Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 9 February 2013

Jentera UMNO siap


Jentera UMNO siap

 Oleh Norfatimah Ahmad, S Anand Kumar dan Sophia AhmadCetak
 Najib   bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika  mempengerusikan mesyuarat MT UMNO, di Kuala Lumpur,     semalam. - Foto Zulfadhli ZulkifliNajib bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mempengerusikan mesyuarat MT UMNO, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Najib puas hati tahap kesiapsiagaan hadapi PRU-13

Kuala Lumpur: Jentera UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata, ia dinilai berdasarkan laporan audit yang diterima pada semua peringkat, termasuk Pusat Daerah Mengundi. 

Presiden UMNO itu berkata, pada masa sama, semua persiapan menghadapi PRU-13 akan dipertingkatkan, termasuk pada peringkat akar umbi walaupun pada dasarnya tahap kesiapsiagaan parti kini di tahap memuaskan.

“Saya berpuas hati tahap kesiapsiagaan kita berada dalam keadaan sangat memuaskan. Kita berharap usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan persiapan menjelang PRU-13 ini diteruskan kepemimpinan negara hingga ke peringkat akar umbi,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam.

Digigit lintah gergasi

pix_topright

Mengerikan apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut digigit lintah gergasi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin, Chua Hock Hee, 34, dikejarkan ke hospital bagi membolehkan doktor mencabut lintah besar itu yang menghisap darah pada lehernya.


Difahamkan lintah hitam itu melekat pada leher selepas mangsa yang cedera menyorok dengan merendamkan badannya dalam paya di sebuah belukar.

Menurut Chua, kejadian berlaku ketika dia memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kamunting, di sini apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memintas dan menghalang keretanya.


“Semua lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.


“Saya meraung kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.


Mereka merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat keluar.

“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.


Menurutnya, dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.


“Saya sampai ke sebuah rumah kampung didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.


“Polis membuka gari pada tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.


Menurutnya, kakitangan hospital terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.

Najib pandai beraksi dalam video klip


Adoi apa yang duk merepeknya Cai-cainya ...adoi salah ke Pak Jib ni buat video ni...Apahal kome nak meroyan hah...Adoi...itu pon salah ke...Video klip yang berdurasi selama 1:05 minit memaparkan Ds Najib bermain gendang dan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa China..Tahniah Ds ...

Jangan cetus huru-hara jika kalah


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang harus menghormati dan menerima keputusan yang dibuat rakyat tanpa perlu menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Perdana Menteri, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana perkara itu adalah salah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, jika dia (pembangkang) kata dia percaya kepada demokrasi, dia tidak boleh tolak sesuatu yang telah diputuskan oleh rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rancangan Anwar mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' harus diambil perhatian serius memandangkan kemampuan Ketua Pembangkang itu menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebelum ini tidak dapat dinafikan.

Najib berkata, kerajaan mahu pilihan raya umum diadakan mengikut landasan yang benar dan pihaknya sendiri penuh yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan memastikannya berjalan dengan adil dan bersih.

Menurut beliau, sekiranya pembangkang tidak menghormati undang-undang, perkara itu akan mewujudkan satu keadaan yang menolak 'rule of law' atau kedaulatan undang-undang dan kesannya adalah buruk kepada negara.

"Kita harap pihak pembangkang akan menerima keputusan rakyat dan tidak mencari alasan seandainya mereka tidak menang untuk huru-harakan negara.

"Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara manakala perjalanan demokrasi menuntut kita untuk menghormati undang-undang," katanya.

Kenapa pembangkang Takut dengan Wanita BN?



Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan harapan tinggi terhadap jentera Wanita BN yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak pernah putus asa dalam menentukan kemenangan parti.

Perdana Menteri turut yakin kemampuan jentera Wanita BN yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan gerak kerja sewaktu pilihan raya, sekali gus telah 'membirukan' landskap politik tanah air.

Najib yang kelihatan bersemangat dan berada dalam mood gembira ketika berucap turut mengusik Wanita BN dengan memberikan isyarat istimewa.

"Saya tahu kita semua sedang menunggu (pilihan raya umum) isyarat, isyarat saya petang ini, teruskan usaha kita. Wanita akan jadi jentera yang boleh mempengaruhi rakyat agar yakin dengan masa depan kita. Ini kerana kita (BN) menepati janji.

"Kita dah jelas dah, tak perlu tunggu lagi, sudah dekat dah, nak pecah dah. Oleh itu, BN meletakkan harapan yang tinggi kepada Wanita BN, saya amat hargai jasa baik wanita dalam menentukan kemenangan kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Gelombang Biru Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas.

Najib berkata, BN telah melakukan transformasi yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang hanya pandai melakukan reformasi dan demonstrasi.

Sehubungan itu, kata beliau, Wanita BN perlu menyedarkan rakyat mengenai apa yang dilakukan mereka dan perancangan kerajaan BN yang tersusun rapi demi kemakmuran masa depan negara.


Scha pergunakan Awal?


KEHADIRAN pasangan ini di dalam dunia hiburan sememangnya mendapat reaksi yang sangat positif malah dalam masa yang sama turut membuka ruang kepada mereka dalam mencuba pelbagai peluang di dalam industri seni ketika ini.

Jika ditanya kepada peminat mereka, tidak ada perkara yang lebih comel selain dapat melihat Scha Alyahya dan juga Awal Ashaari bergandingan bersama di dalam sebarang apa rancangan pun.

Namun dalam masa yang sama, Awal kelihatan lebih menonjol daripada Scha melalui bidang pengacaraan dan kini isteri tercintanya itu turut mendapat tempat untuk mengacarakan Muzik Muzik 28.

Adakah perkara ini merupakan kebetulan atau pun Scha sendiri yang mempergunakan Awal bagi mendapatkan apa yang diimpikannya selama ini?

Jawapannya pastilah tidak kerana permintaan terhadap pasangan ini setelah berkahwin memang banyak.

Menurut Scha mereka kini bagaikan satu pakej lengkap dan kebiasaannya mereka sering mendapat peluang untuk muncul bersama.

"Kalau nak diikutkan, kami memang suka dapat kerja bersama-sama. Kami tidak ada masalah pun jika mahu digandingkan bersama.

"Jika ada penggambaran untuk iklan televisyen yang memerlukan kami kelihatan intim, ia sememangnya sangat mudah dan saya pun berasa selesa.

"Namun dalam masa yang sama, kami perlu ingat bahawa kami perlu ada perwatakan masing-masing yang tersendiri," kata Scha bersungguh.

Lagi:Disini

Slogan dan Laungan hannyalah Omong Kosong



GEORGETOWN - Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.

Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.

Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.

Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasist.

Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.

Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.

"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

"Saya melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun, semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kini ternyata, slogan dan laungan Liu dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan dalam PR adalah omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.

SUMBER

Kejam!!! 2 Kanak- Kanak Dibunuh Dengan Kepala Dihentak Berkali- Kali Menggunakan Tukul!!!


Gambar yang bakal dipaparkan admin sebentar lagi berkemungkinan besar akan meruntun jiwa dan emosi bagi kebanyakan individu yang mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap kanak- kanak.

Paparan yang dilakukan admin bukanlah bertujuan untuk menakutkan kita semua, sebaliknya ia dipaparkan dengan harapan supaya perkara yang sama dan perlakuan kejam seperti ini dapat dihentikan terhadap kanak- kanak.

Mereka perlukan perhatian dan dorongan untuk terus membesar, jangan disiakan amanah tidak bernilai daripada tuhan kepada kita.

Dua kanak-kanak, abang (4 tahun) dan adik perempuannya (1 tahun +) dibunuh dengan menggunakan hammer atau penukul. Pembunuh mengetuk hammer berulang-ulang kali ke kepala mangsa, boleh lihat efek tersebut dalam gambar di bawah. Pembunuh merupakan girlfriend kepada ayah tiri kanak-kanak tersebut. Tiada info mengenai ibu mereka. Lihat dibawah : -


 

Awas Najib Peratikan Kome di Setiap Bahagian.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersetuju seorang wakil Jawatankuasa Dispilin akan dilantik di bahagian-bahagian Umno sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj dari dalam.

Katanya, wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung parti baru-baru ini.

"Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, nama-nama wakil ini sedang diproses oleh Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Katanya, tugas wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu tindakan awal boleh diambil.

Najib memberitahu, secara keseluruhannya, mesyuarat hari ini memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Kita telah menerima laporan audit sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi dan ikut laporan audit, kita amat puas hati pada tahap kesiapsiagaan sekarang," katanya.

Beliau berharap usaha-usaha untuk memantapkan lagi persiapan ini akan diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri, bahagian sehinggalah ke Pusat Daerah Mengundi. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget