Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 9 February 2013

Kenapa pembangkang Takut dengan Wanita BN?



Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan harapan tinggi terhadap jentera Wanita BN yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak pernah putus asa dalam menentukan kemenangan parti.

Perdana Menteri turut yakin kemampuan jentera Wanita BN yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan gerak kerja sewaktu pilihan raya, sekali gus telah 'membirukan' landskap politik tanah air.

Najib yang kelihatan bersemangat dan berada dalam mood gembira ketika berucap turut mengusik Wanita BN dengan memberikan isyarat istimewa.

"Saya tahu kita semua sedang menunggu (pilihan raya umum) isyarat, isyarat saya petang ini, teruskan usaha kita. Wanita akan jadi jentera yang boleh mempengaruhi rakyat agar yakin dengan masa depan kita. Ini kerana kita (BN) menepati janji.

"Kita dah jelas dah, tak perlu tunggu lagi, sudah dekat dah, nak pecah dah. Oleh itu, BN meletakkan harapan yang tinggi kepada Wanita BN, saya amat hargai jasa baik wanita dalam menentukan kemenangan kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Gelombang Biru Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas.

Najib berkata, BN telah melakukan transformasi yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang hanya pandai melakukan reformasi dan demonstrasi.

Sehubungan itu, kata beliau, Wanita BN perlu menyedarkan rakyat mengenai apa yang dilakukan mereka dan perancangan kerajaan BN yang tersusun rapi demi kemakmuran masa depan negara.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...