Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 4 May 2013

SUDAH SYOK DAN PUAS TERUS KELUAR !!! HIII TAKDE MARUAH KA ????




Setiausaha Kerja PKR Kedah, Mohd. Muhaimin Hassan hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyerai UMNO. Tindakan beliau itu akan turut disertai oleh 200 pengikut yang lain kerana kecewa dengan masalah moral Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Mohd. Muhaimin berkata, terkejut dan insaf apabila melihat rakaman video Saiful Bukhari Azlan yang melakukan sumpah laknat di hadapan Kaabah bagi mempertahankan dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa seks songsang pemimpin pembangkang itu.

Beliau sebelum ini tidak mempercayai semua tuduhan terhadap pemimpin PKR itu tetapi apabila melihat video di Youtube, dia menyedari bahawa dakwaan Saiful Bukhari adalah benar kerana jika seseorang yang berniat jahat sahaja ketika hendak berhadapan Kaabah dia pasti ditimpa bencana.

Mohd. Muhaimin juga memohon maaf kepada negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas perbuatannya selama ini yang mencerca pemimpin berkenaan. 

Turut hadir pada upacara pengisytiharan keluar PKR itu ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Mukhriz Mahahtir.yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

GEMPAR!! PAS AKAN MUFARAKAH DARI PAKATAN SELEPAS PRU13!!!??? BETULKE !!



ISU yang agak hangat sejak dua hari kebelakangan ini yang mana menyaksikan pertembungan atau perbalahan yang besar antara dua parti berlainan matlamat di dalam pakatan haram. Umum juga telah mengetahui bahawa ketiga-tiga parti yang bergabung dibawah pakatan haram adalah parti yang masing-masing punyai masalah dan berlainan fahaman.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez dalam salah satu kenyataan media yang dikeluarkan ada menyebut bahawa rakyat Johor jangan memperjudikan masa depan dengan mengundi PAS. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh webportal mereka MalaysiaKini dan seterusnya telah ditarik balik atas arahan Anwar yang tidak mahu pakatan dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak sepakat lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya.

Lantas, sebagai tindak balas terhadap kenyataan pemimpin DAP Johor tersebut, sepucuk surat dari PAS Pusat dengan ditandatangani oleh Setiausaha Agong Zinanya, Mustapa Ali telah dikeluarkan bagi membuat serangan balas terhadap DAP. Arahan yang wajib dipatuhi oleh semua ahli PAS seluruh Malaysia adalah supaya tidak memberi undi kepada DAP melainkan undi hanya kepada PAS. Pakatan macam mana yang cuba ditunjukkan oleh puak pakatan dalam memerintah sebuah parti gabungan?

Surat tersebut juga telah dimuatnaik oleh laman facebook DAP Penang yang mana mempersoalkan kebenaran surat tersebut. Ternyata pakatan dilihat semakin bergolak.


Dalam blog Azmin Ali Jamban pula ada menyebut salah satu parti gabungan mereka akan bermufarakah dari pakatan atas sebab-sebab yang sudah tidak dapat langsung dielakkan. PAS adalah parti yang memang langsung tidak sebulu dengan PKR dan DAP. Mereka memang sudah lama mahu mufarakah dari pakatan tetapi dihalang oleh Anwar kerana jika PAS keluar dari pakatan, kekuatan pakatan tidak akan merangkumi satu Malaysia dan cita-cita si peliwat untuk menjadi PM bakal terkubur hingga bila-bila.

Saudara boleh lah nilaikan sendiri sebab apa pergolakan mereka tidak akan pernah selesai.

UNDILAH BARISAN NASIONAL


GILA BABI !!! KETUA PR SABAH "DITELANJANGKAN"????





Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. Orang tua selalu nasihatkan sarang tebuan jangan diusik.. Apabila nasihat-nasihat seperti ini tidak diendahkan, maka jadilah macam calon harapan Anwar Ibrahim iaitu Lajim Ukin.. Tidak pasal-pasal terkedu lidah berbicara apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, membedal Lajim dengan hujah-hujah yang sarat dengan fakta.. siap memulangkan paku buah keras untuk dijawab oleh Lajim..

Mana mau sorok muka uncle Lajim? you punya fitnah sudah kantoi.. tanah (padang bola sepak dan tapak Tamu) yang kononya milik Musa Aman (menurut pembohongan Lajim Ukin), rupanya adalah tanah yang masih dimiliki atas nama majlis daerah Beaufort, bukannya Musa Aman.

