Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 29 January 2013

Wanita Islam Di Penjara dan Diseksa Di Penjara Lelaki Oleh Amerika Laknatullah


Banduan #650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan di penjara Baghram, Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki? Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui.

Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI.


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa? kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Artikel Penuh Belia Bangkit

[Video Terbaru] Kes Tembak Menembak




Kejadian tembak menembak ini berlaku di sebuah kedai runcit di Filipina.Suspek bertopi keledar dan bersenjatakan pistol menerpa masuk kedalam kedai runcit dan mengarahkan semua orang yang berdiri di kaunter masuk kedalam..

Tanpa disangka lelaki (berbaju biru gelap) sedang berjalan keluar dari kedai mempunyai pistol dan melepaskan tembakkan kepada suspek dan rakannya yang menunggu di luar..Mereka berbalas tembakkan sehingga ketiga tiga mereka rebah diatas jalan..

Untuk menonton sila ke Medan Tempur Kedah

[PELIK]korek telinga demi rezeki yang halal !


Sambil menahan kegelian dalam kesakitan, lelaki ini membenarkan telinga dikorek dan dibersihkan oleh seorang tukang korek telinga di India, dengan menggunakan jarum besi dan kapas.

Muhammad Abbas, 38, yang hanya berbekalkan jarum besi, penyepit dan gulungan kapas tidak segan dan malu untuk menjadi tukang korek telinga, demi mencari rezeki yang halal.

"Saya telah diajar oleh bapa saya yang mewarisi kepandaian ini dari datuknya. Keluarga kami telah membersihkan telinga sejak zaman Mogul.

"Saya membersihkan lebih 20-30 pasang telinga sehari, tetapi kebanyakan mereka adalah pelanggan lama. Saya jarang mendapatkan golongan muda untuk membersihkan telinga mereka. Mereka lebih suka menggunakan pengorek kapas," katanya lagi.

Disebalik kebimbangan terhadap tahap kebersihan peralatan yang digunakan beliau, kebanyakan pelanggannya tidak bimbang tentang kemungkinan terkena jangkitan atau kecederaan ketika melakukan 'pembersihan' tersebut.


Muhammad Aslam Qureshi, pelanggan yang telah mendapatkan khidmat membersihkan telinga dari Abbas selama 17 tahun berkata, " Saya sentiasa mendapatkan khidmatnya. ia sungguh menenangkan dan hebat. Saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan telinga saya."

Seorang lagi pembersih telinga, Sadanand, 35, yang berkhidmat untuk pelanggan kelas atas di Connaught Place, New Delhi mendakwa, perniagaannya mula merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Apabila saya bermula kira-kira 20 tahun yang lalu, saya mampu membersihkan sehingga 50 pasang telinga dalam sehari. tetapi, kini saya sudah dikira bernasi baik jika saya dapat meyakinkan walaupun hanya 20 orang untuk mendapatkan telinga mereka untuk dibersihkan," katanya lagi.-MO

Sumber PINGJE


[Alhamdulillah ] Artis berhijab


Artis yang dimaksudkan ialah, Azza (Elite) yang berkata bahawa perubahan imej yang dibuatnya itu telah membuka hatinya untuk terus berhijab selepas watak yang dilakonkan dalam drama Mujahid sebagai muslimah bertudung.

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Dan penampilan terbaru beliau ini turut disokong sepenuhnya oleh suaminya, Azlan Zulaily yang juga pernah menyatakan hasrat untuk melihat Azza bertudung selepas mendirikan rumahtangga pada April tahun lalu.

*Opkosla..suami maner yang tak support isterinya supaya menutup aurat kan. Kalu suami tak support tu maknanya suami tu bodo hehehe. Bodo kerana terus membiarkan diri menanggung dosa kerana isterinya tidak menutup aurat.*

Jadi, tak perlulah nak tayang segala 'aset' yang hanya pinjaman bagi kamu (orang2 yang masih belum tutup aurat), kerana Allah dah janji kan..orang yang tidak tutup aurat tempatnya di manaaaaa....?

Aperpun, tahniah aku ucapkan pada kak Azza dan semoga beliau terus istiqomah dengan perubahan baik ini. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menyekat rezeki untuk hamba2Nya yang beriman.

Sedangkan ulat dalam batu pun Allah beri rezeki. Sedangkan orang kafir yang tak solat 5 waktu, tak tutup aurat, tonggang arak siang malam pun Allah beri rezeki, inikan pula kita orang Islam yang ikut segala perintahNya, tinggal segala laranganNya...lagi lah Allah akan beri nikmat sebanyak2nya pada kita...kalu bukan di dunia,pasti di akhirat tul tak sahabat2?

[3 IN 1] Majlis Makan Amal,Kutipan Dana untuk Pembinaan Surau SMK SULTAN YUSSUF,Batu Gajah, Serta Ceramah Ilmu oleh Ustaz Kazim.P


Pada 23 Februari 2013 akan datang,Smk Sultan Yussuf,Batu Gajah Akan mengadakan majlis makan malam dan ceramah perdana,bersemperna dengan majlis ini pihak sekolah telah berbesar hati menganjurkan program ini bagi mengutip dana-dana untuk pembinaan Surau Sekolah Smk Sultan Yussuf Batu Gajah,Perak dengan Harga RM500,000 

Antara intipati majlis tersebut ialah:
Malam 3 dalam 1, Makanan jasmani, makanan rohani dan wakaf sebagai bekalan amal jariah kita ke alam sana...Dengan hanya RM100/RM50 kita akan milikinya ketiga2nya....Dapatkannya daripada Usth ainon di talian 0175729427

Dan yang terakhir adalah dana untuk pembinaan Surau...sebuah harapan dan impian. Moga tertegak megah di bumi SYS tanpa ada halangan dan rintangan. Amin...sumbangan semua diperlukan.Semoga dengan bantuan anda dapat meringankan beban serta menambah saham anda di akhirat nanti.Insyallah

Untuk pertanyaan lanjut ,sila hubungi,Ustazah Ainon Mardziah di Talian 0175729427 serta Hj Saidin bin Osman, Pengetua SMK SULTAN YUSSUF,Batu Gajah di Talian 0125396464

Cadangan surau yang dicadangkan


Niatnya Menyatukan Ummah,Komen Najib tentang pemecatan Ust Nasha.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.

Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.

"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.

SINAR

Parasit gembira Ust Nasha dipecat ??

Hasan Ali

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa  Tindakan Majlis Syura yang menggugurkan keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dari badan itu sudah dijangka malah turut dinanti-nantikan oleh pimpinan ‘parasit’ dalam parti itu.

Beliau juga berkata  berita pemecatan itu sudah lama dinantikan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menyenangi tindak tanduk Nasharudin yang sebelum ini menghentam secara terbuka Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh kerana didakwa menghina Islam secara terang-terangan.

“Parasit dalam pimpinan Pas memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas beliau (Nasharudin). Golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keputusan Majlis Syura adalah di luar bidang kuasa mereka.

Artikel Penuh : Sinar Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...