Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 6 December 2012

~PIHAK PENGUASA PUNCA PERISTIWA BERDARAH~

SHAH ALAM - Undang-undang yang membenarkan perhimpunan aman diadakan hanya dengan memberikan notis dan bukan memohon permit seperti sebelum ini dibimbangi akan sampai kepada satu tahap di mana polis tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan dan huru-hara akan berlaku di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media sama ada undang-undang berkenaan mampu membendung budaya politik samseng di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya rasa undang-undang baru ini lebih liberal untuk membenarkan orang mengadakan perhimpunan tetapi saya takut kalau orang ramai-ramai keluar, saya takut menjadi 'mob rule' di mana polis tidak boleh mengawasi keadaan, kerana apabila orang terlalu ramai di jalanan, sesuatu perkara boleh menyebabkan huru-hara sebab ramai orang. Kita tidak tahu apa dalam fikiran orang," katanya. 

Beliau sebelum itu menjadi salah seorang ahli panel dalam Wacana Sinar Siri ke-16 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Krangkraf, di sini, hari ini. 

Wacana segar anjuran Sinar Harian kali ini membawakan topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita". 

Pada sidang media sama, Musa turut ditanya, di mana silapnya kawalan yang dilakukan oleh pihak dalam insiden yang berlaku di Gombak malam kelmarin sehingga mendatangkan kecederaan kepada penyokong BN dan Pakatan Rakyat. 

"Apabila anda melihat ada satu pihak yang menceroboh masuk, pada waktu itu polis patut sudah menahan, jangan benarkan sehingga pertumpahan darah berlaku kerana polis tadi menjaga harta dan nyawa orang ramai," jelas beliau. 

Musa kemudian menasihatkan pihak polis agar lebih berhati-hati dalam membenarkan apa jua ceramah dan program melibatkan parti pemerintah atau pembangkang supaya tidak berlangsung di kawasan berhampiran sehingga boleh menimbulkan ketegangan. 

"... kalau sesuatu kumpulan itu sudah dibenarkan untuk membuat ceramah di sesuatu tempat, jangan pula benarkan pihak lawan buat di tempat sama. Itu nak melagakan lagi," jelas beliau. 

Dalam kejadian pada malam Selasa itu, muncul dakwaan lebih 100 Pemuda Umno terlibat dalam provokasi mengganggu ceramah dengan melakukan rempuhan serta tindakan membaling batu ke arah penyokong Pakatan Rakyat.

Insiden itu bertukar ganas apabila masing-masing memberikan reaksi balas sehingga mendatangkan kecederaan kepada dua penyokong, masing-masing di dahi dan bahu kiri.

sinarharian


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...