Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 12 February 2013

Pas Saran BN Beri Nasha Tiket Tanding PRU13


images

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) disaran beri peluang kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berminat dan memerlukan bekas orang nombor dua Pas itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, BN terutama Umno tidak harus mengetepikan Nasharudin dalam pilihan raya ini kerana beliau sudah bekerjasama dengan parti itu sejak 2008 lagi.

Antaranya, beliau didakwa pernah cuba melobi untuk menubuhkan kerajaan gabungan Pas dengan Umno di Selangor dua hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

“Nasharudin kelihatan seperti begitu cuba untuk membantu Umno dalam pelbagai hal hingga ketepi kepentingan Pas sendiri. Kerana itu, jika benar Umno perlukan dia, buka peluang untuk dia bertanding di mana-mana kerusi atau beri laluan di Bachok,” katanya pada sidang media di Kota Darul Naim, semalam.

Husam berkata, pengguguran Nasharudin daripada Majlis Syura Ulama Pas bukan disebabkan kerjasamanya dengan Umno, tetapi ketidakhadirannya dalam beberapa mesyuarat Majlis Syura dan Pas Pusat.

“Kalau dia nak, dia boleh merayu semula. Saya cadangkan dia kembali, tetapi dengan syarat, dia mesti patuh pada peraturan dan hadir mesyuarat seperti biasa. Dia bukan Umno tapi semua kerja yang dilakukan adalah untuk membantu Umno.

“Kalau kita kahwin dan isteri main kayu tiga, dayuslah kalau kita tidak tegur perbuatan dia,” katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas adalah menepati matlamat untuk menukar dasar kerajaan yang zalim. – Sinar Harian

sumber:http://detikperubahan.com/2013/02/10/pas-saran-bn-beri-nasha-tiket-tanding-pru13/

Cat Merah pada Billboard satu ugutan buat PM dan MB Perak

Billboard yang telah dibaling Cat Merah

Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah ,Perak tadi Anak Jati Malaya terperati satu Biilboard di Taman Batu Gajah Perdana,yang telah dikenalpasti telah  dibaling cat merah kearah gambar PM Ds Najib dan Menteri Besar Perak,Dr Zambry.

Amat kurang hajar la kan .Cat merah dibaling kearah gambar kedua-dua pemimpin ini.Apakah petanda cat merah yang dibaling ini satu ugutan bunuh buat DS Zambry serta PM DS Najib Razak

Bagi Anak Jati ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,serta mengundang pelbagai persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.Tindakkan sebegini dianggap membakar api perkauman.


Apakah petanda gambar PM dan MB Perak yang telah dibaling cat Merah ini satu amaran buat pemimpin Melayu.Adakah nasib bangsa kita dihujung tanduk.?Anak Jati Berharap agar tindakkan tegas dapat diambil pada si Pelaku

Difahamkan tadi,satu laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi MCA Batu Gajah,Dato Lee Kon Yin di balai polis Batu Gajah sebentar tadi



Anwar minta tukar tempat ceramah


Berita yang baru diterima iaitu Anwar Ibrahim meminta Pas dan PKR Pengkalan pegoh dengan kerjasama Lee Boon Chye supaya mengubah tempat ceramahnya beliau iaitu di hadapan Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh. Ini dibuat supaya ceramahnya tidak bertembung dengan ceramah Ummi Hafilda.

Menurut cabaran daripada Ummi Haflda Ali iaitu adik kepada Azmin Ali iaitu Ummi mahu berhadapan dengan Anwar Ibrahim bagi merungkai samada betul-betul tuduhan yang akan dilemparkan oleh Ummi Hafilda nanti itu fitnah atau memang benar-benar berlaku.

"Jika Anwar Ibrahim ada 'Telur' sila buat ceramah ditempat yang telah ditetapkan iaitu di padang bola Kampung Pengkalan Pegoh, Jalan menghala ke Simpang Pulai.

Tinjauan yang dibuat oleh Sungai Rapat Online sebentar tadi hanya satu sahaja khemah yang dipasang di hadapan rumah bernombor 82C, menghala ke padang bolasepak.

Mereka seolah-olah membuat gimik sahaja sedangkan pilihan mereka satu lagi tempat iaitu hadapan markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh.

