Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 7 April 2013

Gempar !! Anwar mengaku pernah jumpa Misuari??

Anwar Ibrahim
TANAH MERAH -  Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuannya dengan bekas gabenor Mindanau, Nur Misuari adalah atas peranannya membawa keamanan serantau dan ia berlaku ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri.

Katanya, perjumpaan tersebut dibuat ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menterI dan menerima jemputan Presiden Fidel V Ramos bagi membantu  menyelesaikan perdamaian antara Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

"Saya diundang sebagai timbalan perdana menteri  ke rumah  Presiden (Filipina) Ramos. Beliau kemudiannya menelefon Nur Misuari dan minta saya pujuk Musuari bagi menyegerakan proses damai tersebut.

"Saya sokong  perjanjian damai itu kerana  mereka orang Islam. Selesai perjanjian, beliau kemudian diangkat menjadi gabenor ARMM (Wilayah Autonomi Muslim Mindanao)d an sebagai tanda sokongan bagi pihak Presiden Ramos, saya  pergi melawat, saya bawa pegawai-pegawai dan peniaga bagi bantuan serta biasiswa kepada anak-anak di sana," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah  Tanah Merah di sini, malam, semalam.

Anwar berkata,  kemudiannya, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu jemput Nur Misuari ke Kuala Lumpur atas jemputan rasmi bagi taklimat Unit Perancangan Ekonomi.

Katanya, semua  pemimpin negara pernah bertemu Nur Misuari termasuk Dr Mahathir memandangkan Nur Misuari adalah  bekas Gabenor Mindanao.

Justeru, Anwar menyelar tindakan Umno yang cuba mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, berbanding fakta sebenar peranannya mengusahakan jalan perdamaian.

"Saya didakwa sebagai pengkhianat negara apabila menyanyikan lagu Sabah akan  hilang. Maksud saya,  Sabah akan hilang di tangan Umno tetapi bukan  dari Malaysia.

"Mereka (Umno) sewenangnya menuduh saya dan melibatkan  saya dengan pelbagai tuduhan yang  tidak masuk akal, termasuk ejen pengganas Sulu," katanya.

SINAR

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...