Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 2 January 2013

3 Jam Tersepit!!


SUBANG - Selepas menahan kesakitan akibat tersepit hampir tiga jam di celah batu kolam renang, anak lelaki pengasas syarikat De Classic Life (DCL), Datuk Azlina Che Abdullah berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika anak kedua pengasas produk kecantikan berkenaan mandi di kolam renang di sebuah hotel di sini bersama sepupu dan adiknya.

Azlina berkata, anaknya, Putera Faisal Stapa, 13, memberitahu dia berasa seperti hendak lemas sebelum mengambil keputusan naik ke batu yang berada di antara tembok kolam renang berkenaan untuk melegakan pernafasan.

Katanya, tanpa diduga Faisal tersepit di celah batu itu sebelum kejadian dimaklumkan anak saudaranya kepadanya.

“Saya yang berada di dalam bilik hotel bergegas turun untuk melihat apa yang berlaku. Memang terkejut melihat anak saya tersepit dari bahagian dada hingga kaki di celah batu yang tidak sepatutnya berada di situ.

“Bomba terpaksa mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan anak saya dengan memecahkan batu itu,” katanya.

Azlina berkata, beliau sekeluarga menginap hotel itu sempena menyambut ketibaan tahun baru, semalam. Beliau melahirkan rasa kecewa kerana pihak pengurusan hotel tidak memberi apa-apa jawapan mengenai apa berlaku dan seolah-olah seperti tidak mahu bertanggungjawab.

Katanya, akibat kejadian itu anaknya mengalami lebam dan calar di bahagian belakang badan akibat tersepit terlalu lama.Tambahnya, keadaan Faisal semakin pulih dan sudah boleh solat seperti biasa selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan bomba yang membantu menyelamatkan anak saya,” katanya.

SUMBER

SIAPA Parasit Dalam Biro Tatanegara(BTN)!!!

Siapa lar agaknya parasit didalam BTN senbenonya ye...Agak2 kome siapa ...Hah ni lar dia ...aPa function deme sebenonya dlm BTN ni....heee geram bebeno le teman...

tak jelas kome tekan gambar ye...link pon ada sekali...
hah tak caya lagi ambil nih...sini macam2 kome tahu..SINI


Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenar BTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah.

Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTN tidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini.

Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada.

Mohon pencerahan...

DALAM DUK BELEK BLOG JAWA NI TETIBA TEMAN TERJUMPA YANG KAT BAWAH NI...ADUI APA CER NI...HYE TAKKAN MINUM JE KUT ...HEEE SATU JE KAMI NAK BAGI JE PENJELASAN..

Tengok je lar kt link ni >>>...SINI


Adui ni surat apa plk ye...Ce perhati betul2 apa ni...

Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIM walau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia.

HMMM kalau kome nak tengok  citer yg lebih lanjut ada di blog ini
Thanks JAWA BERNAM dan Yang INI

VIDEO TONGONG!!!Layan

HAHAHAHAH memang kelako giler tengok video ni apa pon teman nak ucpkn tahniah atas pembikinan filem ini...kONFIRM TOP lepas ni.Bukan apa apa yang diceritakan  didalam video ni memang betul...

hmmm layan je video kat bawah ni...


amacam ok tak...kih kih kih ...

Filem Atas Bawah!!!


Aje nya pelik bebeno ngn nama filem tu...heehhe...padahala nama owang putihnya adalah FILEM Upside Down.Filem ini merupakan filem yang telah mula ditayangkan di pawagam Malaysia edaran Rainfilms Sdn. Bhd sejak Khamis lalu merupakan sebuah filem sains fiksyen percintaan yang jarang sekali dilakukan oleh pengarah di Hollywood.

Menurut sumber Filem yang berlatar belakang tahun 70-an dan 80-an itu mengisahkan dua dunia yang seperti terikat antara satu sama lain apabila terdapat satu dunia di atas dan satu lagi dunia di bawah dan ia mengikut graviti.Terdapat satu dunia berada di atas, satu lagi di bawah, dunia di bahagian bawah adalah dunia yang miskin dan huru-hara dan satu lagi yang atas merupakan dunia yang kaya-raya dan maju.

Filem ini juga menceritakan Satu dunia yang  wujud kerana memiliki bekalan kuasa elektrik, sementara yang satu lagi kaya dengan minyak disebabkan itulah, satu dunia lebih maju berbanding yang satu lagi dan kedua-dua industri ini diuruskan oleh sebuah syarikat digelar Transworld, yang pada dasarnya memerintah segala-galanya.



“Penduduk dua dunia itu bekerja dalam bangunan yang sama tetapi terdapat batas dan undang-undang yang harus dipatuhi, satu dunia itu seperti negara Cuba yang miskin dan satu dunia lagi berkelas tinggi seperti Upper East Side di New York,” jelasnya dalam satu sesi temuramah baru-baru ini.

Seterusnya




KANTOI!!!baru UMUR 13 thn udah pandai nak rogol anak org dalam toilet!!!



apa nak jadi dengan budak ni ye...Kecil2 dah pandai nak rogol anak orang kan dah kene ...ish2 apa nak jadi..Tengok kat bajunya lambang apa...Nampak bebeno freemanson nya...Ish...

SUMBER

Mangsa BANJIR "Dihalau"!!!


Kesian dengan nasib mangsa banjir di Terengganu.,bukan apa harini 1 Jan 2013 merupakan hari pertama mereka bersekolah namun mereka terpaksa pulang ke rumah atas sebab banjir yang berlaku disekolah mereka ,kebetulan sekolah mereka dijadikan tempat pemindahan sementara.


HULU TERENGGANU - Hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di sini hari ini, terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.

Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya.  

Terengganu, Kelantan dan Kedah merupakan tiga negeri yang memulakan sesi persekolahan 2013 hari ini, manakala negeri lain akan bermula esok.

Sementara itu, seorang pelajar Siti Nurhidayah Sharudin berkata walaupun beliau agak terkejut dengan pengumuman pihak sekolah berkenaan, perkara tersebut agak melucukan.

"Selepas cuti panjang, saya dan kawan-kawan sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah semula. Namun tidak sampai sejam selepas itu kami diarahkan balik sebab banjir pula," katanya ketika ditemui.

Sementara itu Timbalan Pengarah JPNT, Hashim Mohd Zin ketika dihubungi Bernama, berkata sehingga kini sebanyak 31 sekolah terpaksa ditutup hari ini akibat banjir iaitu 13 di Hulu Terengganu, Besut (12), dan tiga masing-masing di Setiu dan Kemaman.

Katanya sebahagian daripada sekolah itu tidak dapat memulakan sesi persekolahan kerana dijadikan pusat pemindahan banjir.  

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di Kampung Matang yang dilanda banjir mendapati pekerja Pos Malaysia, Mas Izan Mustafa, 32, tekun melakukan kerja menyerahkan surat di kawasan tersebut.

Difahamkan Pejabat Pos Malaysia cawangan Kuala Berang di sini, terpaksa mengambil inisiatif menyerahkan surat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diserah kepada penduduk di kawasan yang dinaiki air.

Selain itu, syarikat berkenaan juga menyewa bot bagi tujuan penghantaran surat penting. - Bernama

INI SALAH UMNO!!!Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut


Gempar! Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut | Belum reda lagi tentang isu tanah runtuh di Setiawangsa (LINK), satu kes tanah runtuh lagi telah berlaku di Besut. Biarpun ia hanya kes terpencil, tanah runtuh ini telah menyebabkan dua orang cedera. Dalam laporan berita ini mereka menyebut jambatan, namun sebenarnya ia adalah kes tanah runtuh di Besut, Terengganu. Memang tidak dinafikan, kes tanah runtuh sejak akhir -akhir ini sering berlaku berikutan hujan turun tidak berhenti. Boleh lihat gambar di bawah ini.


tanah runtuh

BESUT- Banjir besar yang berlaku Isnin lalu bukan sahaja menjadi banjir terburuk di kawasan Kampung Padang Bual, Hulu Besut tetapi turut menyebabkan sebuah jambatan di Kampung Durian Telur dekat Pasir Akar, runtuh menyebabkan ia terputus dua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Durian Telur, Hasbullah Yusof berkata, kedua-dua belah hujung jambatan konkrit yang baru siap dibina beberapa bulan lalu runtuh setelah dirempuh arus deras Sungai Besut kira-kira jam 9 malam sebelum dihanyutkan.

Menurutnya, air sungai yang banyak dan deras telah melimpah memasuki laluan alur bawah jambatan itu lalu merempuh tebing jalan menyebabkan berlaku runtuhan tanah di hujung  jambatan tersebut.

“Kira-kira 350 penduduk terpaksa melalui jalan alternatif (jalan lama) yang terletak di sebelah jambatan itu untuk keluar ke pekan Pasir Akar,” katanya.

Hasbullah berkata, runtuhan itu turut menyebabkan dua remaja yang melalui jalan itu kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu terjatuh di bahagian lubang runtuhan itu sedalam kira-kira 4 meter dan cedera parah.

Menurutnya, dua remaja yang tidak dikenali itu bukan penduduk kampung tersebut, dan dipercayai tidak perasan dengan halangan yang dibuat penduduk.

“Sekarang, Pejabat Daerah Besut menutup laluan ke jambatan itu sementara kerosakan dibaiki bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau akan mencadangkan kepada kerajaan untuk membaiki jalan tersebut secepat mungkin untuk keselesaan penduduk.

Amanah Terakhir Najib !!!


Apa ke heinya yop sampai macam tu...HMMM sebenonya teman nak ulas tentang Ucapan semperna tahun baru oleh PM kita Datok Najib semalam .Menurut laporan kosmo Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Beliau juga didalam ucapan nya turut menggesa supaya rakyat terus Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam tadi.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget