Pembangkang banyak mengusik
sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah
'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara
sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera
negara.
Mereka ingin menukar Jalur
Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang
boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa
sebenarnya silap pada bendera kita. Bendera Jalur Gemilang sudah cukup
membanggakan rakyat kita.
Tetapi, inilah keburukan perangai
Pakatan Rakyat. Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah
membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan
Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang
mendalami sejarah.
Sebab itu, ilmu sangat penting dan
cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia.
Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan.
Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang
ditukar kepada Sang Saka Malaya.
Antara alasan yang diberi ialah
Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan
penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk
meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat
memperjuangkan hak negara.
Malah Tun Mahathir sebelum ini
ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah
mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada
sebuah negara republik. "Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak
berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini.
Atas faktor itu juga, masyarakat
pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan
Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada
kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang. Tetapi,
tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga
kedaulatan Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah
jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri. Mereka tidak akan
rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan
negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan
memelihara kedaulatannya.
No comments:
Post a Comment