Tahniah pada pasukkan bola sepak Perak setelah berjaya muncul juara dalam Piala Emas Raja-Raja edisi ke 72 semalam.Tahniah Dari Anak Jati Malaya buat pasukkan bola sepak Perak.
SEMANGAT berpasukan yang jitu menjadi kunci utama kejayaan Perak untuk muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
Perak yang sudah menanti selama 22 tahun untuk menjulang piala tersebut dan mereka terpaksa berhempas pulas selama 120 minit sebelum berjaya menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan akhir.
Kejayaan di Ipoh itu merupakan kali kelima Perak muncul juara kejohanan tersebut.
Mereka pernah menjuarainya pada tahun 1927, 1962, 1974 dan 1990.
Dua penyerang muda, Hamizul Izaidi Zulkifli dan Khairul Asyraf Sahizah menjadi wira Perak apabila menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir itu.
Perak dan Kedah terpaksa bermain sehingga ke masa tambahan apabila gagal menjaringkan sebarang gol selepas beraksi selama 90 minit.
Perak mendapat gol pertama melalui tandukan Hamizul setelah menerima hantaran daripada Mohd. Hafiz Ramdan pada minit ke-105.
Hasrat Perak untuk menjuarai edisi ke-72 semakin kukuh apabila pemain gantian, Khairul Asyraf menjaringkan gol kedua pada minit ke-120.
Kapten Perak, Mohd. Nasir Basharuddin yang juga pemain Liga Super Perak musim 2013 dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir.
Jurulatih, Abu Bakar Fadzim mengakui kekuatan semangat berpasukan membuatkan pemain-pemainnya sentiasa berjaya mematahkan serangan lawan.
“Saya meminta semua pemain bermain mengikut strategi yang ditetapkan dan tidak melakukan kesalahan yang boleh membawa padah kepada pasukan,” jelas Abu Bakar di Ipoh semalam.
Lebih 15,000 penyokong tempatan yang hadir di stadium tersebut telah memberi sokongan padu kepada skuad Seladang.
Selain berbangga dapat menjulang piala tersebut, para pemain Perak juga akan menerima habuan berjumlah RM80,000.
Para pemain akan berkongsi hadiah kemenangan tersebut.
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tuanku Hamid Thani berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- KOSMO!
No comments:
Post a Comment