Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 17 March 2013

Terkini !!! Hangat Wajah "Tok Pawang" dan Seluar Dalam Putih Milik Pengganas Sulu


Inilah Tok ‘Pawang’ Pengganas Militan Sulu Berjaya Ditembak Mati!


KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.





Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya.



Seluar Dalam Bewarna Putih Antara Barangan Pengganas Yang Dirampas



Gambar di atas adalah antara pakaian yang dirampas daripada pengganas militan Sulu yang terbunuh setelah bertempur dengan pihak keselamatan.

Menariknya, antara yang dirampas adalah beberapa helai seluar dalam pengganas yang berwarna putih.

Tak tahulah pula sama ada ia hanya kebetulan atau pun mereka sepakat memakai warna seluar dalam yang sama…manalah tahu kot-kot itu termasuk dalam koleksi ‘petua’ mereka.

Cuma yang dikesalkan, harap seluar dalam saja putih tetapi hati pemakainya ternyata hitam berdaki!

Bayangkan, sudahlah masuk secara haram ke tempat orang, lepas tu sanggup pula membunuh pegawai dan anggota keselamatan kita yang tidak berdosa.

Tidak cukup dengan tembak, dipenggal kepala mereka, diseksa, malah sampai satu peringkat ditetak kepala anggota keselamatan kita hingga kelihatan otaknya.

Ada juga di antara mereka sempat merobek tubuh anggota kita, dikeluarkan limpa dan paru-paru!

Memang celaka pengganas Sulu ini…sebab itu bila melihat pada koleksi seluar dalam mereka, penulis rasa nak muntah macam nak keluar isi perut.

Warna seluar dalam dan ‘warna’ hati mereka ibarat langit dan bumi.

Itu belum campur bau pekung, maklumlah berminggu dok pakai seluar dalam yang sama tanpa tukar-tukar.

Terkini !!! Dalang Pencerobohan Lahad Datu didedah Lagi !!!



Terkejut bro,petang tadi gua sempat membelek2 blog  iaitu blog Apple Biru.Tergamam bro apabila beliau mendedahkan printscreen tentang FB Habiba Kiram. Apa yang menjadi tanda tanya, adakah benar apa yang didakwa oleh Haboba Kiram ini? atau sekadar cakap-cakap kosong belaka atau hanya propaganda bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Beberapa gambar menunjukkan latihan ketenteraan yang dijalani oleh pengikut-pengikut Kiram dan lokasi yang tak pasti dimana. Cuma yang menjadi kemusykilan, bilangan 10,000 pengikut yang didakwa telah siap sedia berada di dalam Sabah sejak 7 bulan lalu.

Walaubagaimanapun, teman rasa pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan Habiba Kiram dan dalang yang bersubahat bagi merosakan negara ini. Jangan sangat berharap dengan kerajaan Filipina yang membuat siasatan nanti jika terlewat diambil tindakan tegas, maka padah jawapannya..



Terkini !!! Dua Laras Senapang dan Enam Bilah Parang Ditemui Tinggalan Pengganas Sulu ???


Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.

Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.

Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Kosmo


Terkini !!! 5 Wajah Pengganas di dedahkan ??


Gambar 6 Pengganas Kiram Yang Dihantar Berunding Dengan Pasukan Keselamatan Di Peringkat Awal Krisis!!!(seorang menyuruk belakang member dia)

Buat julung kalinya gambar 5 wakil pengganas yang dihantar untuk berunding dengan pasukan keselamatan semasa di awal Ops Sulu dahulu didedahkan. Foto eksklusif ini didedahkan oleh Portal My News Hub. Bagaimana mereka mendapatkannya tidak pula dimaklumkan.

Yang pertama di atas, adalah lima daripada puluhan pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Ia diambil semasa awal-awal rundingan dijalankan antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas berkenaan.

Pada peringkat itu mereka masih lagi dilihat boleh bersikap tenang.

Dipercayai ramai antara mereka telah terbunuh dalam pertempuran antara kedua pihak tidak beberapa lama selepas itu.

Manakala gambar di bawah adalah bot milik pengganas yang telah dimusnahkan dalam serangan tentera pada 8 Mac di Kampung Tanduo.

Terkini !!! Pengganas SULU Bunuh Diri akibat daripada ???

Gambar Hiasan

Penceroboh bunuh diri dalam lokap.

Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri. 

Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas. 

Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Kad pengenalan palsu
 Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia. 
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu.BH

Meletop !!! Lagi Scandal Pasir Selangor didedahkan ???

Sekadar Hiasan

Di sebalik tumpuan umum sedang memfokuskan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas Sulu, rupa-rupanya di masa yang sama rakyat di negeri Selangor masih tidak lekang dari mulut membicarakan skandal penyelewengan pasir di negeri mereka.

Di mana-mana sahaja tempat tumpuan ramai, rata-rata rakyat Selangor kerap merungut mengenai harga rumah yang melambung tinggi yang dipercayai salah satu puncanya berkait rapat dengan peningkatan harga pasir selain faktor asas harga tanah untuk projek perumahan yang dijual mengikut harga pasaran.

Isu ini kelihatan remeh bagi kebanyakan pemimpin PKR Selangor tanpa mereka sedari ia sebenarnya sedang menggoncang kedudukan PR di negeri ini. Mereka mula membanding-bandingkan situasi dulu dan sekarang, kerana sedar banyak yang tidak kena dengan pemerintahan PKR di Selangor tika ini.

Di zaman pemerintahan BN dulu, harga pasir untuk satu lori 30 tan hanya sekitar RM300.00 tetapi selepas PKR mengambil alih negeri ini harganya meningkat antara RM800.00 hingga RM1,200 untuk sebuah lori 30 tan, hampir tiga empat kali ganda berbanding sebelumnya.

Dari satu segi, peningkatan harga pasir ini memberi keuntungan dari segi kutipan royalti yang masuk ke kantung Kerajaan Negeri, namun di masa yang sama kesannya kenaikan harga pasir itu terpaksa ditanggung oleh pemaju yang kemudiannya memberi kesan langsung kenaikan harga rumah yang membebankan rakyat.
Begitu juga berkenaan harga tanah, kebiasaannya harga sekaki persegi untuk projek pembangunan yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri pimpinan BN menetapkan harga jualan RM1.00 untuk sekaki persegi, tujuannya untuk memastikan pemaju perumahan dapat menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Malangnya semenjak PKR menguasai negeri ini, harga tanah milik kerajaan negeri di jual kepada pemaju perumahan dengan mengikut harga pasaran semasa yang berlipat kali ganda tingginya menyebabkan kesan samping di mana harga rumah mencanak naik dan sukar dimiliki oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Sejak hampir 5 tahun lalu memang agak sukar untuk rakyat negeri ini melihat projek perumahan baru yang nilai jualan setiap rumah yang siap di bina adalah sekitar RM30,000 hingga RM150,000, kalau ada pun kebanyakan projek perumahan rendah dan mampu milik itu disediakan oleh Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, tatkala kutipan royalti pasir meningkat berbanding zaman BN, sedar tak sedar pengeluaran tan metrik setahun hasil perlombongan pasir juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding zaman BN.
Peliknya di sebalik peningkatan pengeluaran hasil bumi Selangor itu, sehingga sekarang Kerajaan PKR Selangor masih gagal mencapai sasaran kutipan royalti RM150 juta setiap tahun.
Kenapa perkara ini berlaku dan ke mana hilangnya kutipan baki royalti itu?

Jawapan kepada persoalan ini banyak berkait rapat dengan amalan monopoli dan penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat anak Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) serta kontraktor lantikannya.

Malah peletakan jawatan oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abdul Majed hampir tiga tahun lalu sepatutnya sudah disedari oleh rakyat Selangor betapa kegiatan penyelewengan dan kes curi pasir serta penipuan kutipan wang royalti sedang berleluasa berlaku semenjak wujudnya KKSB.

Isu ini sudah acap kali diluahkan oleh pemimpin PKR sendiri iaitu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam namun gagal mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana sekumpulan penyangak yang terlibat merupakan kroni-kroni yang rapat dengan pimpinan PR Selangor.

Semua ini tidak akan berlaku sekiranya MB Selangor bijak menilai kemampuan dirinya dalam mengurus tadbir negeri dan tidak menganggap bumi Selangor ini seumpama syarikat korporat hak milik sendiri dan kroni.

Sepintas lalu isu harga pasir dan penyelewengan yang berlaku mungkin kelihatan remeh bagi pimpinan PR di negeri ini, namun bila mana ia memberi kesan langsung menyebabkan harga rumah meningkat secara mendadak, ramai rakyat yang semakin menggelodak amarahnya.

Masing-masing rakyat Selangor hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan sebelum lebih banyak bebanan terpaksa di galas bahu sendiri gara-gara kelemahan Kerajaan PKR Selangor. Senario ini jika berterusan pastinya  akan  makin menggoncang kedudukan PKR di negeri ini.

Terkini !!! Akhbar pembangkang sahkan gambar Tersebar adalah Nuar ??


Tajuk laporan Harakah Daily seolah mengesahkan bahawa itu memang Anwar. Jika Harakah tidak pasti dengan gambar tersebut sudah pasti tajuk laporan tersebut diakhiri dengan tanda soal. Contoh "Gambar 'Anwar' bercumbu dengan lelaki mula beredar?".

Namun, apapun yang berlaku... bapa U-Turn dan Master Mansuh ini pasti akan salahkan UMNO. Anwar tetap akan cakap semua ini konspirasi UMNO.

Tapi, ada banyak kemungkinan dengan isu penyebaran gambar seks sejenis Anwar Ibrahim ini. Pertama, apakah mungkin ini bertujuan untuk divert isu penglibatan Anwar Ibrahim dengan kes pencerobohan di Lahad Datu?

Kemungkinan yang ke dua, apakah ini jalan untuk Anwar dan pembangkang mencari undi simpati daripada rakyat sebab akhir-akhir ini, ada dikalangan orang UMNO sendiri mahupun rakyat mula muak dengan isu seks melibatkan Anwar Ibrahim.

Kemungkinan yang ke tiga, kematian PI Bala sebagai nyawa politik Anwar terpaksa digantikan dengan modal yang lain bagi meneruskan populariti beliau sendiri.

Apapun kemungkinan yang bakal berlaku... Aku memang yakin yang Anwar Ibrahim memang seorang LGBT.

SUMBER


Terkini !!! Dokumen Kes Liwat Anwar’ masih disimpan seseorang ???


Bekas pembantu kepada pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Yuktes Vijay, 25, mengesahkan beliau memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut.

Malah, peguam itu sekali lagi mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana banyak mendedahkan ‘cerita dalaman’ mengenai kes liwat menerusi dua pucuk surat tersebut bagi membolehkan dokumen berkenaan didedahkan di mahkamah.

Jelas Yuktes, tindakannya membuat pendedahan menerusi dua pucuk surat itu disebabkan tidak boleh lagi menerima permainan politik Anwar demi memastikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

“Saya mengakui ada menyimpan beberapa dokumen penting berkait kes liwat itu dan sebagai pihak yang terlibat dalam pasukan peguambela Anwar, saya lebih tahu cerita sebenar. Tetapi apabila mereka mula membawa bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim ini, sudah melampau.

“Inilah bapa yang sebelum ini merayu supaya kes Mohd. Saiful dibawa ke Mahkamah Rayuan, tetapi kini mendakwanya sebagai konspirasi. Memang saya menyokong Anwar, tetapi bukan begini politik yang saya ingin saksikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Yuktes yang juga pembantu kepada peguam Sankara Nair dalam kes liwat itu bertindak menghantar dua pucuk surat kepada beberapa portal berita propembangkang dan mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ yang sebelum ini dirahsiakan.

Menerusi surat itu, Yuktes mendakwa, Anwar tidak ada keberanian memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya memilih tidak memberi keterangan secara bersumpah walaupun sepanjang masa mendakwa tidak diberi perbicaraan adil.

Selain itu, Yuktes turut mempersoal mengapa Mohd. Saiful Bukhari diberikan layanan cukup istimewa seperti bilik sendiri dan mengikuti Anwar ke luar negara sedangkan beliau hanyalah kakitangan baharu.

Dalam pada itu, adakah bersedia dituduh dibeli oleh UMNO ekoran pendedahan itu, Yuktes berkata, pihak yang berfikiran sedemikian diminta membuat kenyataan terbuka.

“Saya minta mereka membuat kenyataan secara terbuka supaya mudah diambil tindakan undang-undang. Bukan semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit sebaliknya kesedaran ini timbul akibat perbuatan Anwar sendiri,” tegasnya – Utusan Malaysia



Terkini !!! Buru saki baki pengganas diteruskan ???


Operasi Daulat diteruskan pagi ini yang sudah memasuki hari ke-13 dan matlamat pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.

"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya dalam sidang akhbar di sini petang ini

Terkini !!! Najib Umum Tarikh Pembubaran Parlimen !!!


Apakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen Isnin, 18 Mac 2013?  atau pun esoknya ataupun lusa, ataupun awal bulan April?? Persoalan yang sering bermain dikalangan rakyat Malaysia.. Apa2 pun Beliau saja yg mengetahuinya.. Kita tunggu sajalah ye.. SABAR..

Walaupun tarikh ini popular bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan pada cuti sekolah hujung Mac ini namun tanda-tanda tersebut tidak begitu jelas.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan andaian DUN Johor akan terbubar secara otomatik pada 21 Mac 2013.

Ramai orang terkeliru dengan maklumat yang tersebar di ruang siber bahawa DUN Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013.

Sebenarnya DUN Johor akan terbubar pada 21 April 2013 kerana itu merupakan tarikh angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan juga merupakan persidangan pertama DUN Johor.

Perdana Menteri mempunyai masa lebih sebulan lagi untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan sudah pasti ia akan dilakukan sebelum 21 April 2013.

Sungguhpun Mohd Najib mempunyai masa sehingga 28 April 2013 untuk membubarkan Parlimen, sudah tentu beliau tidak mahu mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang membiarkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sebelum Parlimen dibubarkan.

Berikut senarai pembubaran DUN secara otomatik pada 2013 –

- Melaka dan Johor pada 21 April
- Selangor pada 22 April
- Perak pada 25 April
- Negeri Sembilan pada 26 April
- Kedah dan Sabah pada 5 Mei
- Terengganu pada 7 Mei
- Pulau Pinang pada 2 Mei

Kemungkinan besar Parlimen Malaysia akan dibubarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ialah pada Jumaat 5 April 2013 iaitu selepas LIMA 2013.

Tarikh pilihan raya ?

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...