Pertembungan ini adil untuk rakyat sebelum PRU13 supaya rakyat dapat menilai siapa yang benar dan siapa yang suka menipu rakyat.

Sementara itu beberapa orang daripada unit amal Pas sedang membuat pembersihan dihadapan markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh bagi membuat satu lagi pilihan tempat berceramah untuk Anwar Ibrahim supaya tidak bertembung dengan Ummi Hafilda.

SG RAPAT ONLINE

Arab Spring akan berlaku Di Malaysia


 

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.

 Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.

 Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.

 Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.

 Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”

 Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”

Lagi :Black Panther

Blogger dedah penerimaan Anwar



Desas-desus berhubung penolakan golongan ulama di dalam Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memegang jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 turut didedahkan beberapa blog politik tempatan.


Desas-desus itu turut diperkukuhkan dengan pendedahan mengenai pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar di rumah tokoh ulama berkenaan di Bangi, Selangor pada 4 Februari lalu.

Menurut blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, pertemuan itu bertujuan meminta Haron memujuk Dewan Syura Ulama Pas berhubung penetapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri pembangkang seperti diputuskan dalam mesyuarat 3 Februari lalu.

"Keputusan dewan ulama itu telah bocor ke telinga Anwar. Sebab itulah selang sehari, Anwar segera memalukan diri untuk memujuk Haron Din mendesak dewan berkenaan menarik balik keputusan mengenai status Perdana Menteri," demikian menurut blog berkenaan dalam entri bertajuk 'Apa Sebenarnya Berlaku Pada 4 Februari' semalam.

Mingguan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang ekoran tercetusnya ura-ura Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar menduduki jawatan berkenaan.

Menurut sumber, walaupun kesahihan pendirian Majlis Syura Ulama Pas itu masih belum dipastikan namun keputusan tersebut didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Sebahagian besar para ulama di dalam Pas merupakan ahli majlis syura ulama berkenaan serta anggota dewan ulama parti itu.

Sementara itu, blog http://medan-info-kita.blogspot.com menjelaskan, kedatangan Anwar ke rumah Haron dibuat sejurus selepas mendapat tahu keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang tidak mencalonkannya sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Pertemuan pada malam 4 Februari (berlaku) di rumah Dr. Haron Din di Bangi. Anwar bergegas ke sana untuk minta nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

"Mesyuarat majlis syura telah menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya menawan Putrajaya. Majlis syura berpendirian calon yang lebih layak adalah Presiden Pas sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang," menurut blog tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, blog http://www.anwaraidc.com/ pula mendedahkan berhubung putar belit seorang individu melalui blognya yang menyebut Haron yang mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Sedangkan menurut blog itu, berdasarkan sumber dalaman mereka, Anwar yang bertemu dengan Haron dan bukan sebaliknya.

"Individu terbabit, orang Anwar, dia terbalikkan cerita kata Haron jumpa Anwar, walhal Anwar yang pergi jumpa Haron Din.

"Dia sengaja spin (putar belit) cerita, dia nak tunjuk Anwar masih relevan hinggakan Haron terpaksa datang melutut kepada Anwar," kata sumber blog tersebut.

Ketika ditanya keperluan Anwar bertemu Haron, sumber blog itu menjawab: "Anwar minta nyawa daripada Pas."

Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam Pas mendedahkan penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar ketika ini semakin kuat.

Zahrain berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang lain.

Kenyataan beliau disokong beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura tersebut.

Cina Dap cube cetuskan 13 Mei kembali



Semalam kita digemparkan dengan perbuatan yang sangat bangsat oleh seorang penyokong tegar DAP, menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi DYMM Raja Permaisuri Agong... Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayang Lepas pada jam 1:05 tengah hari semalam. Si bangsat ini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.



Nama: LEONG PEI KOE
No. Kad Pengenalan: 840718-10-5015
Umur: 29 tahun
Kerja: Quality Surveyor di sebuah kilang di Singapura
Pendidikan: Bsc Degree Building Economic and QS di Heriot Walt University Scotland, UK (2007)
Alamat: C18-18-9, Serina Bay, Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Pada jam 12:50 tengah hari sewaktu rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong berada di Terminal Perlepasan LTAB Bayan Lepas, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang diniaki oleh DYMM Raja Permaisuri Agong.

ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong yang melihat gelagat lelaki tersebut telah keluar dari kenderaan pengiring dan merapati LEONG PEI KOE.

Amaran telah diberikan kepada lelaki berbangsa Cina tersebut yang dia boleh ditahan dan ditangkap di bawah Seksyen 294 (a) KK. Bagaimanapun, lelaki Cina itu mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya dan berkata, di Pulau Pinang, polis Melayu tidak ada kuasa kerana Pulau Pinang adalah hak milik Cina.

Apabila ASP Mohd Fakharuddin menghampiri LEONG PEI KOE, lelaki Cina tersebut terus memberikan isyarat lucah beberapa kali. Dengan bantuan anggota PGA, akhirnya dia ditahan dan digari bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki Cina tersebut tidak mempunyai rekod lampau, manakala ujian air kencingnya adalah negatif.

Anwar VS UMMi Hafilda di IPOH



Disahkan bahawa pertembungan ceramah secara empat mata pasti akan berlaku antara Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda di padang bola sepak Kampung Pengkalan Pegoh pada 13 Feb 2013 jam 09:00 malam.

Persiapan sedang dilakukan oleh pihak PKR dan pihak yang akan membawa Ummi Hafilda.

Difahamkan selain Anwar dan Ummi Hafilda beberapa penceramah bebas juga akan turut juga seperti Lee Boon Chye, Zulkifli Nordin, Zahid Md Arif dan Chang Li Kang akan turut serta dalam ceramah secara berhadapan itu

(02) Video Sebenar tapak Perkuburan Mat Indera


Pembagkang sudah pastinya akan meroyan dengan video klip ini.Bagaimana kah dakwaan mereka yang mengatakan kubur yang mereka lawat itu adalah kubur Mat Indera.Mari Kita tonton video itu.

Di Sebabkan BR1M, Pencacai Pakatan Haram Bakal Di Saman Ketua UMNO Bahagian Langkawi


Gambar inilah yang sedang disebarkan oleh para pencacai cybertroopers dan bloggers pakatan kononnya Dato Nawi Adun Kuah merangkap Ketua Bahagian Umno Langkawi sedang menyampaikan bantuan BR1M kepada warga Burma di Langkawi..

Pencacai cybertroopers pakatan ni sengaja mereka reka cerita kononnya memang ada warga Burma dapat bantuan dari Kerajaan..Baca print screen dibawah..


Akhirnya tuan badan yang dimaksudkan iaitu Dato Nawawi Ahmad masuk memberi komen bahawa dakwaan yang dibuat ini semuanya fitnah dan satu pembohongan..

Penjelasan yang diberikan Dato Nawi dibawah ini membuatkan pencacai pakatan diam dan akibatnya, Dato Nawi akan bawa isu ini kepada peguam Umno untuk ambil tindakkan seterusnya kepada pencacai pencacai pakatan..


Sumber :- Medan Tempur

YB Pas Kedah Kutuk Ust Azizan,perli pimpinan pas pusat

YB NASIR


Komen YB Nasir: 

Lepas ni orang bawahan boleh sertai program yang menunjukan sokongan kepada UMNO. Kemudian pakai baju yang menunjukan sokongan pada UMNO. Lebih kurang macam tu la komen YB Nasir ni. Agaknya di tujukan pada sapa?

Tapi ayat last sekali tu yang tak boleh tahan.

Sembelihan orang UMNO tak boleh, sembahyang dengan orang UMNO pun tak boleh. Pakai baju UMNO serupa masuk UMNO, kapiaq juga la.


Update:
Kat bawah ni pula rakaman audio yang kedua. Depa dok perli dan kutuk Azizan Razak sebab pi program Kerajaan Pusat. 

Jentera Pas semua buat gencatan senjata sebab Azizan berdamai dengan UMNO. Kata depa lagi la.. untuk lebih lanjut, dengar perbincangan dalam rakaman dibawah.

Nak dengar lebih clear, sila gunakan earphone.


Lagi DI Kedah Ke Kl

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...