Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 20 October 2012

~Scorpene – Isu Terdesak Untuk Pilihan Raya~


KEHADIRAN kapal selam Scorpene dalam senarai aset pertahanan negara seharusnya dilihat secara positif dan menjadi kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia dan tidak harus dijadikan modal politik oleh segelintir pemimpin yang sebenarnya cuba meraih simpati dan sokongan demi kepentingan politik bagi memenuhi cita-cita peribadi.
Tindakan tidak bertanggungjawab pemimpin politik yang menjadikan isu pembelian kapal selam itu sebagai modal politik sebenarnya membuka ruang kepada orang luar mengetahui kedudukan aset pertahanan negara dan mereka ini bolehlah dianggap sebagai `duri dalam daging’ dalam isu keselamatan negara apabila mensensasikan isu berkenaan sehingga diketahui di seluruh dunia.
Apa yang dilakukan boleh dianggap sebagai pengkhianat kerana secara tidak langsung mereka telah memberi ruang kepada orang luar untuk mengetahui kemampuan pertahanan negara sedangkan perkara itu seharusnya menjadi rahsia.
Sememangnya jika dilihat dari mata kasar tidak menjadi masalah untuk mendedahkan perkara itu kepada umum tetapi jika dilihat lebih mendalam, sebenarnya apa yang dilakukan itu lebih banyak membawa keburukkan daripada kebaika, ada di antara negara luar yang cuba sedaya upaya tidak mahu orang ruang mengetahui kemampuan pertahanan mereka kerana ia membabitkan keselamatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik sedangkan perkara itu tidak seharusnya berlaku, malah apa yang dibangkitkan oleh pembangkang semua tidak benar terutama membabitkan kemampuan kapal selanm berkenanan yang menjadi aset pertahanan negara.
“Tidak tahu mengapa pembangkang sengaja mereka-reka cerita mengenai kapal selam, malah ada pemimpin pembangkang yang sudah pun melawat kapal selam ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama rombongannya bukan sahaja berada di dalam malah turut sama menyelam dengan kapal selam ini dan mereka  memperakui kemampuannya,” katanya.
Zahid menyifatkan tindakan pembangkang yang cuba membangkitkan semula isu kapal selam ini adalah lebih kepada tujuan politik untuk mendapat perhatian rakyat ketika negara bakal mengahadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.
Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh pembangkang boleh dibaratkan ketandusan idea untuk menutup kelemahan serta kepincangan yang dihadapi oleh mereka dan dengan itu cuba membangkitkan cerita lama yang diversikan baru dengan menggunakan pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan seperti apa yang cuba dilakuklan oleh Suaram.
Menurutnya, jika dahulu mereka cuba mempergunakan isu berhubung kemampuan kapal selam berkenaan namun perkara itu sudah terjawab termasuk diperakui di kalangan pemimpin pembangkang yang berpeluang untuk  menaiki kapal selama berkenaan.
Mereka ini cuba mengembalikan isu berkenaan dengan membabitkan negara luar yang kononnya ada perbicaraan membabitkan isu pembelian kapal selam berkenaan sedangkan perkara itu tidak berlaku malah diperakui oleh pihak di negara terbabit.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyanggahkan dakwaan pembangkang dengan menyatakan bahawa kapal selam Scorpene beroperasi dengan baik dan membantu mengawal keselamatan negara . Adalah adalah tidak benar dakwaan pembangkang bahawa kapal selam berkenaan tidak mampu beroperasi seperti yang digembar-gemburkan.
“Sesuatu yang mengecewakan apabila mereka membuat tuduhan sebegitu, perkara itu tidak benar seperti yang didakwa, mereka seharusnya menghentikan dakwaan dan fitanah yang dibuat, ini semua adalah untuk keselamatan negara,” katanya.
Menurutnya, tuduhan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang tidak melemahkan semangat anggota Tentera Laut terutama di kalangan krew kapal selam, malah mereka lebih bersemangat untuk membuktikan kemampuan kapal selam berkenaan sebagai antara aset penting dalam pertahanan negara.
Seperti yang diketahui, itu sikap pembangkang akan cuba mensensasikan sesuatu perkara tanpa memperakui kebenarannnya hanya untuk tujuan politik, walau perkara itu baik sekali pun namun bagi mereka semuanya adalah buruk dan tetap tidak akan memperakuinya kerana adalah satu kekalahan jika mereka menerimanya.
Rakyat tidak harus terpedaya dengan apa sahaja yang cuba dilakukan oleh pembangkang kerana sudah pasti semakin hampir menjelang pilihan raya, sedah pasti semakin banyak isu yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memancing undi.

sumber:http://www.umno-online.my/?p=70199&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

~EMAS!!!EMAS!!!EMAS!!!EMAS!!!~


BERIKUT ADALAH SERBA SEDIKIT FAKTA TENTANG EMAS YANG DIGILAI OLEH GOLONGAN TERUTAMANYA PEREMPUAN...MOH KITA TGK..


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. Zaman Rasullullah SAW, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman Kerajaan Melayu Melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Lihatlah betapa kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).
3. Nombor atom untuk emas adalah 79.
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.
Terdapat sedikit keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
Tidak hairanlah kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun Tanpa hilang atau susut nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida (berkarat).
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogaman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan
pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak).
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah
paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas

~Waspada gerakan demokrasi liberal~


Assalamualaikum semua sahabat Islam yg sejati, ini adalah luahan ikhlas dari saya (AHMAD FAIDZURRAHIM):
Sesungguhnya dewasa ini umat Islam menghadapi cabaran fahaman dan agenda demokrasi liberal yang dijana melalui organisasi terancang yang kekadang terkabur oleh ketidaktelitian sendiri walau berpartikan politik Islam. Rangkaian dan konsistensi pasti kedapatan jika kita bersama meneliti sehalusnya dengan multi-disiplin keilmuan keantarabangsaan dan keilmuan agama yang benar daripada pensanadan ilmu yang thiqah yang berkredibiliti. Tidak semestinya kemasyhuran intelektualisme mengatasi kebenaran kerana di sana memungkinkan terdapatnya kekeliruan dan kesamaran jika tidak berhati-hati.
Umat Islam kini berdepan cabaran fahaman-fahaman sesat dan merbahaya serta bersifat pegganas dlm bentuk pemikiran, contoh yg boleh kita utarakan di sini seperti golongan Wahhabiy yg berfahaman songsang dlm bab akidah dan juga fahaman demokrasi liberal yg begitu bebas dan ianya melemahkan integriti perpaduan ummah khususnya di negara tercinta kita Malaysia dan sekitarnya. Bila dinilai semula gerakan dan fahaman Wahhabi memang jelas didefinisi oleh pendokong demokrasi liberal. Mereka memahami sejarah Islam dan membiarkan kita dicabar dari luar dan dalam. Dari dalam melalui fahaman yang menjejaskan akdah di samping kemunculan ajaran-ajaran sesat lain yg mengambil kesempatan di tgh2 masyarakat Islam seperti mutasawwifah (ahli Tarikat dan sufi yg sesat), manakala dari luar pula melalui gerakan demokrasi liberal dan sekularisme.
Maka gerakan demokrasi liberal (acuan Yahudi moden) mendefinisi Muslim kepada 4 kumpulan iaitu;
1- fundamentalist,
2-traditionalist,
3-modernist
4-dan sekularist.
Di samping itu, disebabkan umat Islam kurang pengetahuan sejarah Islam silam kerana sibuk main internet dan Facebook serta lepak di kedai mamak sehingga lewat malam dan sibuk mengumpat dan maki hamun dan ada juga sibuk mengumpul kekayaan harta dunia menyebabkan umat Islam dewasa ini alpa ditambah pula ketidakjelasan ilmu akidah membuntukan lagi pencerahan mereka dalam mengenal yang benar dan yang mana batil dari sudut akidah dan Islam.
Hatta yang bertopeng Islam pun tidak dapat dapat dikenalpasti oleh org Islam, natijah dan kesannya alah ajaran sesat mungkin diiktiraf disebab kegagalan menguasai keilmuan akidah. Betapalah sedihnya umat Islam akhir zaman.
Oleh itu marilah bersama mempelajari usul al-din akidah yg benar berdasarkan metod yang sistematik yang telah disusun melalui pengajian sifat 20 ulama terdahulu dan seumpamanya. Namun ilmu ini sekarang sedikit demi sedikit terhakis dan kurang diminati, dan kebanyakkan lebih mengutamakan ilmu kaifiat fiqh ataupun usul fiqh, tasawuf, kerohanian, hiburan Islam umpama nasyid daripada mempelajari ilmu yang wajib kita pelajari ini.
Saya (Ahmad Faidzurrahim) amat sedih dengan realiti yg berlaku di Malaysia sekarang yg mana tanah air umpama syurga ajaran sesat dan bangsa asing dari luar serta yg mengambil keuntungan org kita melalui jemputan orang2 luar (tanpa ditapis dgn teliti oleh pihak yg berkeahlian) yg bertopengkan agama dan kononnya memberi ceramah di Malaysia padahal pada hakikatnya mereka umpama penjajah terdahulu yg hanya ingin keuntungan tanah air dan nama serta kemsyahuran semata-mata.
Sedih juga di negara kita seolah-olah sudah ketandusan ulamak sendiri, seolah-olah kita berada di zaman Jahiliyyah sudah tidak ada seorang ulamak melayu yg boleh diiktiraf oleh rakyat Islam sendiri, Subhanallah. Padahalah orang melayu memang hebat dlm ilmu agama.
Marilah bersama kita merenungi mengkaji sejarah, memahami cabaran fahaman-fahaman sesat tersebut seperti demokrasi liberal, Wahhabi, Syiah, Mutasawifah, Hizbut Tahrir, Syiah yg bertopengkan dgn nama Habib dan habaib, muktazikah moden, khawarij moden dan lain-lain.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh\Ikhlas dari:
http://ustaz-faidzurrahim.blogspot.com/
AHMAD FAIDZURRAHIM
(Penulis Kitab-Kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah)

PENGAJIAN BERSANAD DI HULU KELANG AKIDAH SULTAN SOLAHUDDIN, AKIDAH IBNU ASAKIR (Syarah Akidah Mursyidah)
PENGAJIAN KITAB AKIDAH SECARA TALAQQI DAN BERSANAD SERTA PERCUMA
TERBUKA BAGI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
Peluang bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Hulu Kelang seperti di Ampang, Pandan, Keramat, Kg Baru, Lembah Keramat, Taman Melawati, Taman Melati, AU, Gombak, Setapak, Klang Gate, Wangsa Maju, Wangsa Melawati, SetiaWangsa, Kemesah, Kg Pasir, Ukay Perdana dan sekitarnya di Kuala Lumpur.
Judul Kitab: Syarah Akidah Mursyidah (Akidah Ibnu Asakir dan Sultan Solahuddin)
Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahin( Penulis Buku-buku Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia)
Tempat: Rumah Dato’ Hj Abdul Kayoom Mustakim, Lot 4, Lorong Hillview 2A Taman Hillview, Off Jalan Hulu Kelang, 68000 Selangor (Bersebelahan dengan Taman Sri Ukay)
Waktu: Setiap Jumaat, Malam Sabtu selepas Solat Maghrib
Pengajian akan bermula pada 2 Mac 2012
Disarankan solat Maghrib berjamaah di tempat pengajian.
Maklumat Selanjutnya boleh berhubung dengan:
1- Hajjah Jalimah (019-2530884)
2- Puan Saherah (012-6378973)
3- Haji Ahmad     ( 012-9190353)
4- Puan Qamariah (03-26913859)
Kitab Pengajian boleh didapati di tempat pengajian dengan harga rm:10
Mari sama-sama kita memperkasakan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menghidupkan Majlis ilmu Akidah,
Sebarkan Maklumat ini dan doakan agar ianya berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget