Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 18 April 2013

Betul Ke !!! Anwar Hina Masyarakat Tambun ????



Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.  Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.   Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding?  Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.  Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.   Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.  Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia.  Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.  Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?

1 comment:

  1. ya..anwar ibrahim salah..najib lah yg btui perjuangkan nasib rakyat malaysia..hidup najib...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...