Kalaupun Lajim Ukin terdesak mahu menumbangkang kerajaan BN Sabah, lebih-lebih lagi selepas adiknya Jarih Ukin keluar meninggalkan PKR dan menyertai BN, takkan lah sampai terpaksa bergantung dengan fitnah dan pembohongan semata-mata mahu merealisasikan impian Anwar Ibrahim?? 

Asyik minta pemimpin-pemimpin BN guna cara baik, bersih, telus dan murni dalam usaha menarik sokongan rakyat, tapi pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri asyik menggunakan cara kotor, jijik dan tidak bertamadun untuk melaksanakan misi rampasan kuasa.

Memandangkan Lajim sudah kantoi memfitnah Musa Aman, apakata jika giliran Lajim pula menjawab soalan-soalan cepu emas berikut:

  1. Siapa yang merompak lebih daripada 2,000 ekar tanah rakyat di Kg Nukahan dan 1,430 ekar tanah di Batu 60 untuk dijual kepada syarikat-syarikat besar.
  2. Siapa yang merompak ladang lembu (miliki Kerajaan Negeri) dan beribu-ribu ekar tanah di Telupid (milik Jabatan Haiwan dan Industri Perkhidmatan Haiwan)?
  3. Siapa yang merompak tanah di Lingkungan dengan menggunakan perjanjian berat sebelah, dimana seorang tauke mendapat 80%, sementara Koperasi Pembangunan Desa hanya mendapat 20%?
  4. Siapa yang beli surat cinta bernilai RM50 ribu?
  5. Siapa penaja kewangan, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W?? Malah Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J, bermaksud "Jackpot"
  6. Siapa yang telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr.W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan kepada Tabung Pilihanraya Ke-12?
  7. Siapa yang pernah berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadai dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut?

Kalau ikutkan, ada banyak lagi cerita pasal si Raja Judi Lajim Ukin ni.. tapi cukuplah setakat di sini. selebihnya jom layan Lajim kenapa pulas 360 darjah oleh Musa Aman:

BACA LAGI : KLIK SINI

JANGAN MELELEH TAHI HIDUNG BACA NI !!! LUBANG HIDUNG PEMBANGKANG SEBESAR 50 SEN Lepas Baca Benda NIH???


Mungkin ada yang mencakar-cakar tanah dan kembangkan lubang hidung sehingga bersaiz syiling lima puluh sen sebab kenyataan di atas.Hakikatnya itulah yang sebenarnya.

Manusia Melayu yang ada agama dan ada jatidir tidak akan sesekali menyokong atau menganggotai DAP, sebuah paryi chauvinist yang beranggapan Melayu dan laum lain tidak mempunyai kualiti setinggi bangsa Cina. Sebaliknya segala bangsa dan kaum perlu sentiasa menjunjung Cina sebagai tuan besar.

Pendirian DAP itu amat bertentangan dengan MCA yang cukup cerdik menerima struktur serta sejarah negara ini sambil pada masa yang sama menjaga kepentingan masyarakat Cina Tanah Melayu tanpa sakit hati Melayu dan Bumiputera.

Bagi DAP, MCA adalah lambang kelemahan Cina yang perlu menjadi pengikut UMNO sepertimana yang dikatakan oleh Lim Guan Eng dalam hujahnya dengan Chua Soi Lek tidak lama dulu. Sedangkan DAP pula menurut Guan Eng, sangat dominan sehinggakan PAS yang beria-ia memperjuangkan Negara Islam pun terkulai layu dibaham DAP.

Justeru apabila ada Melayu yang bersungguh berada dalam DAP dan cuba membuktikan kesetiaannya kepada Lim Guan Eng dan bapanya, ada sesuatu yang tidak kena dengan otaknya.

Sebenarnya contoh yang paling baik untuk fenomena ini boleh kita lihat menerusi beberapa orang Melayu Dalam DAP yang cukup giat menulis.

Salah seorang daripada mereka merupakan seorang yang sangat haru biru. Penulis tidak pasti apakah dia masih lagi seorang penogok arak pada waktu sarapan pagi dan ketagihannya itu tidak boleh ditegur bersandarkan agama kerana baginya agama adalah unsur yang memundurkan manusia. Namun berdasarkan tulisan-tulisannya dia masih tidak berubah pun. Kalau berubah, cumalah tentang kem yang disokongnya bagi membolehkan dia menjadi calon untuk DAP.

Kalau dahulu, sewaktu dalam PAS, penulis kerap diberitahu bahawa DAP adalah musuh yang jauh lebih besar mudaratnya kepada umat Islam dan Melayu yang menyokong parti tersebut halal darahnya untuk ditumpahkan, ajaran berkenaan nampaknya sudah diperbaharui walaupun yang mengajarnya masih orang yang sama.

Secara peribadi penulis berpendapat, permusuhan antara orang PAS dan UMNO sebenarnya masih punya ruang untuk dipersatukan memandangkan mereka hanyalah golongan pentaksub politik tetapi apabila tiba waktu solat mereka tetap berebut untuk ke saf paling hadapan bagi mendapatkan fadilat yang telah dijanjikan.

Sebarang perselisihan masih lagi bersifat furu' walaupun ada yang cuba memperkenalkan permusuhan pokok iaitu akidah sebagai medan laga baru.

Namun apabila Melayu itu DAP sifat dan pegangannya, mereka langsung tidak boleh dipersatukan lagi memandangkan kiblat mereka sudah berubah sehingga ada yang dengan selambanya menyatakan dia bersolat Jumaat pada hari Ahad.

Bagi Melayu dan seluruh warga Bumiputera, berwaspadalah dengan golongan Melayu DAP ini. Mereka tidak sahaja berdendam kerana tidak dapat apa yang mereka hajatkan tetapi dendam mereka itu cuba ditebus dengan kerosakan yang lebih total kepada bangsa dan agama yang kononnya mereka masih anuti.

PADAN MUKA !!!ANAK CINA DAP NI BOCOR RAHSIA LIM KIT SIANG !!!





Hijrah Ke Johor, Kit Siang Mahu Bunuh Karier Cheng Hau

Sekiranya tiada yang membocorkan maklumat ini pasti ramai yang tidak menyedari akan krisis dalaman yang berlaku di dalam DAP sebuah parti ‘ultra kiasu’ yang begitu tebal mengamalkan sikap perkauman. Namun pendedahan yang dilakukan oleh bekas pimpinan DAPSY Shen Yee Aun, baru-baru ini agak mengemparkan.

Ini kerana menurut Syen, walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman. Parti ultra kiasu itu ketika ini dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba ‘bunuh-membunuh’ antara satu sama lain.

Satu kem dikatakan pro kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan satu lagi dikatakan menentang penguasaan ahli parlimen Ipoh Timur yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti tersebut. Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat, Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya tidak mampu mengekalkan kuasa untuk anaknya.

Ramai pemimpin DAP dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng yang dilihat tidak mesra, kuku besi dan biadap. Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan terlalu kurang ajar dengan pemimpin ‘senior’ DAP yang mencantas pengaruh mereka di kawasan, apabila cuba meletakkan ‘orang baru’ bagi mengantikan mereka.

Ekoran tindakan itu, beberapa pemimpin di peringkat negeri telah mula melancarkan serangan secara senyap bagi menolak kepimpinan Guan Eng di dalam DAP sebagai tanda bantahan. Antara kepimpinan negeri yang dimaksudkan ialah Dr Boo Cheng Hau (Johor), Sim Tong Hin (Melaka), Teng Cheng Kim (Selangor) dan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham (Perak).

Malah keputusan Kit Siang untuk bertanding di kerusi Gelang Patah, Johor dibuat atas faktor untuk mengukuhkan penguasaan Guan Eng. Ini kerana sebelum ini sokongan dan pengaruh Cheng Hau di katakan agak kuat di Johor dan permusuhannya dengan Guan Eng amat merisaukan Kit Siang. Tidak cukup dengan itu, keputusan Cheng Hau untuk meletakkan jawatan di dalam DAP sebelum ini turut dikaitkan dengan pertelingkahan ini.

Sebagai tindak balas, pengerusi DAP Johor itu telah meminta rakan sekutunya Norman Fernandez untuk mengeluarkan kenyataan yang agak keras dengan mengatakan undi DAP bukan Pas. Kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan bagi menimbulkan kemarahan ahli Pas agak mengambil keputusan menolak Kit Siang di Gelang Patah. Dengan kehadiran Kit Siang di Johor diharapkan mampu membunuh populariti Cheng Hau sekaligus memastikan penguasaan ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP berkekalan. 

Selain daripada itu, Kit Siang juga turut menghantar macainya, Kulasegaran untuk menyerang Nga dan Ngeh. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melalui twitternya tidak lama dahalu mengatakan Ngeh sebagai pengamal rasuah.

Malah ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Kit Siang secara terbuka turut mengakui wujud masalah dalaman di dalam kepimpinan DAP Perak. Penghijrahannya untuk bertanding di Johor diharap dapat membantu menyelesaikan apa jua pertikaian antara pemimpin parti itu di negeri ini.



SIAL BETUL !!! MALAYSIA SPRING SUDAH BERMULA UNTUK DICETUSKAN !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget