Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 23 December 2012

~TAHNIAH BLOGGER PENA DARI TANAH MELAYU Dari ANAK JATI MALAYA~


Memang terbaik lah blogger ini.Bukan apa dengar cerita blogger ni banyak membantu rakyat terutama golongan nelayan yang telah meminta bantuan pada kerajaan.Mungkin cara yang digunakan oleh blogger ni sampai pada matlamatnya.

Alhamdulillah golongan nelayan lega apabila mendapat mendapat bantuan rumah nelayan. Tahniah dari Anak Jati Malaya buat Blogger PENA DARI TANAH MELAYU..Teruskan usaha murni tuan.

CERITA DISINI

~JIKA ANDA PEMINAT TITANIC ~ BAHAN PENINGGALANNYA MULA DILELONG DI NEW YORK~


NEW YORK – Sekeping menu hidangan di dalam Titanic, akhbar ketika nahas dan beberapa peninggalan yang berkaitan dengan tenggelamnya kapal persiaran mewah yang mencetuskan sejarah itu mula dijual di New York, esok.
Ia bersempena genapnya 100 tahun tragedi nahas kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara yang mengorbankan 1,500 orang.
Lelongan di Bonhams itu juga membabitkan tiket asal untuk menyaksikan pelancaran pelalayaran kapal mewah itu di Belfast, Ireland Utara sehingga kapal itu kekal tenggelam di perut laut.
Tiket berkenaan dianggarkan boleh mencapai harga lelongan antara AS$50,000 hinga AS$70,000 manakala satu dokumen akaun ketika operasi menyelamat yang dibuat Arthur Henry Rostron, kapten kapal Carpathia yang terbabit dalam menyelamatkan mangsa, juga dianggarkan mencecah harga AS$90,000 sehingga AS$120,000.
Menu dalam kapal mewah Titanic bermula 12 April 1911 itu pula dianggarkan berharga AS$25,000 hingga AS$35,000.
Surat yang ditulis mangsa yang terselamat dan beberapa lagi bahan peringatan mengenai Titanic, termasuk filem terhebat “Titanic” pada 1997 juga akan dijual.
Sekeping permaidani yang dibuat khas untuk Titanic tetapi tidak pernah digunakan juga ditawarkan untuk dijual dengan anggaran nilainya mencecah AS$15,000 hingga AS$25,000. – AFP


Bahan Peninggalan Titanic Mula Dilelong Di New York

~Perbandingan Kekuatan Ketenteraan Oleh Media Indonesia~


apa maksud yang sengaja mereka keluarkan...hanya sekadar perbandingan yang mereka ingin lakukan ataua ada muslihat ...sama -sama kita fikirkan...apa maksud sebenarya yew...

~APA ADA PADA NAMA!!!PELIKJE BUNYINYA~

Mari kita ikuti satu cerita oleh Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad, Bekas Naib Presiden PAS menceritakan konflik dalam Parti PAS yang merubah haluan perjalanan parti tersebut.


Nilailah rakyat Malaysia..

SUMBER:YOUTUBE

~GEMPAR!!!TUBUH MANUSIA DISANGKA BANGKAI~





ALOR GAJAH – Seorang anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang, Johor, maut selepas motosikal Yamaha 125Z yang ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 203.8, Lebuhraya Plus arah utara, di sini, tengah malam semalam. 

 Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, mangsa, Saiful Ramli, 22, yang datang dari arah Muar, Johor menuju ke Seremban merempuh belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke tengah jalan lalu dilanggar kenderaan lain. 


Sumber polis berkata, kejadian disedari seorang pemandu lori yang ketika itu sedang melalui jalan berkenaan dan ternampak objek di laluan kiri yang disangkanya bangkai haiwan. 

“Pemandu itu yang dalam perjalanan menghantar perkakasan elektronik ke Pulau Pinang kemudian menyedari objek tersebut adalah tubuh manusia. Dia segera hentikan lori di tepi lebuh raya dan cuba membantu mengawal lalu lintas. 

“Dia juga menghubungi khidmat lebuh raya sambil memerhatikan mayat itu dari jauh berharap ia tidak akan dilanggar lagi oleh kenderaan lain,” kata sumber polis berkenaan. 

Menurut sumber polis itu lagi, cebisan daging mangsa juga bertaburan atas jalan raya kerana dipercayai terseret kira-kira 60 meter dari motosikalnya. Badan mangsa dalam keadaan separuh hancur. 

“Mayat mangsa yang terseret di laluan kiri mengakibatkan banyak kenderaan hampir hilang kawalan untuk mengelak,” katanya. 

Sumber polis berkata, sementara menunggu bantuan kecemasan, orang awam yang memberhentikan kenderaan di tepi lebuh raya juga terpaksa menggunakan lampu suluh dan memberi isyarat kepada pengguna lain agar tidak merempuh mayat mangsa. 

Arwah berubah jadi pendiam 

Sementara itu rakan mangsa, Mohd Fadli Shafie, 22, berkata, sebelum tragedi itu berlaku, dia sempat menghantar Saiful pulang ke rumah kedua ibu bapanya di Sungai Mati, Muar kira-kira jam 6 petang dari Kem Mahkota. 

“Semasa saya menghantarnya pulang ke rumah, arwah tidak seperti biasa yang suka berlawak dengan saya. Dia hanya menjawab apabila saya bertanya. 

“Bagaimanapun dia ada beritahu saya tentang hajatnya hendak keluarkan wang bonus Januari ini untuk diberikan kepada ibu dan ayah agar mereka dapat bina sebuah lagi rumah,” katanya. 

Mohd Fadli yang mengenali Saiful sejak mula memasuki khidmat tentera empat tahun lalu berkata, arwah ada memberitahunya hendak ke Melaka pada sebelah malam namun tidak tahu tujuannya hingga menerima berita tidak disangka-sangka itu. 

“Sekarang arwah sedang menjalani kursus dalam kem selama empat bulan hingga pertengahan Januari namun tidak sempat menamatkannya. Arwah juga rajin pulang ke kampung pada setiap hujung minggu,” katanya. 

Sempat borak dengan anak 

Bapa mangsa, Ramli Ibrahim, 50, memberitahu Sinar Harian, dia juga sempat berborak anak ketiganya itu sebelum arwah keluar kira-kira jam 10 malam. 

“Arwah beritahu hendak ke Seremban berjumpa rakannya dan sudah menjadi kebiasaan dia keluar pada waktu malam dan pulang pagi,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian. 

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat sekiranya punca kemalangan itu turut membabitkan kenderaan lain. 

“Polis sedang mengenal pasti sekiranya ada kenderaan lain yang terlibat hingga mengakibatkan kemalangan maut itu berlaku dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Cawangan Trafik Daerah, 06-5562222 atau datang ke balai bagi membantu siasatan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya. – Sinar Harian Online

~RELEVANKAH ANWAR~


Beberapa jam sebelum 13 Mei 1969, orang-orang Melayu yang prihatin di Kg. Baru memenuhi rumah Datuk Harun Idris, berkumpul untuk bersatu hati, menghadapi ancaman DAP yang mahu meMalaysiankan Malaysia. 

Di Johor Bahru, pasukan Selendang Merah sudah bersedia ke Kuala Lumpur untuk jihad mempertahankan agama Islam dan tanah air daripada kerakusan DAP yang ketika itu didalangi oleh PAP.

Perarakan demi Perarakan yang dibuat oleh DAP di segenap jalan di Kuala Lumpur menidakkan Ketuanan Melayu ketika itu, bandar Kuala Lumpur ketika Perarakan DAP itu sudah umpama bandar Hong Kong dan Singapura. 

Penamatnya, dengan berkat perpaduan bangsa Melayu yang kemudiannya menyatukan pula Tun Razak dengan Datuk Asri, maka terselamatlah bangsa Melayu & umat Islam daripada tersingkir, dihina dan diusir daripada tanah airnya sendiri.

Ketika itu di mana Anwar? Anwar sibuk membuat demonstrasi membantah Papan Tanda dan Iklan di Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh tulisan Cina & bahasa Inggeris. Hari ini kenapa Anwar tidak membantah isu Tulisan Jawi, Bahasa Melayu yang dipermain-mainkan oleh Teresa Kok dan DAP?

Anwar juga sibuk membuat memorandum bantahan kerana Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan. Hari ini Amerika menceroboh Iraq, Israel menceroboh Palestin dan Lubnan, Amerika nak serang Syria dan Iran...mana Memorandum bantahan daripada Anwar Ibrahim? Sanggupkah Anwar membuat Demostrasi menentang Keganasan & Pencerobohan Amerika di Iraq, Israel di Palestin dan Lubnan? Yang mana pilihan Anwar, menyakiti hati rakan-rakan Amerikanya atau menyakiti hati umat Islam di Iraq,Iran, Syria, Lubnan dan Palestin. Dan...Kenapa Anwar Ibrahim hadir dalam Perjanjian Mienapollis tentang penjajahan di Iraq dan Timur Tengah oleh Amerika? Apakah nak tunjuk sokongannya kepada Yahudi Amerika terhadap dasar-dasar Yahudi Amerika di Timur Tengah? Bacalah buku " Mereka Berani Bersuara" oleh seorang mantan ahli Republikan Amerika tentang peranan Yahudi Amerika (American Jewish) di seantero benua, termasuklah J. Biden yang menyokong Anwar baru-baru ini.

Tatkala Haji Hadi Awang dan Nik Aziz (Kepimpinan Ulama) Menentang Forum Memeluk Islam, kenapa Anwar memilih jalan SongSang menyokong Forum itu? Adakah Irene Fernandez yang pernah menjemput Anwar dalam satu Forum IFC (agama semua sama rata) telah mengikat suara Anwar daripada mempertahankan kesucian agama Islam. Apa perasaan anda jika dalam forum itu ahli forum bertanya kepada ahli panel benda-benda yang sensitif terhadap hukum hakam, halal haram , dosa pahala,dan sebagainya. Siapa lebih berkredibeliti soal agama Islam, kenyataan Anwar atau Kenyataan Hj Hadi/Nik Aziz? Anwar ulamakah?

Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 1980 amat jauh berbeza, jika Muzakarah UMNOPAS 1986 Allahyarham Hj Fadhil Nor mengatakan Anwar penyebab utama Menggagalkan Muzakarah itu? Muzakarah UMNOPAS 2008 tatakala Hj Hadi sudah bersetuju dan Kepimpinan Ulama PAS dah bersetuju, orang kuat Anwar dalam PAS Kamarudin Jaafar dan Husam menentang keras. Dan amat memalukan Ketua Penerangan PAS memohon ampun dan maaf, tidak pernah dalam sejarah PAS! Betapa cacamerbanya PAS sekarang.

Anwar tahun 1990 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, malah Anwar tahun 1970 dengan Anwar tahun 2008 sangat jauh berbeza, sudah tiada Roh Islam (tak kisah menyokong Forum Memeluk Islam ) walaupun Haji Hadi/Nik Aziz dan majoriti orang Islam membantah, sudah tiada Roh Melayu (DEB hapuskan dan tukar kepada AEM). Anwar yang ada hari ini sangat kaya raya, sangat berbeza dengan zaman demonstrasi kemiskinan Baling dahulu. Apakah kita nak gadaikan seluruh kepentingan bangsa dan agama kita untuk menjayakan cita-cita orang yang kaya raya nak jadi PM?

Kesimpulannya, mari kita pandang 20 tahun akan datang. Dengan keadaan dan tekanan dari dalam dan luar, bangsa Melayu dan umat Islam semakin tersepit di tanah air ini. Anwar sudah 60 tahun, Anwar sudah tidak Relevan lagi. Mari kita cari Pemimpin baru yang lebih Relevan untuk memimpin negara ini. Pemimpin yang boleh mengembalikan rasa hormat-menghormati antara kaum (Cina/India/Melayu ) tanpa merampas hak-hak masing-masing.

Suara Politik - Mykmu.net

~TERUS DEDAH:YB HAMIDAH~





Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah berjanji akan terus mendedahkan penyelewengan parti-parti pembangkang di negeri ini sekalipun beliau berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam keselamatan diri dan keluarganya.


Hamidah berkata, sudah tiba masanya beliau mendedahkan penyelewengan yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terus terpedaya dengan imej pembangkang yang kononnya suci, sifar rasuah, sifar kroni dan baik-baik belaka.

Beliau juga berkata, ugutan yang dibuat Adun Pantai Remis Nga Kor Ming terhadapnya rentetan pendedahan mengenai isu tanah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak kelmarin tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus membongkar penyelewengan pihak pembangkang.


``Saya tidak akan patah semangat untuk terus membuat pembongkaran ini kerana rakyat perlu tahu apa yang mereka lakukan selama ini.


``Ini kerana pembangkang meletakkan diri mereka seolah-olah begitu suci, baik tetapi hakikat sebenarnya mereka itu lebih teruk daripada apa yang mereka gambarkan kepada BN,’’ katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, Ipoh pagi tadi.


Menurut Hamidah, beliau melihat Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semakin tertekan apabila pendedahan berhubung isu Upaya Padu Plantation Sdn Bhd yang melibatkan kawasan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Mukim Chiku, Gua Musang, Kelantan. 


``Malah maklum balas yang saya terima dikalangan Adun mereka menyuarakan sendiri kepada saya ketidak puashati mereka terhadap apa yang berlaku,’’ ujarnya.


Hamidah juga menjelaskan dia membuat laporan polis hari ini adalah untuk mendapatkan perlindungan bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya apabila diugut sebegitu rupa.


``Mungkin kerana tertekan mereka ini akan melakukan sesuatu terhadap saya dan juga keluarga saya maka saya membuat laporan polis untuk mendapatkan perlindungan polis,’’ katanya.

Dato’ Hamidah Osman membuat laporan polis terhadap Adun Pantai Remis, Nga Ko Ming kerana membuat satu ugutan yang disifatkan sebagai mengancam diri dan keluarganya.


Menurut Hamidah, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata ``You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.


Beliau menganggap kata-kata Nga Kor Ming itubentuk ugutan dan percaya Adun Pantai Remis itu akan membuat sesuatu yang buruk terhadap dirinya dan juga keluarganya.


Semasa sidang Dewan kelmarin, Adun Slim, Dato’ Ahmad Khushairi Abdul Talib dan Dato’ Hamidah membuat pendedahan berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh Koo Ham.


Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekardimiliki oleh Efektif Kirana Sdn Bhd dan Ngeh Koo Ham.


Efektif Kirana memegang saham 51 peratus bernilai RM16 juta dan Ngeh Ko Ham 40 peratus bernilai RM15 juta.

Dalam Efektif Kirana pula Ngeh Koo Ham memegang saham 99%, oleh itu syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. sebenarnya kepunyaan Ngeh Koo Ham.

SUMBER

~TUDUHAN VCD SEKS - SPEAKER DUN PERAK BUAT LAPORAN POLIS.~


Jangan duk sesuka suki je buat itu,buat ini....selidik le betul sebelum buat sesuatu ...




Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.
   
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi tadi.
   
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 12.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.
   
Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
   
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar fitnah.
   
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
   
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa pada kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
   
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
   
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
   
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi.

~MENYESAL!!!BEKAS PEGAWAI POLIS MENYESAL SERTAI PAS!!!!~



Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"


Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, 
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)

SUMBER:
http://robinhoodtanahmelayu.blogspot.com/2012/12/bekas-pengarah-jsj-bukit-aman-menyesal.html?spref=fb

~GEMPAR!!!MANUSIA ALIEN DITEMUI!!!BENARKAH??~

Memang betul didunia ni ada banyak penginap yang duduk di alam kita...Jadi tidak hairan lah benda ini ditemui kan..
Temui tengkorak makhluk asing?
Salah Satu Tengkorak Yang Di Temui

MEXICO CITY - Sekumpulan ahli Arkeologi di Mexico, menjumpai kumpulan tengkorak manusia dipercayai milik individu yang mengalami kecacatan kranium dan kelihatan seperti
kepala makhluk asing, semalam.

Pengarah projek, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak pelik itu dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dan dijumpai berhampiran perkampungan kecil, Onavas.

"Kita percaya ini adalah penemuan pertama melibatkan tengkorak diikat kain sehingga mengubah bentuk.

"Masyarakat budaya Mesoamerika menggunakan kecacatan tengkorak bagi membezakan kumpulan sosial dan tujuan ritual," kata Cristina.

Tanah perkuburan yang menyimpan 25 individu itu dihuni 13 orang yang dipercayai mengalami kecacatan tengkorak. - MailOnline

~Zalim !!! Bayi Perempuan Di Bakar Dalam Keadaan Perut Terburai~


Tak sanggup teman nak tengok gambar yang dibawah ni...gambar di bawah merupakan gambar bayi yang telah dibakar..memang kejam bebeno pembuatnya...agak2 siapa yg membuatnya ye..heee kalau teman jumpa siap lew dia...


JOHOR BAHRU: “Ia perbuatan manusia yang lebih keji daripada haiwan,” kata Mohd Akbar Mohd Shah, 41, yang menemui mayat kanak-kanak perempuan dalam keadaan 80 peratus terbakar dan perutnya terburai, semalam.

Mayat kanak-kanak berusia lebih setahun itu ditemui di tapak bekas Flat Bukit Chagar, Jalan Salleh, di sini, jam 4.15 petang. 
Mohd Akbar berkata, mayat bayi itu pada mulanya ditemui abangnya, Mohd Azhar, 42, yang melalui kawasan itu lalu memaklumkan kepadanya. 

“Pada mulanya, abang saya menyangkakan objek itu anak patung, namun terkejut apabila mendapati ia mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar hingga perutnya terburai.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendekati mayat itu dan amat sedih melihat keadaannya. Hampir keseluruhan tubuhnya terbakar, tapi masih ada cebisan kain dipercayai baju dipakainya,” katanya.- Harian Metro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget