Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 18 April 2013

Panas !!! Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Marah-Marah Ni???


Berikut adalah kenyataan Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pengerusi Pemuda BN, berhubung dengan penyenaraian ramai orang muda dan baru sebagai calon BN pada PRU-13.

Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 

Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.

Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini. 
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya. 

Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa. 

Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan.


PANAS TERIK !!! PERKEMBANGAN TERKINI VIDEO TERLARANG MIRIP MUSTAFA ALI.???


          AIDC melaporkan :
Ada beberapa hujah dan dalil yg perlu diambil kira dalam artikel ini. Lihat bagaimana dalam hadis yang dipetik (Baca Sini) 
Walaupun Rasulullah tidak merejam perempuan itu tetapi tetap Baginda menilai peribadi perempuan itu. Itulah realiti kita hari ini.    
Kita bukannya nak mahupun menyebat malah takzir pun tidak. Tapi kita mahu nilai layak atau tidak orang2 ini.  
Jadi bukan qazaf. Di akhir2 artikel juga menyebut bahawa rakaman video tetap ada nilai dan gunanya dalam Islam kalaupun tak boleh untuk mensabitkan hukuman hudud zina.  
Jadi istilan yang lebih kemas ialah "rakaman video tidak boleh jadi bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina " tetapi video tetap diterima sebagai bukti untuk membuktikan suatu tahap yg lebih rendah seperti takzir atau lebih rendah lagi kelayakan seseorang dipilih untuk sesuatu amanah. Wallahua'lam.
Seperkara lagi, ramai yang memberi komen di dalam blog ini supaya 'tidak mengaibkan pemimpin'. MiM yakin mereka ini penyokong pembangkang dan mereka yang tidak mengikuti politik secara dekat.

Realitinya, Hadi Awang, Presiden PAS sendiri telah berkata :
"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin. 
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.   
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini. 
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih  wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun). 
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”

BACA LAGI DI MIM 

PANAS TERIK !!! Kumpulan Bloggers PCT desak Papa Gomo Tidak Bertanding PRU DI Permatang Pauh !!!

Hari Ini Anak Jati Bersama Perak Cyber Troopers ingin mendesak agar supaya Bloggers Papa Gomo supaya tidak bertanding menentang Anwar Di Pilihanraya Umum Ke 13 Di Parliement Permatang Pauh.

Kerana Apa Tujuan apa Anak Jati menulis sedemikian,Anak Jati Malaya beranggapan apabila Papa Gomo bertanding di Parliment Permatang Pauh ,Anak Jati beranggapan Ia mengacau undi di Parliment Permatang Pauh.

Kami di PCT mendesak supaya Papa Gomo Berundur dengan segala hormatnya daripada bertanding di Parliment Permatang Pauh.Kami mencadangkan jika benarlah Papa Gomo tidak bertanding ,Beliau boleh membantu Calon BN dalam kempen penghebahan tentang salah Laku Moral Anwar .

DI Pct kami juga bersepakat mendesak Anwar sekeras-kerasnya daripada bertanding di Parlimen Permatang Pauh .Nasihat Kami pada Papa Gomo Biarlah calon yang sesuai sahaja bertanding lawan Anwar di Permatang Pauh iaitu Calon dari BN iaitu  Dr Mazlan Ismail yang merupakan bekas orang kuat Pas.
Kita puji tindakan PapaGomo untuk terus menentang Anwar Ibrahim bukan sahaja di laman sosial bahkan berani berentap di sebagai calon Bebas PRU13 menentang Anwar Ibrahim. Tetapi, kita tidak mahu tindakan papagomo selama ini yg tidak pernah jemu menelanjangkan Anwar Ibrahim akhirnya merugikan kita semua.

Mengalah bukan beerti papagomo kalah, tapi kita perlu ada strategi untuk tumbangkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh PRU13. Kita bimbang dengan kewujudan 3 penjuru di Parlimen Permatang Pauh antara Papagomo (BEBAS), Dr. Mazlan (BN), Anwar Ibrahim (PKR) memberi untung kepada Anwar. Kita tidak mahu undi BN berpecah kepada dua yang akhirnya Anwar juga peroleh keuntungan. Harap papagomo mendengar nasihat ini supaya Anwar berjaya dikuburkan oleh Dr. Mazlan calon pilihan BN.

Kita juga berharap, kalaupun papagomo menarik diri daripada bertanding dalam PRU13 ini.. Kita tidak mahu papagomo berhenti menyerang Anwar Ibrahim melalui blog beliau. Ayuh papagomo, kita sama-sama bantu Dr. Mazlan tumbangkan Anwar ibrahim.

Ekslusif Dan Terkini !! Gambar2 Rampasan Perang Pengganas Sulu Ditemuii !!!



Dompet Yang Diisi Tangkal Dipercayai Ajaran Sesat



Antara Senjata Musuh Yang Dirampas




Senjata yang digunakan pengganas untuk menetak, mengerat dan menyiksa 
anggota keselamatan yang cedera



Seluar Dalam Putih Dan Tangkal 



Pakaian Perang dan Senjata



Senjata Yang Ditinggalkan Pengganas



Senjata Buatan Sendiri (Diubahsuai)


Pakaian Ditinggalkan Di Lokasi Persembunyian

PANAS SUAM !!! Lagi Meroyan Tahap Gaban !!! Sharif Dol Ancam Dan Ugut UMNO Kerana Tidak Terpilih Menjadi Calon ??!!


Alahai...Sudah-sudahlah Datuk Seri Shariff ooiii... jangan nak macam- macam.. dari apa yang Uruk dengar dan tengok dalam ceramah beliau malam kelmarin cukup menyakitkan hati Uruk kerana puak - puak mereka inilah yang sebenarnya duri dalam UMNO dan bagi Uruk merekalah yang memecah belahkan orang melayu dan UMNO itu sendiri.

Pada awal lagi kita sebenarnya telah diajar bagaimana untuk menghormati pemimpin kita namun apa yang Uruk lihat Datuk Seri Sharif sendiri tidak menghormati kepimpinan dan keputusan pimpinan tertinggi kita iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ceramah beliau kelmarin juga Uruk sendiri lihat bagaimana beliau sebenarnya mendesak, meminta-minta dan seolah-olah mengugut kepada UMNO dan Barisan Nasional agar meletakkan kembali namqa beliau sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor di atas tiket BN.

Korang semua dah lihat video ceramah beliau ?? Klik Sini http://www.youtube.com/watch?v=Yx3FLOGWEaw untuk Part1 ,part 2 dan part 3 juga si Anak Yang Sungai Derhaka upload di You Tube.

Gaya percakapan dan 'slang' juga mulai berubah seperti si al jubury dah Uruk tengok. CChhaaiitt !!

Apa semua ni ??..,adakah beliau mempunyai niat disebalik apa yang beliau lakukan ini ??..apa tidak cukupkah selama lebih  20 tahun terlibat secara langsung dalam politik dikawasan ? dan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian di suatu ketika dulu ?? dan tidak ada perasaan hormat dan akurkah pada 1 Transformasi demokrasi yang sedang Datuk Seri Najib lakukan ??

Juga satu lagi yang penting untuk kita perlu tahu, apakah himpunan malam kelmarin benar-benar mendapat sokongan rakyat ? Jika di amati ianya hanya mengumpulkan tak lebih dari 700 orang. Malah dalam kehadiran itu Uruk boleh mengesahkan 20% darinya adalah mereka-mereka dari kalangan parti pembangkang. Manakala 10% terdiri daripada pasukan keselamatan dan juga orang-orang UMNO yang taat setianya kepada parti hadir untuk melihat sejauh mana pemimpin terlibat mahu bertindak.

