Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 8 January 2013

HOT!!! Artis bertudung sanggup BOGEL depan lelaki..



HAMPIR setiap hari artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. Ini kerana bila tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena.

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah ‘berbogel’ depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.Metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...