Jika ditanya kepada peminat mereka, tidak ada perkara yang lebih comel selain dapat melihat Scha Alyahya dan juga Awal Ashaari bergandingan bersama di dalam sebarang apa rancangan pun.
Namun dalam masa yang sama, Awal kelihatan lebih menonjol daripada Scha melalui bidang pengacaraan dan kini isteri tercintanya itu turut mendapat tempat untuk mengacarakan Muzik Muzik 28.
Adakah perkara ini merupakan kebetulan atau pun Scha sendiri yang mempergunakan Awal bagi mendapatkan apa yang diimpikannya selama ini?
Jawapannya pastilah tidak kerana permintaan terhadap pasangan ini setelah berkahwin memang banyak.
Menurut Scha mereka kini bagaikan satu pakej lengkap dan kebiasaannya mereka sering mendapat peluang untuk muncul bersama.
"Kalau nak diikutkan, kami memang suka dapat kerja bersama-sama. Kami tidak ada masalah pun jika mahu digandingkan bersama.
"Jika ada penggambaran untuk iklan televisyen yang memerlukan kami kelihatan intim, ia sememangnya sangat mudah dan saya pun berasa selesa.
"Namun dalam masa yang sama, kami perlu ingat bahawa kami perlu ada perwatakan masing-masing yang tersendiri," kata Scha bersungguh.
Lagi:Disini
No comments:
Post a Comment