untuk mengabui pihak berkuasa?
Apa yang nyata, hentikanlah kerja sia-sia ini.
Terimalah sehalanya dengan redha..

KISAH SEDIH Tun Ammar Adik Kepada Tun Faisal UMB???

Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz. 




Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini. 

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. 

Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah.  

Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf. 

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd.   Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya.


*juga boleh dibaca disini.


KANTOI LAGI !!! Isteri Curang Ditangkap Bersama Pegawai Kanan Tabung Haji ???


Gambar hiasan
GEORGETOWN - Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.

Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.

Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.

Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget