Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 14 July 2013

PANAS !!! Pertempuran Berdarah Di Klang SALAH SIAPA ???



Dimana pihak unit amal PAS?!
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja, Kapar di sini, Khamis lepas
.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohamad Shukor Sulong berkata ketiga-tiga lelaki berusia 24, 35 dan 33 tahun itu ditahan berasingan di Jeram, Kuala Selangor, dan Klang Utama, Klang
.
"Ketiga-tiga suspek ditahan antara 10 malam dan 12 tengah malam tadi... dua daripada mereka diberkas di sebuah rumah di Jeram manakala seorang lagi ditahan di tepi jalan di kawasan Klang Utama
.
"Seorang daripada suspek yang ditahan itu merupakan individu yang dikehendaki polis kerana disyaki memukul seorang lelaki dalam pergaduhan itu," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini
.
Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, sekumpulan lelaki yang sedang berbual di kawasan flat itu diserang sekumpulan lelaki lain dipercayai bersenjatakan parang, kayu dan besi
.
Berikutan kejadian itu, dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
.
Mohamad Shukor berkata pergaduhan itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu di sini, dan bukan disebabkan faktor perkauman seperti yang dihebah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
.
"Dua suspek yang ditahan itu direman empat hari bermula hari ini manakala seorang lagi direman sehari... polis juga masih mengesan seorang lagi suspek yang merupakan rakan kepada tiga lelaki yang ditahan malam tadi, yang kita percaya turut terlibat dalam kejadian itu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan
.
Sementara itu, seorang pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi di sini, Nguyen Chee Ming, 14, maut selepas mengalami pendarahan teruk dan retak tempurung kepala akibat dihempap tiang gol di padang sekolah berkenaan dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam
.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi, berkata mangsa dilihat bergayut pada tiang gol itu sebelum ia jatuh dan menghempap mangsa.

"Remaja itu mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala dan dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke HTAR," katanya sambil menjelaskan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...