Jentera UMNO siap
Kuala Lumpur: Jentera UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, ia dinilai berdasarkan laporan audit yang diterima pada semua peringkat, termasuk Pusat Daerah Mengundi.
Presiden UMNO itu berkata, pada masa sama, semua persiapan menghadapi PRU-13 akan dipertingkatkan, termasuk pada peringkat akar umbi walaupun pada dasarnya tahap kesiapsiagaan parti kini di tahap memuaskan.
“Saya berpuas hati tahap kesiapsiagaan kita berada dalam keadaan sangat memuaskan. Kita berharap usaha memantapkan lagi kesiapsiagaan persiapan menjelang PRU-13 ini diteruskan kepemimpinan negara hingga ke peringkat akar umbi,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam.
No comments:
Post a Comment