Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 7 April 2013

Tun M bagi Warning !!!

SHAH ALAM 6 April - Kesediaan Barisan Nasional (BN) dalam memperolehi majoriti undi dua pertiga dalam Pilihan Raya ke 13 (PRU13) akan datang dilihat masuk akal terutamanya apabila melibatkan negeri Selangor yang menyaksikan rakyatnya semakin bosan dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Sambil menempelak Pentadbiran Kerajaan Negeri, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, faktor sokongan dan semangat luar biasa yang diberikan rakyat kepada BN membuktikan rakyat sudah bersedia untuk menukar kerajaan PR kembali ke tangan BN.

"Di Selangor, kita lihat dari segi semangat dan jumlah besar yang hadir dalam perjumpaan seperti ini. Saya yakin orang Selangor sudah bosan dengan kerajaan parti lawan (PR). Mereka tidak boleh selesaikan masalah air.

"Dengan itu banyak industri terjejas kerana mereka tidak menyelesaikannya, sebaliknya mereka bercadang kalau mereka menang mereka akan menjual bahagian mereka dalam syarikat air ini.

"Kita jual harta, kita dapat duitlah. Ini bukan cara untuk tadbir negara. Kita tadbir negara dengan cara memajukan Negara.

"Saya harap orang Selangor tidak tertipu lagi," kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Selamatkan Selangor di Shah Alam petang tadi.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Presiden Jalur  Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md. Arip serta pemimpin-pemimpin NGO yang lain.

Perhimpunan anjuran pertubuhan badan bukan kerajaan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu dihadiri lebih daripada 15 ribu orang.

Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang akan menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada PRU13 ini bagi merebut kerusi Parlimen Gelang Patah, Tun M berkata Kit Siang perlu dikalahkan jika tidak beliau pasti tidak akan berhenti daripada dunia politik.

"Saya fikir kalau Kit Siang kalah, habislah, dia punya riwayat sebagai ahli politik.  Jika tidak, dia tidak akan berhenti.

"Saya harap kalau Ghani (Abdul Ghani) atau sesiapa sahaja termasuk calon MCA, kalahkan Kit Siang," ujarnya.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...