Jangan nak 'macam-macam' sangat Datuk Seri, Rakyat Tasek Gelugor ada mata, telinga mendengar dan melihat sejauh mana komitmen Datuk Seri dikawasan...dan sebenarnya Uruk juga mahu dedahkan lagi dari sumber Uruk, apa yang berlaku sewaktu Datuk Seri memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian dulu..

Tapi 'for now' lebih baik Uruk diamkan diri dari membuat apa-apa pendedahan mengenai beliau demi menjaga maruah Datuk Seri yang Uruk masih simpan sedikit rasa hormat atas apa yang Datuk Seri lakukan di Tasek Gelugor.

Selain itu juga Uruk juga mendapat tahu dari sumber bahawa beliau juga akan medaftarkan diri sebagai ahli PKR dan ditawarkan oleh DSAI jawatan TKM Pulau Pinang sekiranya tidak juga diberi apa-apa kata putus soal calon di Parlimen Gelugor.

Perkara sebegini juga nampaknya pihak pembangkang mulai mengambil kesempatan diatas scenario yang berlaku di Tasek Gelugor dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.

Uruk amat berharap peringkat tertinggi UMNO dapat membuat keputusan dengan secepat mungkin atas apa yang berlaku kerana beliau sememangnya mensabotaj parti, dan Uruk harap sekirannya benar beliau mahu beralih angin kepada pembangkang mohon di pecat serta merta jawatan dan ahli UMNO kerana parasit sebeginilah yang perlu UMNO dan BN bersihkan dari dahulu, mahupun dikawasan dan disetiap negeri di Malaysia yang aman dan makmur ini

Lagi SINI

PANAS Terik !!! Bukti SAH DALAM DBI Bersepah Org PKR ???


Sebenarnya Anak Jati Malaya Begitu terkejut sebenarnya dengan pendedahan 2 blogger baru yang paling hebat di Negeri Perak Ni. Apa yang Anak Jati Malaya paham tentang situasi dibawah adalah situasi kenapa perkara sebegini boleh terlepas pandang.Kalau betul kenapa tak saman je.Ada ke deme mohon permit ke kebenaran ke apa ke ?

Baca Bawah :

Metal Rock World :MANA SURAT SAMAN NYA BEBBB!!!

Apasal tak saman?!!!!

Ini har.. sambungan bantahan aku pasal PKR tadi . Bukti kereta yang tak disaman-saman dari pagi tadi parking sampai sekarang ni harrr.. ade lagi. 

MBI tolong turun sekarang tinjau kawasan yang buat serabut ni. 
Di depan ibu pejabat PKR Medan Istana ok! 




Terjadi!!!! Hal yang amat sangat menyusahkan orang ramai terjadi juga akhirnya. Nak tau apa? Ok! Pagi-pagi lagi dah buat aku naik angin. Orang PKR memang kurang diajar!! Apasal diorang nak buat ceramah tengah-tengah jalan yang sudah sedia maklum sibuk tu?!

Benda tak sepatutnya ni jadi sekarang 18 April 2013, di Medan Istana, Ipoh. Ye ok.... tau la diorang letak treler PKR tu parking kat depan ibu pejabat diorang TAPI....... JANGANLAH MENGHALANG LALUAN PULAK! HAIHH! Marah pulak haku ni.....

Dimanakah ketelusan pihak MBI di dalam menjalankan tugas-tugas mereka?
Macam mana Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) boleh biar hal ini terjadi? Diluluskan ke?
 Di 'tutup mata' ke? Haa... Siapa yang nak bertanggungjawab ni?

Lagi satu hal, kenapa aku tak nampak pun kenderaan besar gedabak PKR ni (treler) di saman?? Untuk info korang, benda gedabak ni guna sampai 6 petak parking tau! Kalau kereta-kereta lain, awal pagi lagi dah dapat surat cinta (surat saman) dari MBI... Siapa nak tolong jawab soalan aku ni siapaaa?!!

Kome baca je Kat link yang teman Bagi Kat atas Tu.

Betul Ke !!! Anwar Hina Masyarakat Tambun ????



Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.  Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.   Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding?  Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.  Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.   Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.  Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia.  Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.  Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?

"YES !!! Kerajaan Memang Zalim ???"


Kerajaan BN zalim? This is my story.

Saya seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi MARA. Alhamdulillah saya diterima menyambung pengajian di sebuah universiti yang begitu banyak dibantu kerajaan. Yuran pengajian UiTM adalah yang terendah di Malaysia. Atas peruntukan kerajaan yang besar terhadap UiTM, ramai mahasiswa UiTM yang mendapat bantuan zakat dan elaun makan. Bagi yang mempunyai masalah kewangan, disediakan pula bantuan kebajikan. Atas kerjasama Dato Seri Najib, ramai rakan-rakan yang tidak berkemampuan dapat menyambung pelajaran ke UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa. Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sememangnya banyak membantu mahasiswa sehingga dilema apa lagi nak dibeli untuk menghabiskan baucer kerana jumlahnya sangat banyak. Alhamdulillah kerajaan dalam manifesto BN bercadang menaikkan lagi jumlah BB1M dari RM250 ke RM300.

Alhamdulillah apabila masuk sahaja ke UiTM, saya terus memohon pinjaman PTPTN dan mendapat wang dalam masa yang singkat. Kini, syukur Allah memberi rezeki lebih apabila saya mendapat biasiswa JPA. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menyediakan peruntukan dari segi pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak muda untuk menyambung pengajian.

Keluarga saya pula, diketuai oleh ibu dan bapa saya yang mana kedua-duanya adalah penjawat awam. Dari dahulu sehingga sekarang mereka banyak dibantu kerajaan dan melalui perkhidmatan merekalah mereka mampu menyara saya dan adik beradik. 

Adik pertama saya mendapat tajaan MARA untuk menyambung pengajian ke Brunel University, United Kingdom. Alhamdulillah segala kos hidupnya ditanggung oleh MARA.

Adik kedua saya pula masih belajar di sekolah rendah dan bakal menghadapi UPSR tahun ini. Alhamdulillah kerajaan memberikan bantuan RM100 untuk pelajar-pelajar sekolah. Yuran pendidikan sekolah rendah juga telah dimansuhkan. Pinjaman buku teks juga diberikan secara percuma.

Adik bongsu saya juga belajar di sekolah di kelas pendidikan khas. Adik bongsu saya adalah seorang kanak-kanak kelainan upaya atau OKU. Alhamdulillah kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan RM150 sebulan bagi kanak-kanak OKU yang bersekolah.

Seluruh keluarga saya begitu banyak dibantu kerajaan dari pelbagai sudut. Maka saya beranggapan tidak perlu dipersoalkan mengapa kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan dan terus menyokong kerajaan sedia ada.

Sekali lagi timbul persoalan, zalimkah kerajaan BN?

SUMBER

PANAS TERIK !!! Calon BN N43 Kantoi Dengan Pemuda BN Lebih Kurang Jam 2.00 Pg.??? Apa Bikin TU !!!




Calon BN N43 Dun Sungai Rapat yang sentiasa mesra rakyat turun padang malam tadi untuk memasang bendera Barisan Nasional bersama anak-anak muda.


Mereka kelihatan begitu bersemangat sehingga tidak sedar hampir jam 2 pagi baru selesai kerja-kerja pemasangan bendera tersebut.

Kriteria calon sebeginilah yang diperlukan oleh rakyat kerana rakyat kini semakin pandai menilai prestasi calon yang mereka akan sokong pada PRU13 nanti.

Antaranya adalah rajin turun padang, mesra dengan rakyat, tidak terlalu protokol bila bersama rakyat dan tidak sombong dengan rakyat.

Bagaimana rakyat hendak mengundi jika sekali pun tidak pernah turun padang seperti calon yang diketengahkan oleh Pas. Ada orang kampung yang masih tidak mengenali calon Pas Dun Sungai Rapat.

Begitu juga calon Parlimen Gopeng yang diketengahkan oleh pakatan haram iaitu Lee Boon Chye. Dia menjadikan ahli parlimen sebagai mengumpul kekayaan sedangkan rakyat yang perlukan perkhidmatannya langsung tidak dipedulikannya.

Selama 5 tahun Lee Bon Chye menjadi ahli Parlimen yang mempunyai elaun sejumlah RM12,000.00 apa yang yang buat pada rakyat yang mengundinya. Muka pun tak nampak malah Lee boleh melakukan kerjanya sebagai pakara bedah tanpa mempedulikan rintihan rakyat dalam Parlimen Gopeng.

Adakah rakyat Gopeng mahu mengulangi kesilapan kali kedua memilih Lee sebagai ahli Parlimen?


HOT! PARTI PAS UCAPKAN SYABAS & TAHNIAH KEPADA CALON UMNO !!!


PAS Permatang Pauh mengucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail kerana terpilih sebagai calon Umno Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan dalam kenyataan pada Harakahdaily menegaskan, tanggungjawab PAS Kawasan sebelum ini yang mengadakan pertemuan silatulrahim dengan Dr Mazlan sudah selesai dan terpulang padanya untuk bertanding atau tidak melawan Datuk Seri Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

"Bila kita ketahui pengumumanya sebagai calon Barisan Nasional (BN, kita akur itu adalah pendiriannya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara. 

"Selepas ini PAS akan melancarkan serangan ke arah BN seperti biasa walaupun tuan tubuh yang mewakilinya merupakan ahli seumur hidup PAS, " jelasnya.

Omar yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Negeri menyifatkan pembabitan Dr Mazlan dalam Umno sudah dijangka.

Menyentuh mengenai statusnya sebagai ahli PAS seumur hidup yang berdaftar di kawasan Permatang Pauh beliau menyerahkan kepada pihak PAS negeri untuk tindakan sewajarnya.

Baca Di MPP Juga Dr MIM

Gempar !!! Meroyan Lagi !!! Kamelia Ugut Untuk BN Bertanding Atas Tiket Bebas



Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang pernah mendesak Dato Seri Shahrizat supaya meletak jawatan hari ini mula mengugut pemimpin Barisan Nasionan ekoran beliau tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Kamilia Ibrahim kata itu sebagai satu penghinaan kepada saya.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana saya tidak diberi pengiktirafan sewajarnya,” katanya lagi.

“Saya banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan saya ada,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap saya tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat saya tidak ada perasaan,” katanya.

“Jika permintaan tidak diberi, saya mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya akan lakukan sesuatu, tetapi saya menunggu keputusan parti untuk diri saya.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

Difahamkan Kamelia telah ditawarkan bertanding di Dun Chandan tetapi beliau enggan kerana bagi beliau calon Dun tidak layak untuk dirinya dan beliau mahu menjadi calon Parlimen.

Kamelia dikatakan calon yang tidak boleh menang kerana belliau dilihat malas untuk turun padang berjumpa rakyat dan ramai wanita di kawasan beliau sendiri kekok untuk bekerja dengan beliau kerana beliau terlalu bersifat protokol.

Disebabkan itulah calon Parlimen Kuala Kangsar di beri kepada Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad yang akan berhadapan dengan Khalil Idham Lim Abdullah calon dari Pas.

Terkini !!! Kepayang Kecoh Besar NI ??? Apa Sudah Jadi !!!












Psssttt AKJr : Bilik Gerakan Pemuda BN Caw. Kampung Kepayang, Bahagian Ipoh Barat ini diwujudkan bagi membantu gerak kerja serta jentera PRU13 khasnya di DUN KEPAYANG. Bilik Gerakan ini juga adalah untuk menarik lebih ramai Pemuda-pemuda disekitar Kampung Kepayang untuk menyokong BARISAN NASIONAL dalam PRU13. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...