Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 24 December 2012

~Gadis Tunjuk Dada Desak PM Undur~


 Kontroversi FEMEN yang merupakan pendokong kepada pergerakan Femenisme tidak perlu di perkatakan lagi. 


FEMEN yang terkenal dengan imej topless ini sering menimbulkan sentimen kebencian yang meruap-ruap terhadap Perdana Menteri Russia Vladimir Putin. 

Meskipun Perdana Menteri Russia sekarang ialah Dmitry Medvedev, FEMEN masih lagi menganggap Putin sebagai individu yang perlu di perang habis-habisan. Keadaan ini mungkin kerana insiden penahanan anggota P**** Riot yang telah menghinanya dalam sebuah konsert di Moscow.

 Demonstrasi yang bertemakan "Apocalypse" ini diadakan ketika persidangan Kesatuan Eropah (EU) - Russia di Brussels, Belgium.

FEMEN mahu putin di humban ke nerakaFEMEN mahu putin di humban ke nerakaFEMEN mahu putin di humban ke nerakaFEMEN mahu putin di humban ke neraka

sumber:http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/12/gadis-tunjuk-dada-desak-pm-undur.html


~LAGI AHLI PAS SERTAI UMNO~


KUALA TERENGGANU: Ramai anggota dan penyokong Parti PAS menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
“Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di Kuala Terengganu, pada Sabtu.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.
Ahmad berkata, beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.
Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata, beliau menyertai Umno dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.
“Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.
“Saya lihat penyokong Pas sekarang ‘sudah sedar’ sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai Umno atau BN selepas ini,” katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai Umno.
Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai Umno serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang.
- BERNAMA PERAK TODAY

~ jalan/laluan yg sudah dinaiki air dalam Bandar Kuantan.~

Berikut adalah senarai jalan atau laluan yang telah ditenggelami air banjir.Bukan kerana lynas ye...ini kerana hujan yang dikatakan begitu lebat menyebabkan jalan atau laluan ditenggelami air banjir


1. Jalan Lim Ho Lek
2. Parling Pasar Kuantan
3. Jalan BUkit Ubi 1
4. Jalan Wong Ah Jang
5. Jalan Mahkota



6. Jalan Abd Aziz



7. Taman Air Putih Lorong 54


Menurut info,Kini kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir dan mereka yg terperangkap dalam banjir kilat di Kuantan sedang giat dan rancak dijalankan oleh pihak berkuasa negeri Pahang. Terimakasih kepada semua yg terbabit..Terima Kasih Bro Jas Salleh

~KEMARAU PERAK BERAKHIR!!!~

Tahniah pada pasukkan bola sepak Perak setelah berjaya muncul juara dalam Piala Emas Raja-Raja edisi ke 72 semalam.Tahniah Dari Anak Jati Malaya buat pasukkan bola sepak Perak. 

PEMAIN dan pegawai pasukan Perak meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2012 di Ipoh kelmarin.
SEMANGAT berpasukan yang jitu menjadi kunci utama kejayaan Perak untuk muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
Perak yang sudah menanti selama 22 tahun untuk menjulang piala tersebut dan mereka terpaksa berhempas pulas selama 120 minit sebelum berjaya menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir.
Kejayaan di Ipoh itu merupakan kali kelima Perak muncul juara kejohanan tersebut.
Mereka pernah menjuarainya pada tahun 1927, 1962, 1974 dan 1990.
Dua penyerang muda, Hamizul Izaidi Zulkifli dan Khairul Asyraf Sahizah menjadi wira Perak apabila menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir itu.
Perak dan Kedah terpaksa bermain sehingga ke masa tambahan apabila gagal menjaringkan sebarang gol selepas beraksi selama 90 minit.
Perak mendapat gol pertama melalui tandukan Hamizul setelah menerima hantaran daripada Mohd. Hafiz Ramdan pada minit ke-105.
Hasrat Perak untuk menjuarai edisi ke-72 semakin kukuh apabila pemain gantian, Khairul Asyraf menjaringkan gol kedua pada minit ke-120.
Kapten Perak, Mohd. Nasir Basharuddin yang juga pemain Liga Super Perak musim 2013 dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.
Jurulatih, Abu Bakar Fadzim mengakui kekuatan semangat berpasukan membuatkan pemain-pemainnya sentiasa berjaya mematahkan serangan lawan.
“Saya meminta semua pemain bermain mengikut strategi yang ditetapkan dan tidak melakukan kesalahan yang boleh membawa padah kepada pasukan,” jelas Abu Bakar di Ipoh semalam.
Lebih 15,000 penyokong tempatan yang hadir di stadium tersebut telah memberi sokongan padu kepada skuad Seladang.
Selain berbangga dapat menjulang piala tersebut, para pemain Perak juga akan menerima habuan berjumlah RM80,000.
Para pemain akan berkongsi hadiah kemenangan tersebut.
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tuanku Hamid Thani berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- KOSMO!

~GEMPAR!!!9 ASPEK Memperkasa Belia Malaysia~

Aje bebeno wei...tetiba teman terjumpa kat blog Daeng Selili ni...nak di kabo kan citer dalam blog ni ada cerita 9 aspek yang memperkasakan belia-belia di Malaysia.
Tahniah Kerajaan Pusat..

Hah Antaranya ada dibawah ni..

i. Menyediakan latihan kepimpinan yang bersifat dinamik dan terkini kepada semua generasi belia;


ii. Membangunkan instrumen bagi mengenal pasti personaliti belia yang memenuhi kelayakan minimun untuk dilatih sebagai pemimpin belia;


iii. Mewujudkan mekanisme khusus untuk membangunkan semangat kesukarelaan di kalangan belia;



iv. Merangka strategi dan program khas pembangunan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan belia;



v. Merangka pelan tindakan untuk meningkatkan nilai integriti dan moral di kalangan belia;


vi. Menjadikan pemupukan semangat patriotik dan peningkatan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul program yang dianjurkan;



vii. Menjadikan modul kenegaraan dan literasi kewarganegaraan sebagai sebahagian daripada modul pendidikan dan menjadikan ia sebagai subjek wajib lulus;

~Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!~


Diperingatkan pada semua penduduk di pantai timur agar lebih berhati2 di musim hujan.Jika banjir pada paras merbahaya eloklah berpindah ke kawasan lebih tinggi...Dan jgn lupa barang2 pribadi termasuk ic,surat beranak n lain2 harap dpt dijaga rapi utk mengelak kejadian yg lebih bahaya.

Amaran hujan lebat peringkat jingga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi semalam untuk semua negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala amaran peringkat jingga dikeluarkan untuk negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi).
Di bawah adalah rekod bacaan jumlah hujan yang turun pada tengah malam 24 Disember 2012 di negeri-negeri berikut…

~APABILA KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO DIFITNAH ANJUR PARTI SEKS~


Tengok je gambar mcm ni mula lar berbagai persepsi yang sengaja pembangkang timbulkan pada hal ,menurut info dr blog keris 7 lok gambar ini adalah majlis harijadi dan yang memeluknya adalah isterinya sendiri (Datok Reezal).Udah2 le fitnah woi!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget