Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 2 January 2013

3 Jam Tersepit!!


SUBANG - Selepas menahan kesakitan akibat tersepit hampir tiga jam di celah batu kolam renang, anak lelaki pengasas syarikat De Classic Life (DCL), Datuk Azlina Che Abdullah berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika anak kedua pengasas produk kecantikan berkenaan mandi di kolam renang di sebuah hotel di sini bersama sepupu dan adiknya.

Azlina berkata, anaknya, Putera Faisal Stapa, 13, memberitahu dia berasa seperti hendak lemas sebelum mengambil keputusan naik ke batu yang berada di antara tembok kolam renang berkenaan untuk melegakan pernafasan.

Katanya, tanpa diduga Faisal tersepit di celah batu itu sebelum kejadian dimaklumkan anak saudaranya kepadanya.

“Saya yang berada di dalam bilik hotel bergegas turun untuk melihat apa yang berlaku. Memang terkejut melihat anak saya tersepit dari bahagian dada hingga kaki di celah batu yang tidak sepatutnya berada di situ.

“Bomba terpaksa mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan anak saya dengan memecahkan batu itu,” katanya.

Azlina berkata, beliau sekeluarga menginap hotel itu sempena menyambut ketibaan tahun baru, semalam. Beliau melahirkan rasa kecewa kerana pihak pengurusan hotel tidak memberi apa-apa jawapan mengenai apa berlaku dan seolah-olah seperti tidak mahu bertanggungjawab.

Katanya, akibat kejadian itu anaknya mengalami lebam dan calar di bahagian belakang badan akibat tersepit terlalu lama.Tambahnya, keadaan Faisal semakin pulih dan sudah boleh solat seperti biasa selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan bomba yang membantu menyelamatkan anak saya,” katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...