Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 8 January 2013

RESTORAN BOGEL!!!


Dulu kita duk citer orang dirogol bergilir2 dalam bas! Tapi ada yang puak manusia species hilang pedoman ini plak buat satu perkara yang teramat la tongong, ngeeee...anak tengok bapak punya...bapak tengok anak punya, kompom sumbang mahram. Pastinya ada di antara kita yang teringin untuk menikmati hidangan makanan dalam keadaan yang sungguh nyaman dan selesa supaya selera kita tidak mati tatkala diri sedang kelaparan.

Pastinya pilihan utama bagi pengunjung untuk menjamu selera di kedai-kedai makan atau restoran lebih tertumpu kepada keenakan dan pelbagai jenis hidangan makanan yang disajikan.

Cukuplah kiranya bagi kita merasa sungguh selesa apabila sesebuah restoran itu menyediakan servis penyaman udara supaya kita tidak berpeluh misalnya sewaktu menjamu makanan yang berperisa pedas.


Namun, pernahkah pengusaha sesebuah restoran memikirkan idea atau konsep yang luar biasa untuk menarik orang ramai berkunjung ke restoran mereka?

Tidak mustahil bagi pemilik restoran Nude Restaurant, New York, John Ordover untuk memberikan kelainan dalam konsep dan tarikan pelik bagi restorannya itu.


Nude Restaurant atau ‘Restoran Bogel’ merupakan restoran yang memestikan para pengunjungnya bogel terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk menjamu selera. Selain itu, para pengunjung juga harus menggunakan slogan ‘No Hot Soup’ sewaktu menjamu selera dalam restoran itu.

Uniknya, restoran itu hanya dapat membenarkan seramai 50 orang sahaja pengunjung dari golongan tertentu masuk bagi memberikan keselesaan dan ruang privasi dalam satu-satu masa.

“Restoran ini biasanya hanya kami sewakan untuk private party, untuk kalangan sosialitas di kota ini,” kata John.

Bagi John, dia lebih mengutamakan keselesaan buat para pengunjung supaya mereka semua berasa tidak terganggu dan menikmati suasana di restorannya.

“Kami hanya lakukan hal yang membuat tetamu kami merasa nyaman. Bogel adalah satu keadaan yang membuat mereka merasa nyaman,” Katanya

HOT!!! Artis bertudung sanggup BOGEL depan lelaki..



HAMPIR setiap hari artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. Ini kerana bila tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena.

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah ‘berbogel’ depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.Metro

PELARIAN MALAYSIA DITEMUI !!!

Foto

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal beranak tiga sekali lagi membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, ekoran tidak tahan lagi diganggu samseng along.Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan mengadu di biro sama tahun lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zarina, 30-an, berkata, hidupnya kini dalam ketakutan dan berpindah lebih empat kali kerana diancam samseng along termasuk dua kali anak bongsunya yang berusia lima tahun diculik kumpulan terbabit.Beliau berkata, anaknya diculik kumpulan along pada 2009 dan Februari tahun lalu.

Katanya, dia kini merempat di sebuah kem tentera di Selangor semata-mata untuk lari dari samseng along.
“Saya diburu along selepas bekas suami membuat pinjaman RM15,000 dan kini hutang itu meningkat RM60,000.


“Tanpa pengetahuan, suami membuat pinjaman menggunakan nama saya hingga kumpulan along mencari saya dan kini lebih empat kali berpindah rumah demi keselamatan diri serta tiga anak perempuan berusia lima hingga 12 tahun,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, dia trauma selepas anak bongsunya diculik along pada Februari tahun lalu selama sebulan selepas tidak mampu membayar pampasan RM4,000 ekoran tiada wang.

“Saya berusaha mendapatkan wang itu dengan meminjam daripada saudara-mara dan kawan-kawan sebelum membayar kepada along terbabit bagi membebaskan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada Disember 2011.

Harian Metro 6 Januari tahun lalu melaporkan, Zarina membuat aduan di MCA selepas diburu along dan sudah tiga kali berpindah rumah ekoran hutang yang dipinjam suaminya sebanyak RM15,000.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, bagi mengelakkan mangsa terus diburu, dia sudah berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah hari ini (semalam) bagi membincangkan perkara itu.

SUMBER


PEMBOCORAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN DIPANDANG SERIUS MB PERAK !!

mb-pandang-serius

Menteri Perak, Dato’ Seri Dr  Zambry Abd Kadir menganggap pembocoran dokumen rasmi kerajaan oleh kakitangan awam sebagai satu perkara yang amat serius yang boleh menjejaskan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Katanya, pembocoran dokumen merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip penubuhan sesebuah kerajaan yang boleh membawa implikasi tidak baik.

Katanya kakitangan awam adalah tertakluk di bawah Akta Rahsia rasmi, mereka  perlu memastikan dokumen rasmi kerajaan ini dijaga dengan baik.

“Bagi saya ia merupakan satu perkara serius, ini bukan kerana soal `wisel blower’ ataupun kerajaan BN takut, ia adalah kerana prinsip berkerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan bukan BN.

“Seperti di negeri-negeri lain dari segi amalan berkerajaan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, sebab itu wujudnya Ordinan rahsia atau Akta Rahsia Rasmi yang harus dipatuhi..kalau tidak habislah negara.

“Ini kerana kerja-kerja ataupun sebarang bentuk perjanjian atau perkara-perkara yang diputuskan di peringkat kerajaan negeri sudah tidak lagi menjadi dokumen rahsia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan dan Excutive Talk Bil 1/2013 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

SETERUNYA

FITNAH : NAJIB KENE STROKE>>>SIAPA YG BIKIN FITNAH NI!!!


SHAH ALAM - Tindakan pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan khabar angin kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang angin ahmar adalah perbuatan yang berniat jahat.

Perbuatan jahat ini jelas bertujuan untuk memburuk-burukkan Perdana Menteri selepas sokongan terhadapnya semakin meningkat.

Ini bukan pertama kali berlaku, sebelum ini Perdana Menteri pernah difitnah kononnya diserang penyakit serupa.

Berita fitnah itu mula dikesan tersebar melalui khidmat pesanan ringkas malam tadi. Beberapa portal pro pakatan haram turut menyiarkan berita yang sama.




Menurut sumber, Perdana Menteri dilaporkan sihat dan ini dibuktikan apabila beliau masih bertugas dan berucap seperti biasa di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi semalam di Putrajaya.

Sumber juga menasihatkan supaya rakyat tidak percaya fitnah ini dan tidak menyebarkannya.

Adakah ini satu lagi siri fitnah yang dilakukan pihak pakatan haram?


LELAKI KUAT SEKS diDUNIA:1 HARI 15 kali ...


NAMA SYED MUHAMMAD AHMAD ABDALLAH
DARI MESIR ,AGAMA ISLAM
28 KALI KAHWIN DENGAN 35 ANAK
3 ISTERI

KEKUATAN FIZIKAL=30,000 LELAKI DEWASA,


KLIK LE GAMBO TU...

POLIS DIBELASAH!!!PENJENAYAH MENGGANAS !!!

pix_topright

BUTTERWORTH: Sekumpulan tahanan dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth, melarikan sebuah van polis selepas membelasah empat anggota polis pengiring di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, sebahagian daripada sembilan tahanan terbabit dikatakan mencetuskan kekecohan dengan bergaduh sesama sendiri menyebabkan kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan dekat Pantai Bersih di sini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit turun dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan tahanan terbabit.

“Tiba-tiba seorang daripada tahanan membaling serbuk cili ke arah anggota kami sebelum melakukan serangan. Tahanan itu membelasah anggota terbabit dan meninggalkan mereka di tepi jalan sebelum melarikan kenderaan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat anggota terbabit yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, petang tadi.


Abdul Rahim berkata, van polis itu ditemui ditinggalkan di Padang Cempedak kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di mana tujuh tahanan melarikan diri manakala dua lagi tahanan tidak berbuat demikian dan ditahan semula.


“Kita percaya kejadian ini dirancang lebih awal dan pergaduhan sesama tahanan di dalam van berkenaan sengaja diadakan bagi melarikan diri,” katanya menjelaskan gerakan memburu tahanan terbabit giat dijalankan terutama di sekitar Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor.

Polis juga mengeluarkan beberapa gambar suspek bagi memudahkan pegecaman dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melepaskan diri itu.

HMETRO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...