Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 20 April 2013

PANAS TERIK !!! LELAKI India Cium @ZulkifliNordin Ini Akan Jadi Paling Hangat Hari Ini #PRU13 #UNDILAHBN

 


Siapa kata India marah dengan Zulkifli Nordin?

Beliau jadi mangsa serangan media Pakatan yang memburukkan beliau membenci kaum India.

Jangan lupa selama ini beliau menghentam dan membenci Anwar Ibrahim walau sebangsa dengannya. Adakah bangsa lain akan dibenci jika mereka tidak disuruh untuk dibenci oleh Al Quran ???

Seterusnya baca kisah Khalid Samad mengamuk bila tiada sorakan ketika namanya diumumkan. Petanda awal kejatuhan ???



PANAS TERIK !!! MESEJ PEMBUNUH DI FB MANGSA "TIADA SIAPA BOLEH JUMPA SAYA" ???



“Hehe…tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur”ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.
Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.
Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih…suruh ah tangkap aku…” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah…!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.
“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.
Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis. (sumber Harian Metro)

TERKINI: Seorang remaja lelaki yang disyaki teman lelaki Parhwine Kaur telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes ini dan pihak polis turut menjejaki seorang lagi suspek yang disyaki terlibat sama dalam kes pembunuhan gadis berusia 18 tahun itu.

PANAS TERIK!!! CHAGU BARD DITENTANG PEMUDA PAS!!!

PAS membuat kejutan di Dewan Undangan Negeri Sg Acheh di sini apabila Ketua Dewan Pemuda Negerinya Mohd Yusni Mat Piah mengemukakan borang pencalonan bersama-sama dengan wakil PKR,Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.
Mereka akan ditentang oleh penyandang kerusi tersebut dari Barisan Nasional yang juga Timbalan Ketua Umno Nibong Tebal, Datuk Mahmud Zakaria.
Chegu Bard kemudian menegaskan yang beliau dipilih oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) sebagai wakil di kerusi tersebut.
Sedikit Ulasan Dari Semut Hitam

PANAS !!! Penyokong Pakatan Wajib Tonton Video NI !!!


Dirakam ketika Penamaan Calon Parlimen Marang 20 April 2013. 

'Cheerleader' sebut Tumbang Pakatan ! dan disambut jemaah - TUMBANG PAKATAN ! 

Kantoi ............

PANAS TERIK!! Blogger PAS Ditangkap Ketika Sedang Rakam Gambar Punggung Puteri UMNO! #TolakPR #TukarKedah

Satu story hot yang Mc dapat dari troopers TMK di Padang Terap. Ketika penyokong UMNO/BN sedang berkumpul menunggu calon-calon Parlimen dan Dun keluar dari dewan. Seorang lelaki disyaki blogger atau troopers Pas telah ditangkap kerana terlalu asyik merakam punggung seorang puteri UMNO.
Bila salah seorang troopers TMK menghampiri blogger Pas terbabit, dia agak mengelabah dan cuba mengelak pergi ke tempat lain. Namun tangannya ditarik. Bila disoal datang dari mana dan siapa, troopers Pas tu kata dia dari BN Kubang Pasu. Tapi bila ditanya siapa nama Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu, dan nama Ketua Pemuda. Dia cakap tak tahu, dan tak boleh jawab.
Bila troopers TMK check Kameranya, terdapat gambar-gambar penyokong Pas dan PKR Padang Terap sedang bersorak. Penyokong UMNO pun ada gambar, tapi kebanyakannya gambar yang negatif dan paling banyak gambar punggung puteri UMNO. Gila betull.. gila seks rupanya mamat Pas ni.
Dengan sopan kita minta dia delete kesemua gambar dan sila berambus jauh-jauh! Andaikata kalau dia masih ada disitu, nescaya hancur blogger Pas tu dikerjakan oleh semua penyokong BN. Kurang hajar betui!
Apakah orang Pas ni memang gila seks? Dok kumpul gambar punggung pulak. Dah Ketua UMUM depa gila punggung, habis anak buah pun dok gila punggung juga. Rosak-rosak!

PANAS !!! Perang Besar PRU 13 Di Kota Damansara Akan Berlaku !!!

FUYOH! KOTA DAMANSARA AKAN MENYAKSIKAN PERTANDINGAN 6 PENJURU!

Penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR akan berhadapan dengan Halimaton Saadiah (BN), Ridzuan Ismail (PAS) dan tiga calon bebas.

Apa bend ani PAS? Kata Pakatan, abis tu kenapa lawan calon PKR ni? Aku confuse la, anyway aku akan support Halimaton dari BN! Masa untuk rampas kembali Kota Damansara!

Oh ya Subang pulak Sivarasa dan Prakash Rao, kahbarnya calon MIC ni boleh tahan orangnya. Banyak betul calon bebas bertanding wei! 

PANAS TERIK !!! Kecoh Penyokong BN Kena Bom Asap???


 
Pergh! Memang nampak sangat la puak - puak Pakatan Haramjadah ni suka buat kecoh tak tentu arah. Macam - macam taktik yg diorang guna.

Yang dekat Bentong ni, siap main bom beb! Bom asap!

Jadi tak heran la kalau lepas ni, masa ditempat pembuangan undi akan timbul lagi insiden - insiden kecoh macam ni.

Siapa tau ye tak. Dah memang puak puak Haramjadah ni suka buat kecoh. Dan memang itu je yang diorang tau buat. Suruh jaga Kebajikan Rakyat, harap la! Diorang bukan tau buat pun!!! Nak suruh Tukar? Lain Kali La Woi!!!



1. Bom Asap dilepaskan oleh penyokong Pakatan


2. Penyokong Pakatan diluar pagar 

Terkini !!! Kecoh !!! Sekitar Hari Penamaan Calon Parlimen Pasir Salak @azwanbro @promelayu @pemudabatugajah

 

Parlimen Pasir Salak (P 073) Kali ini dilihat begitu bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 .Lantaran dari ahli Parti Pembangkang di Pasir Salak yang keluar dari parti lebih membuatkan kerusi di Pasir Salak Nampak lebih selamat.

Hari Ini,Turut hadir ke Hari Penamaan Calon Di Pasir Salak iaitu Saudara Khairul Azwan Bin Harun Selaku Ketua Pergerakkan Pemuda Umno Pasir Salak merangkap Ketua Pemuda UMNO/BN Perak yang berikrar membantu  menggerakkan Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak bagi memastikan kemenangan ketiga-tiga calon BN Pasir Salak.


Ketua Pemuda Umno ,Saudara Khairul Azwan berikrar akan menggerakkan Jentera Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak bagi memastikan kemenangan ketiga-tiga calon BN Pasir Salak.


Panas !!! Apa Tun M Buat NI ??? Oh Baru Ku Tahu !! Terbaik !!!


Sempoi dan selamba je Tun Dr Mahathir lepak-lepak tepi longkang bersama Tun Dr Siti Hasmah.


Benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.

Tun Dr Mahathir di hari penamaan calon bagi memberikan semangat kepada Putera Bongsunya, Dato' Mukhriz yang dicalonkan bagi DUN Ayer Hitam.



Pada tahun 2008, Dato’ Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi.


Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi.

Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939.

Lagi story penuh... KLIK SINI la der...

INI Bukan Kejutan !!! Ini Meroyan Namanya !!! Kamilia Bertanding Atas Tiket Bebas !!!






TERKINI : Kejutan Buat UMNO/BN Di Kuala Kangsar. Naib Ketua Wanita UMNO Menongkah Arus Apabila Beliau Menyerahkan Borang Pencalonan Pagi Tadi Dan Sekaligus Menjadi Calon Bebas Pada PRU13 Kali Ini... Besar Kemungkinan Keahliannya Daripada UMNO/BN Dilucutkan (Dipecat)...

Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

PANAS !!! SPENDA PUTIH STOPA SESAT DI KUANTAN !!! HA HA HA !!!

Hahaha....
Aku tak tahulah nak kata apa !!!
Fenomena 'spenda giant putih Stopa' betul-betul telah melanda seluruh negara.
Memang jadi bahan lawak jenaka sungguh.
Aku tak henti gelak dowh tengok gambar ni yang dikirmkan sahabat tadi !!!
Hahahahahahahaha.....

Malu wesss stopa oiii !!!

SUMBER
 

Papa Gomo Tak Abis Bising-Bising kan !!! Apa Hal Ni ???

Kenyataan media Papagomo..Sokong Dr Mazlan dan bantu kempen..

 
SAYA mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.
Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 

Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.
 
Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.
.

Dulu Kuat Membangkang !!! Sekarang entah le Malas Nak Ngabo !!!

KUALA LUMPUR: Kumpulan pendesak kaum India, Hindraf pada Khamis menjalin satu perkongsian bersejarah dengan Barisan Nasional (BN) terhadap membantu gabungan itu untuk memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Susulan ikatan itu, Pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy meminta masyarakat kaum India memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

Beliau memberi komitmen sokongan kumpulan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) antara Hindraf dan BN di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda di Brickfields, di sini.

Mou digelar ‘Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyaraklat India’ ditandatangani oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Waythamoorthy.

Perjanjian tersebut merangkumi empat bidang utama iaitu meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan dan peluang pendidikan dan perniagaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakan perkongsian dengan Hindraf adalah bersejarah dan menandakan satu era baru dalam hubungan antara BN dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Beliau berkata kerjasama antara kedua-dua pihak itu banyak menceritakan tentang perubahan dan transformasi besar yang dilakukan oleh BN untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata apa yang lebih penting daripada perubahan ialah perubahan sejati dan kemajuan.

“Kami sudah membuktikan bahawa anda tidak ubah kerajaan. Jangan tergoda dengan perkataan itu kerana ia boleh ubah untuk keadaan lebih teruk sama seperti ‘Arab Spring’ menjadi ‘Arab Winter’,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan masyarakat India dalam arus pembangunan negara. Najib berkata masyarakat India juga telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan dan mereka berhak mendapat tempat yang sewajarnya di negara ini.

“Apabila saya menjadi Perdana Menteri empat tahun lalu, salah satu keutamaan saya ialah untuk membantu semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia dan ini termasuk penduduk kaum India. “Kami mahu membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.Najib juga berjanji untuk menubuhkan sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan semua janji yang dibuat kepada kaum India akan dilaksanakan. -BERNAMA

Sebab Terlampau Cerodik !!! Ini Lah Jadi Yop??? Apa Yang Jadinya,Ce baca Sini !!!

Pembangkang banyak mengusik sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah 'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera negara. 
Mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa sebenarnya silap pada bendera kita. Bendera Jalur Gemilang sudah cukup membanggakan rakyat kita. 
Tetapi, inilah keburukan perangai Pakatan Rakyat. Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang mendalami sejarah. 
Sebab itu, ilmu sangat penting dan cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia. Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan. Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada Sang Saka Malaya. 

Antara alasan yang diberi ialah Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak negara. 
Malah Tun Mahathir sebelum ini ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik. "Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini. 
Atas faktor itu juga, masyarakat pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang. Tetapi, tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga kedaulatan Malaysia. 
Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri. Mereka tidak akan rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan memelihara kedaulatannya.

Panas!!!! SUASANA TERKINI DI PUSAT PENAMAAN CALON BATU GAJAH

PANAS !!! Apa Deme Buat Ni? Tonton Video 18 Sx ek !!!


Tadi gua sempat membelekblog membe gua iaitu Apple Biru,Didalam entri beliau yang bertajuk HANGAT! Pak Lebai PAS Tonton Video Lucah! Gua pon agak terkejut sebenarnya dengan pendedahan beliau nak tahu kisah selanjutnya boleh Klik pada link yang teman bagi tu .Heee

Terkini!!!BATU GAJAH ,PENAMAAM CALON

Terkini dari dewan changkat Batu gajah.nilaikan antara penyokong Pr n BN.HIDUP BN

PANAS TERIK !!! Wajah Pelakon Video Seks Lelaki Mirip Anwar Mula Diketahui?!!!

Semenjak petang tadi heboh mengatakan malam ini Anwar Ibrahim bakal menampilkan seorang lelaki mirip wajahnya bertempat di sebuah madrasah di Permatang Pauh.Satu lagi tindakan penuh terdesak oleh jentera pembangkang termasuk Anwar sendiri untuk mengalih tumpuan rakyat khususnya berkenaan aksi video chinadoll yang dikaitkan dengannya.

Malah apa yang AJM lihat ini merupakan satu lagi usaha mewujudkan aura cerita baru supaya dapat dijadikan modal berkempen oleh Anwar dalam usahanya mempertahankan Permatang Pauh.Untuk makluman semua , Anwar kini semakin kelam-kabut malah gentar apabila terpaksa berdepan dengan calon anak tempatan Dr Mazlan Ismail daripada Barisan Nasional.

Dari maklumat yang kini bertiup kencang juga , Anwar turut akan berdepan dengan blogger PapaGomo yang sudah mengesahkan mahu bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh.

Untuk menilai kesahihan gambar yang dimaksudkan, KLIK DI SINI untuk bacaan selanjutnya.

Kenapa Abby Pening-pening Ni ??? hai ada apa2 kew???

Kesian beb. Meroyan sakan Si Ostazah Pening tu dibuatnya. Dah la sebelum ni dia telah dimalukan oleh puak - puak PAS tu bila tak mencalonkan nama dia.

PAS hanya meletakkan kepercayaan kepada Ecah untuk menjadi wakil mereka di Jempol. Tu pun dengar cerita kata PAS Jempol pun tak berapa suka sangat.

Mana la orang nak suka ye tak. Dah Si Ecah tu bukan orang tempatan. Jadi, nampak sangat la PAS hina kepimpinan setempat bila ambik orang luar jadi calon.

Sekarang dah puak - puak PKR pulak yang bikin Si Ostazah pening tu makin malu bila diorang mencalonkan Si Dayang Ku Intan sebagai calon di Pengerang.

Pun timbul isu yang sama. Orang di pengerang sendiri terasa diri mereka dihina bila nama Si Dayang tu diumumkan. Apa, dah tak de calon tempatan ke yang layak nak jadi calon?

Ingat rakyat tempatan dikawasan Pengerang semua tu tak layak belaka ke nak jadi wakil untuk mereka sendiri? Kenapa nak kena import orang dari luar?

Sebelum ini, PKR yakin sangat mampu tawan Sabah. Kenapa diorang tak campak Si Dayang Ku Intan tu balik ke Negeri dia? Yang nak semak Negeri orang ni apa hal?

Dah tak pasal - pasal Si Ostazah Pening tu rasa diri dia terpinggir. Tak pasal - pasal je dia meroyan tak tentu arah. Sekarang siapa yang nak pujuk dia? 

Selama ni, dia beria - ia buat kerja dengan menyebarkan fatwa songsang kepada pencacai - pencacai lain semata - mata nak memburuk - burukkan Kerajaan. 

Akhirnya, sumbangan yang telah dia berikan selama menjadi ahli Sorga, sedikit pun tidak dihargai. Mana la tak basah bantal dia dek kerana hujan mengalir dari air mata. Dah la dia tinggalkan suami dan pak we dia. Sekarang kena cicir pulak dengan PAS!!!
Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. 
Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. 
“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian. 

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Wasiat Rasmi Anak Jati Malaya Buat Para Pembaca Blog !!



 
Anak Jati Malaya
Hari Ini Anak Jati berasa sedikit sedih dengan serangan Malware ke atas Blog Anak Jati Malaya.Untuk pengetahuan para pembaca Blog Anak Jati Malaya,Blog ini boleh ditonton melalui web searh selain daripada Google chroome iaitu Mozila Firefox atau Internt Explore.
Diharapakan pembaca memahami apa yang berlaku. Insyallah ada langkah keselamatan yang akan Anak Jati ambil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget