Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 7 April 2013

Betulke SURAT YUSUF AL-QARDAWI DIPALSUKAN..?



KUALA LUMPUR 7 April - Pakatan Pembangkang dilihat sudah ketandusan idea bagi mendapat sokongan kaum Melayu dan Islam sehingga sanggup memalsukan surat yang dikatakan dari ilmuwan Islam Syeikh Yusuf al-Qardawi.

Surat palsu tersebut kata Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Nordin mengandungi kenyataan sokongan Yusuf Qardawi kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Syeikh Yusuf al-Qardawi kononnya menulis surat bertarikh 20 Rabiulawal 1434 bersamaan 2 Mac 2013 menyokong seorang peliwat, seorang bisexual, seorang yang rosak akhlak untuk perdana menteri," katanya dalam Majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor di Shah Alam, semalam.

Katanya lagi, sebanyak hampir sejuta salinan surat tersebut telah dicetak dan dipercayai akan diagihkan kepada rakyat dalam ceramah dan kempen pembangkang.

"Ini adalah politik desperate (terdesak) yang Anwar Ibrahim lakukan demi untuk memenuhi nafsunya untuk pergi ke Putrajaya," ujarnya lagi.

Miazara Annur

Terkini !!! 2 Ditahan Bersama Senjata Dan Dokumen Berkaitan Kesultanan Sulu


Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan. 

Beliau berkata satu fail putih mengandungi dua surat kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurut SMS itu, statistik terkini tangkapan di bawah Sosma adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.- BERNAMA

Awas !!! Bloggers PCT akan 'Telanjang' kan Kome Yang Sabotaj Parti PRU 13 Ini !!!

Gua Sokong sangat dengan Pendapat Blogger Sekupang dua didalam entruinya yang bertajuk BLOGGERS PERAK (PCT) SEDIA BELASAH PEMIMPIN BOIKOT PARTI BILA TIDAK TERPILIH

Bukan APa memang beno pon wei .Pagi tadi Teman dapat Sms dari seseorang yang boleh dipercayai .Dalam Sms nya beliau berkata " Bro minta tolong sebarkan yang ada hantu2 raya akan buat kacau kuitp tandatnangan bantahan kerana Ketua Bahagian deme dah tercalon"

Apa hal sampai mcm ni Bro? Kau dah berpuluh tahun kan duduk dalam Parti apa salahnya bagi peluang pada yang lebuh power dan berpengalaman dari engko.

Setakat menghabis kan beras,projek2 untuk kaum sendiri baik tak payah la.Jenis macam nie jugak paling tak guna, bila kita dalam kesusahan memang tak nampak muka malah bayang pun tak jumpa, tapi bila Bn mendapat mandat rakyat kembali, muka nie yang paling banyak kedepan, masa perang lari tapi bila menang nak pulak pangkat. rasanya tak perlu simpan kerana tak ada gunanya pada parti elok lagi kalau dia jangan dibagi muka lansung, jenis macam nie yang merosak dan mengagalkan kemenangan kita.

Jenis macam nie ler jugak penting diri sendiri tanpa peduli samada parti menang atau kalah, mereka pentingkan diri mereka, kena ada tempat untuk mereka tanpa memikirkan kekalahan juga boleh berpunca dari mereka sendiri. mereka lah yang merosakan Parti

Jenis macam ni lah juga yang rakyat tak hendak, meluat tengok dan tidak akan bagi undi untuk mereka, tak mahu dijadikan pemimpin, tak mahu ikut bantu parti kalau muka nie yang dicalonkan, tak berminat nak bersama parti dah kalau muka nie jadi pemimpin

Gua malas nak tulis lebih-lebih bro.Gua sekadar dedah apa yang org ckp kat gua bro .Bukan semua perfect bro.Lu ingat lu seorang je ka.Ingat cikit ini hanya diniawi bro.Gua hangat sama lu bro

Gempar !! Anwar mengaku pernah jumpa Misuari??

Anwar Ibrahim
TANAH MERAH -  Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu  menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri  ke rumah  Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong  perjanjian damai itu kerana  mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya  pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah  Tanah Merah di sini, malam, semalam.

Anwar berkata,  kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat Unit Perancangan Ekonomi.

Katanya, semua  pemimpin negara pernah bertemu Nur Misuari termasuk Dr Mahathir memandangkan Nur Misuari adalah  bekas Gabenor Mindanao.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Saya didakwa sebagai pengkhianat negara apabila menyanyikan lagu Sabah akan  hilang. Maksud saya,  Sabah akan hilang di tangan Umno tetapi bukan  dari Malaysia.

"Mereka (Umno) sewenangnya menuduh saya dan melibatkan  saya dengan pelbagai tuduhan yang  tidak masuk akal, termasuk ejen pengganas Sulu," katanya.

SINAR

PANASS!! YB Zul Noodin BONGKAR Rahsia Jahat Pakatan Haram!



Pilihanraya ini mungkin akan terjadi paling kotor diantara semua pilihanraya dengan permainan jahat puak PR ni. Selamatlah gerakan jahat mereka dapat dihidu lebih awal.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mendedahkan percubaan terbaharu pakatan pembangkang untuk menipu dan mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Penipuan yang dimaksudkan ialah pakatan pembangkang dikatakan bakal menyebarkan kira-kira satu juta risalah kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lainnya mengandungi kononnya surat sokongan Dr. Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai surat palsu.

"Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya.

"Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' anjuran Perkasa di sini hari ini.

Sekali lagi Datuk Zulkifli mendedahkan keburukan Pakatan, patutlah pada akhir-akhir ini beliau selalu di'TAJI' habis-habisan oleh puak PR untuk menjatuhkan reputasi beliau.

Namun pendedahan kali ini bakal merencatkan gerakan jahat PR. Ternyata penipuan dan fitnah bakal kalah jika nak dibandingkan dengan fakta dan kebenaran.

Tun M bagi Warning !!!

SHAH ALAM 6 April - Kesediaan Barisan Nasional (BN) dalam memperolehi majoriti undi dua pertiga dalam Pilihan Raya ke 13 (PRU13) akan datang dilihat masuk akal terutamanya apabila melibatkan negeri Selangor yang menyaksikan rakyatnya semakin bosan dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Sambil menempelak Pentadbiran Kerajaan Negeri, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, faktor sokongan dan semangat luar biasa yang diberikan rakyat kepada BN membuktikan rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan PR kembali ke tangan BN.

"Di Selangor, kita lihat dari segi semangat dan jumlah besar yang hadir dalam perjumpaan seperti ini. Saya yakin orang Selangor sudah bosan dengan kerajaan parti lawan (PR). Mereka tidak boleh selesaikan masalah air.

"Dengan itu banyak industri terjejas kerana mereka tidak menyelesaikannya, sebaliknya mereka bercadang kalau mereka menang mereka akan menjual bahagian mereka dalam syarikat air ini.

"Kita jual harta, kita dapat duitlah. Ini bukan cara untuk tadbir negara. Kita tadbir negara dengan cara memajukan Negara.

"Saya harap orang Selangor tidak tertipu lagi," kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Selamatkan Selangor di Shah Alam petang tadi.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Presiden Jalur  Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md. Arip serta pemimpin-pemimpin NGO yang lain.

Perhimpunan anjuran pertubuhan badan bukan kerajaan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu dihadiri lebih daripada 15 ribu orang.

Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang akan menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada PRU13 ini bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah, Tun M berkata Kit Siang perlu dikalahkan jika tidak beliau pasti tidak akan berhenti daripada dunia politik.

"Saya fikir kalau Kit Siang kalah, habislah, dia punya riwayat sebagai ahli politik.  Jika tidak, dia tidak akan berhenti.

"Saya harap kalau Ghani (Abdul Ghani) atau sesiapa sahaja termasuk calon MCA, kalahkan Kit Siang," ujarnya.
 

Letupan Kuat DiKampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, TAWAU !!!


“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, keadaan tiba-tiba menjadi huru-hara seperti tsunami selepas satu letupan disusuli gegaran kuat.

“Beberapa saat selepas itu, rumah saya bergoncang kuat lalu ranap,”
“Sekalipun terperangkap, saya sempat melepaskan diri dan menyelamatkan empat anak jiran dan kami keluar dari runtuhan secara meniarap.

“Nasib baik saya terdengar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan lalu mencari mereka dalam keadaan merangkak di bawah timbunan kayu.

“Mujur ada satu tiang menghalang batu itu daripada terus menghempap mereka,” kata Edy Lasuasa, 57, yang cedera di kepala selepas rumahnya musnah dihempap tiga bongkah batu gergasi yang bergolek dari atas bukit di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, di sini, semalam.

Kanak-kanak yang terselamat dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizul, 9; Mohd Ajili Arwansyah, 6; Mohd Said Abdul Said, 5; dan adiknya, Norafdilah Abdul Said, 3.

Menceritakan kejadian jam 11.30 pagi yang menghempap 11 rumah itu, Edy berkata, dia terdengar satu dentuman disusuli gegaran kuat sebelum bunyi kayu pecah.


Menurutnya, ketika itu dia berehat di anjung rumah bersama empat kanak-kanak yang juga jirannya sebelum terdengar satu letupan dari kuari berhampiran.




EDY bersama Mohd Hafiz yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka.


Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, letupan dilakukan di kuari berhampiran adalah perkara biasa tetapi tidak menyangka rumahnya dihempap bongkah batu akibat letupan itu.

“Rumah saya musnah dan ketika kejadian berlaku (rumah ranap) saya terus pengsan.

“Sebaik tersedar, saya terperangkap di bawah runtuhan, saya turut mendapat luka di belakang kepala akibat dihempap tiang rumah yang patah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hula Igu, 58, berkata, dia bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian.

“Pada masa itu, saya di pasar kerana menjual ikan. Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya runtuh dihempap bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit,” katanya.

Katanya, terkejut dengan perkara itu, dia bergegas pulang ke rumah.

“Saya bimbang mengenai keselamatan tiga cucu, termasuk dua daripadanya kembar yang baru berusia sebulan, selain anak serta menantu di rumah.

“Saya bersyukur kerana walaupun rumah musnah, semua ahli keluarga terselamat,” katanya.

Menurutnya, menantunya, Nisa Yusuf, 30, bersama bayi kembarnya, Noraisah dan Noranisah Fazlan berusia satu bulan dihantar orang ramai ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cucunya, Mohd Khairul, 2, terselamat.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, satu bongkah batu sebesar rumah banglo manakala dua lagi sebesar kenderaan pacuan empat roda.

Ketiga-tiga bongkah dipercayai bergolek dari atas bukit selepas letupan dilakukan pekerja kuari di kawasan berhampiran.

Rosmah Punca Kekalahan PRU 13 !!!





Menurut Info daripada MKP,Nak kata apa lagi itulah hakikat yang patut kita terima. MKP lihat sejak kebelakangan ini ramai sangat yang memuji melambung dan sokong main kromo aje. Tanpa berfikir dengan natijah yang bakal diterima. Pada pegawai (Rosli) yang bertanggungjawab jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin jangan pulak syok sendiri. 

Oh rupanya Ds Rosmah bukak kilang dirumahnya, Pendedahan eksklusif yang dibuat haprak pakatan cukup mengemparkan. Adik kakok…satu hari bil elektrik $700 ribu ..gilo bhai…bil api KLCC dengan KLIA pun tak semahal tu..

Bill air sehari $100 ribu bhai..apa Ds Rosmah buat?Ada empangan kat rumah dia ker?Patutlah Selangor takde air,rupanya Ds Rosmah pakai air sebanyak tuh …

hihi.. ni hah video kat bawah..korang kena percaya..nanti tak cukup iman sebagai seorang pencacai pakatan.Lepas tonton video ni wajib pangkah pakatan… baru diredhai oleh Nik Aziz dengan Hj Hadi…

Baca Lagi SINI

Pemimpin Mana Yang Hina Nabi TUh??

Nik Abduh Hina Nabi Demi Bela Ayah Sendiri - Celaka Celaka Celaka !!! yg menyalak mcm anjing....!!!

Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini 

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/03/sempena-maulid-nabi-niingin-saya.htmlPerkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/03/sempena-maulid-nabi-niingin-saya.html


Misteri Surat Dr Wan Azizah 18 Muka Surat Terjawab !!!




Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.


Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

Gempar !!! Ratusan Hadir Ceramah.... Petanda Awal Pengundi Gelang Patah Tolak Kit Siang



Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah.
 
SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi.

NUSAJAYA - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

TUN M SOKONG IBRAHIM ALI !!! DUA-DUA PEGANG RAHSIA BESAR PAKATAN HARAM !!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membantu kempen Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berharap, BN akan membuka laluan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang telah banyak berjasa kepada BN melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Dia tubuh Perkasa bukan untuk bertanding tapi sokong BN, Perkasa juga berjaya mengumpul 400,000 keahlian sehingga kini yang mungkin lebih banyak daripada Pas.

"Pada saya, dia tidak buat sesuatu untuk kepentingan diri... kalau ada banyak orang macam Ibrahim, pasti Malaysia akan selamat. Saya harap BN akan bagi tempat pada Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menang kerusi Parlimen Pasir Mas menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991. - UTUSAN

Gempar !!! Penduduk Siap Parang Utk Tetak Penyangak SULU


Arfian LAHAD DATU - "Saya sedia mati lawan pengganas," itulah yang diluahkan penduduk Kampung Sungai Merah, Arfian Arsad, 31, ketika ditanya mengenai pencerobohan pengganas Kiram ke kawasan kampungnya sejak pertengahan Februari lalu.

Menurutnya, akibat terlalu marah dan menyusahkan kehidupan penduduk, dia sanggup berhadapan dengan pengganas hanya bersenjatakan parang dan jika terpaksa, berlawan menggunakan tangan kosong.

Katanya, keberanian meresap dalam diri apabila mendengar dua perajurit negara terkorban di Kampung Tanduo, 1 Mac lalu.

Dua perajurit yang terkorban itu adalah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46, kedua-duanya dari VAT69.

"Saya betul-betul sakit hati, saya sudah tidak tahan, saya nekad untuk bunuh pengganas kerana perwira kita telah terbunuh.

“Sejurus selepas pertempuran itu (1 Mac), saya terus arahkan ibu, bapa dan adik beradik saya lari meninggalkan kampung ini, saya mahu tinggal bunuh pengganas,” katanya.

Arfian berkata, pada mulanya dia mahu pergi ke Kampung Tanduo untuk membunuh pengganas, tetapi pasukan polis yang mengepung kampung tersebut tidak mengizinkannya masuk dan hanya membenarkan dia tinggal di rumah.

Kecewa dengan arahan polis itu, Arfian terus meletakkan parang di beberapa sudut rumahnya bagi persediaan menentang pengganas jika mereka berjaya meloloskan diri.

Sejak itu, Arfian berseorangan diri di rumah selama 26 hari, menunggu jika ada pengganas berani memecah masuk rumahnya.

“Saya terus berkawal di sekitar rumah, walaupun seluruh penduduk sudah melarikan diri, saya sanggup mati, saya sudah asah parang setajamnya.

“Saya tahu mereka ada ilmu kebal, sebab itu mereka berani datang ke sini untuk membuat kacau. Mereka menggunakan ilmu kulias (menyekat tembakan), ilmu angin (pengabur dan muncul di banyak tempat serentak) serta ilmu kebal.

“Saya boleh berhadapan dengan mereka, saya yakin boleh membunuh beberapa orang daripada mereka (pengganas) sebelum nyawa saya sendiri melayang,” katanya penuh yakin.

Pada 5 Mac, ketika Op Daulat dilancarkan dengan serangan udara dari pesawat pejuang F/A-18D, Arfian masih berada di rumahnya yang terletak hanya 2 kilometer dari Kampung Tanduo.

Katanya, pada pagi hari tersebut, dia sempat merakam serangan udara tersebut di atas atap rumahnya sendiri.

“Selepas pesawat lalu di kampung saya, saya terus merakam dan mendengar letupan yang amat kuat, seluruh tanah bergegar.

“Sejurus selepas itu, saya nampak kepulan asap dari arah Kampung Tanduo,” katanya.

Sementara itu, ibu Arfian, Putri Salleh, 58, berkata, pada mulanya dia tidak mahu meninggalkan anaknya bersendirian di rumah dengan hasrat ‘gilanya’.

Tetapi segala pujuk rayunya gagal apabila anaknya tetap berkeras mahu membunuh dan menghalau pengganas dari bumi Sabah.

“Dia terlalu sakit hati, sebab itu keberaniannya membara, saya hanya redha pada ALLAH tentang keselamatannya,” katanya.

Putri berkata, dia mempunyai enam orang anak, dan Arfian adalah anak ketiganya.

Ditanya mengenai hasrat pengganas Kiram yang mahu menawan Sabah, Putri berkata, hasrat tersebut tidak akan berjaya buat selama-lamanya selagi Malaysia mempunyai pahlawan yang berani.

“Selagi Gunung Kinabalu teguh berdiri, selagi itulah kami bertahan di sini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...