Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 6 December 2012

~PIHAK PENGUASA PUNCA PERISTIWA BERDARAH~

SHAH ALAM - Undang-undang yang membenarkan perhimpunan aman diadakan hanya dengan memberikan notis dan bukan memohon permit seperti sebelum ini dibimbangi akan sampai kepada satu tahap di mana polis tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan dan huru-hara akan berlaku di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media sama ada undang-undang berkenaan mampu membendung budaya politik samseng di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya rasa undang-undang baru ini lebih liberal untuk membenarkan orang mengadakan perhimpunan tetapi saya takut kalau orang ramai-ramai keluar, saya takut menjadi 'mob rule' di mana polis tidak boleh mengawasi keadaan, kerana apabila orang terlalu ramai di jalanan, sesuatu perkara boleh menyebabkan huru-hara sebab ramai orang. Kita tidak tahu apa dalam fikiran orang," katanya. 

Beliau sebelum itu menjadi salah seorang ahli panel dalam Wacana Sinar Siri ke-16 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Krangkraf, di sini, hari ini. 

Wacana segar anjuran Sinar Harian kali ini membawakan topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita". 

Pada sidang media sama, Musa turut ditanya, di mana silapnya kawalan yang dilakukan oleh pihak dalam insiden yang berlaku di Gombak malam kelmarin sehingga mendatangkan kecederaan kepada penyokong BN dan Pakatan Rakyat. 

"Apabila anda melihat ada satu pihak yang menceroboh masuk, pada waktu itu polis patut sudah menahan, jangan benarkan sehingga pertumpahan darah berlaku kerana polis tadi menjaga harta dan nyawa orang ramai," jelas beliau. 

Musa kemudian menasihatkan pihak polis agar lebih berhati-hati dalam membenarkan apa jua ceramah dan program melibatkan parti pemerintah atau pembangkang supaya tidak berlangsung di kawasan berhampiran sehingga boleh menimbulkan ketegangan. 

"... kalau sesuatu kumpulan itu sudah dibenarkan untuk membuat ceramah di sesuatu tempat, jangan pula benarkan pihak lawan buat di tempat sama. Itu nak melagakan lagi," jelas beliau. 

Dalam kejadian pada malam Selasa itu, muncul dakwaan lebih 100 Pemuda Umno terlibat dalam provokasi mengganggu ceramah dengan melakukan rempuhan serta tindakan membaling batu ke arah penyokong Pakatan Rakyat.

Insiden itu bertukar ganas apabila masing-masing memberikan reaksi balas sehingga mendatangkan kecederaan kepada dua penyokong, masing-masing di dahi dan bahu kiri.

sinarharian


~ABBY KANTOI DENGAN BUDAK PCT~

biarlah apa mereka nak buat yang penting niat mereka betul hendak membantu penduduk di palestin .yang nak meroyan lebih2 tu apasal hah...akin hari makin royan je ko kan...kau je ke yang betul hah...

gmbr skdr hiasan :)

tetapi nak citer yang ini je pon...cube pulak kita lihat di tweeter yang ini...hehehe...ce kome tengok....

kalau tak jelas boleh tekan gambar tuk besarkan

hehehe ...lepas tu anak jati tak puas hati n then pergi lar tengok kt tweeter dia boleh plk dia nafi yang dia tk hina  artis tapi yang kat atas ni apa dia ek...sekali lagi kat atas ni apa dia ek????

takpa anak jati cube buktikan ..



lagi cerita disini:
http://budaksrikinta.blogspot.com/2012/12/abby-abadi-hina-artis-pergi-ke-gaza-pula.html
http://daengselili.blogspot.com/2012/12/abby-pembohong.html

psttt:boleh kome tlg konklusi kan tk?heheh

~FULAMAKKKK!!GRO DIBEKAS DI KELANTAN~


KOTA BHARU - Masih berdegil. Biarpun berkali-kali pusat karaoke yang berselindung di sebalik urus niaga restoran di Gua Musang diserbu Jabatan Imigresen negeri, namun pemiliknya tetap meneruskan operasi sama.

Semalam, buat kali ketiganya, premis mempunyai dua bilik kecil terletak di Tanah Puteh, Gua Musang, diserbu lagi oleh Jabatan Imigresen Negeri dan lapan pelayan pelanggan (GRO) yang asyik melayan pengunjung diberkas.

Pengarah Imigresen Negeri, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Zulfakri Muhammad bersama 14 anggota kira-kira jam 10.30 malam itu pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 60 pelanggan yang berada berhibur di restoran itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasil serbuan hanya lapan GRO warga Thailand berusia 22 hingga 44 tahun di dalam premis tersebut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Ketika serbuan ada yang memberi alasan mereka adalah pasangan kekasih dan sanggup mengaku sebagai suami isteri, tetapi hasil pemeriksaan didapati tidak mempunyai ikatan hubungan terbabit.

“Kesemua yang diperiksa mempunyai pas lawatan sah, namun ia disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Penguat kuasa Imigresen di Telipot, semalam.

Mahasan berkata, hasi siasatan kelapan-lapan wanita terbabit melayan pelanggan restoran yang terdiri daripada pekerja-pekerja ladang di kawasan sekitar dengan memperoleh bayaran lumayan.

“Mereka ini bukanlah pekerja di restoran tersebut tetapi berada di sana untuk melayan pengunjung dan pendapatannya adalah bergantung pada bayaran tip-tip daripada orang yang ditemaninya,” katanya.

Menurutnya, kegiatan terbabit dipercayai bergerak secara individu dan kawasan tersebut dikawal dengan tidak membenarkan orang Melayu memasuki kawasan terbabit dengan sewenang-wenangnya.

Dalam pada itu, Mahasan berkata, bermula April hingga Disember seramai 51 ditahan yang paling muda adalah berusia 19 tahun terdiri daripada warga Thailand dan China dalam beberapa serbuan.

Sehubungan itu, Mahasan menegaskan, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di beberapa lokasi yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan seumpamanya iaitu tiga di Gua Musang dan lebih lima premis di Tumpat.

“Selain risikan daripada anggota, kita juga berterima kasih kepada pemimpin setempat dan sumber penyampai maklumat dalam, usaha untuk bersama-sama membendung aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget