Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 9 May 2013

RUPANYA CINA DAP PON MARAH DENGAN DAP !!! APA SUDAH JADI !!!



Kita sering terdengar keluhan dan rintihan warga islam/orang melayu di singapura yang dikatakan tertindas dan dianak tirikan oleh pemerintah di sana..

Ini aku nak cerita keluhan warga cina singapura.Kenalan aku bekerja sebagai doktor pakar disebuah hospital kerajaan singapura dan menceritakan luahan orang cina singapura. Pekerja kerajaan singapura dulu ada sistem pencen bila bersara, tapi Pemerintahnya menghapuskan jadi bila cukup umur maka orang-orang cina terpaksa bekerja walau umurnya sudah mencapai 70tahun kerana desakan hidup yang sentiasa meningkat hinggakan ada yang minta adik ipar aku injek ubat untuk terus tidor dan tak bangun-bangun.  

Perkara yang tak dihebohkan tapi kadar bunuh diri amat tinggi. Kes tertinggi 70 orang sehari. Tapi kerajaannya menutup kerana takut terdedah kelemahan sistem pemerintahannya untuk menangani masalah bunuh diri.

Dari makluman yang diterima, hospital kerajaan memang ada tapi ada consultant fee dan perlu bayar harga ubat yang mahal. Perkataan biasa yang kenalan aku dengar terutama dari golongan tua: Lebih baik mati dari hidup di Singapura.

Moralnya di sini, tak kira semua kaum dan agama kita bersyukur sangatlah hidup di Malaysia ini.
Apa lagi sebenarnya yang kita mahukan??
Klinik 1 Malaysia bayar hanya RM1. Kat mana nak cari?
Beribu-ribu kebaikan yang kerajaan BN bawa selama ini di Malaysia amat tak ternilai dan tak terbalas oleh rakyat Malaysia.
Hargailah ia sebelum nikmat itu hilang dibawa oleh propaganda dan penipuan Pakatahn Haram..

Sebarkanlah kepada rakan-rakan kaum cina yang ada..

SIAPA WANITA INI !!! MISTERI BETUL !!!!




''Kenapa Melayu sokong Dap?'' Itu topik hangat yang PR bawa.Video dibawah juga membawa mesej positif tentang perjuangan DAP.Dalam Hati terfikir ''Siapa Makcik ni''? Adakah benar mesej yang disampaikan oleh Makcik diatas?

Gambar dibawah boleh mengambarkan makcik ini hanya Agen DAP untuk berbohong kepada bangsa melayu.Bertudung litup sehingga menutup dagu adalah sekadar pembawa mesej yang dia adalah realiti makcik Melayu.Namanya Fawzia Ariff. Fawzia ini adalah anak kepada Allahyarham Munshi Ariff yang dikatakan terlibat di dalam kes Bank Bumiputera Malaysia Berhad suatu ketika dulu. Nama ibunya Dato Zubaidah Ariff.Dibawah disertakan juga gambar-gambar Siapakah Makcik Agen Dap ini sebenar.#SN harap makcik ini insaf dari menipu.Sekiranya merasakan Dap betul teruskan tetapi hentikan penipuan kepada bangsa yang mudah kena tipu ini iaitu ''Melayu''.
                                     Bersama Nurul Izzah untuk kempen PRU13 di Bangsar


HANYA MANUSIA YANG BODOH LAGI TIDAK BERAKAL JE YANG AKAN SABOTAJ PARTI UNTUK KEKALAHAN BN !!! SIAPA TU!!!


PRU13lah kempen agak kotor dipenuhi dengan berbagai sabotaj dari dalam yang dilakukan oleh pemimpin Umno sendiri. Sebagai orang yang belum menyertai mana-mana parti Sungai Rapat Online mendapati Umno akan berkubur jika masih menyimpan pemimpin jijik sebegini.

Sebenarnya Dun Sungai Rapat merupakan kawasan putih yang mudah dimenangi oleh sesiapa sahaja calon BN yang bertanding, tetapi akibat sabotaj bertalu-talu atas bawah, depan dan belakang yang dilakukan oleh pemimpin tertentu Umno maka Dun Sungai Rapat kini dimenangi dengan mudah menjadi milik calon Pas yang tak pernah turun padang pun.

Bermula dengan penajaan calon bebas bagi memecahkan undi Umno dan Mior mendapat 333 undi sahaja, itupun mungkin undi daripada beberapa pemimpin yang dengki dengan pencalonan Dato Hamidah sebagai calon BN.

Kemudian tidak habis dengan itu beberapa lagi menyekat lojistik seperti bendera, baju 'T' BN, wang peruntukkan untuk Dun dan yang terakhirnya berkempen untuk menjatuhkan calon BN sendiri.

Mereka sanggup membuat mesyuarat khas untuk membincagkan bagaimana nak menjatuhkan calon BN Dato' Hamidah Osman.

Kempen-kempen drastik kuncu-kuncu pemimpin tertentu bermula dan paling ketara kempen untuk menjatuhkan Dato Hamidah berlaku di Kampung Sungai Rokam, di Kampung Seri Rahmat, Di Kawasan Pengkalan Barat, Pengkalan Gate.

Jika inilah pemimpin yang ditampilkan oleh Umno, SRO yakin pada PRU14 nanti Dato Seri Mohd Najib akan menjadi terus ketua pembangkang. Selagi pemimpin-pemimpin jijik dan bermuka-muka ini berkuasa mengawal Umno ini wujud selagi itulah Gopeng hanya akan menjadi pembangkang sahaja.

Masyarakat sekeliling sudah muak dengan kemimpinan Umno yang ada dan sewajarnya diganti baru, mereka menjadikan peruntukkan yang diberikan sebagai bisnes mereka.

Pemilihan parti akan berlaku sudah pasti individu tersebut akan berhempas pulas habis-habisan untuk mengekalkan dirinya sebagai pemimpin dan sudah pasti mereka ini akan menggunakan apa sahaja pendekatan waima berjuta-juta ringgit terpaksa dilaburkan.

Ingatlah keahlian Umno bukan hanya untuk individu tertentu sahaja, jika dasar tutup pintu terus dilaksanakan oleh Umno terhadap ahli baru yang memohon untuk menjadi ahli maka mereka akan beralih ke parti lain yang senantiasa terbuka buat mereka dan Umno pasti akan berkubur bukan kerana orang Melayu mengkhianati Umno tetapi sikap jijik segelintir pemimpin Umno yang menjadikan orang Melayu menjauhi Umno.

Jangan salahkan orang Melayu jika Umno sudah tidak diterima oleh parti yang majoriti kaum Melayu sendiri.

SRO akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai kekalahan di semua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng pada entri akan datang.

Bukan tidak Redha terhadap apa yang berlaku tetapi perlu juga direnung dan disiasat siapa sebenarnya musuh dalam selimut. Rasullullah SAW pun pernah tewas dalam peperangan Uhud dan baginda juga redha dengan ketentuan Allah tetapi sebagai pengajaran Rasulullah SAW menyiasat kembali punca kekalahan tersebut supaya tidak akan berlaku lagi pada peperangan yang akan datang.

PANAS BERAPI !!! WAJIB BACA!! #PRU13 Azmin Terus Menghentam Anwar di Twitter!!



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.” 

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya 

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. 

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.


ALI ROSTAM SEDIH DISABOTAJ RAKAN??!!



Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya – Mohd Ali

MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang ‘menikamnya dari belakang’.

“Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya,” kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.

Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.

“Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih,” katanya.

TUNKU AZIZ BELASAH DAP KAU-KAU !!!!


Luangkan masa anda mendengar pendedah ini, jika ianya fitnah dan rekaan Tunku Aziz, DAP sila saman Tunku maksimum!!!



PASCA PRU 13 : BILA PENGUNDI CINA TAHU KELEMAHAN KITA ?!!!



kita tak perlu merintih dalam menangani keputusan pru 13.

analisa dan rekod dan mencatatkan bahawasanya ini adalah gerakan terbesar pengundi cina dahagakan kuasa.

dahagakan kuasa dengan mengkeldaikan anwar dan pas.

ini adalah faktual bahan sejarah untuk generasi melayu akan datang.

fakta rogolan ini tak boleh dan tak mampu dinafikan lagi.

stop bercerita mengenai keterujaan pas dan anwar melacorkan segalanya hanya kerana nafsu pada sebuah kerusi di putrajaya.

dalam header blog ini telah dinyatakan secara makro akan faktor dan elemen mengapa BN mudah kalah dengan pengundi cina ?

elemen kelemahan kerismudin mengatasi dan meyelesaikan masalah sensitif akan dibincangkan kemudian, kerana ianya terlalu banyak dan sungguh menyampahkan untuk aku menulisnya...

pru 1999 cina tidak menyokong pembangkang.
pru 2004 cina juga tidak menyokong pembangkang.

keputusan 2008 adalah hasilan keterbukaan anwar dan pas dalam menelanjangkan segala hak islam dan melayu demi nak undi cina.

okaylah sekali lagi kita tolak isu anwar dan pas.

yang aku nak nyatakan di sini adalah berkenaan dengan foto di bawah.

foto yang melibatkan menteri JPM dan namewee bersalaman dan bersemuka di parlimen.

kenapa mereka bersemuka ?
kerana nazri aziz cuba nak jadi hero satu malaysia.

hero yang menyanjung tinggi adab dan budaya cauvinis namewee .

namewee menghina azan suboh.
kata namewee ianya seperti orang yang menyanyi lagu R&B.
namewee menghina lagu NEGARAKUKU.
namewee menghina kerajaan.
namewee hina semua yang melibatkan melayu dan islam.

namun nazri aziz cuba menegakkan benang basah dengan mengangkat hero namewee di parlimen, tanpa berpakaian protokol.

2 signal mudah.

cina melihatkan pengiktirafan nazri aziz kepada namewee sebagai lompong kelemahan BN.

bagi cina, nampaknya tiada masalah bagi kerajaan bila islam dan melayu dihina.. ini satu peluang besar !

maknanya.. cina hinalah segalanya sudah pasti akan dimaafkan oleh pak menteri najib sendiri.

bila islam,melayu dan kerajaan dihina yang kemudiannya diangkat hero oleh oleh menteri dalam kerajaan, cina sudah mengetahui dan menghidu sesuatu yang nampaknya boleh di makan !

kerajaan ini dinampakkan kelompongan lemahnya bila namewee bebas dalam menghasilkan youtube menghina jijik islam dan melayu.

namun dalam menghasilkan artikel ini aku seharusnya tak berat sebelah.

kebaikan nazri aziz dalam membedal pembangkang dalam parlimen harus juga diberikan pujian.

HIMPUNAN SUARA ANAK CINA DAP DI KELANA JAYA, BERPERISAIKAN MANUSIA MELAYU!!!



Walau apa pun alasan muluk yang diberikan oleh pecacai Pakatan Rakyat bagi menghalalkan himpunan mereka di Stadium Kelana Jaya, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah, himpunan tersebut lebih sesuai dinamakan sebagai HIMPUNAN CINA DAP yang kempunan tidak dapat mengubah lanskap politik negara dan penggubalan semula Perlembagaan Malaysia mengikut kehendak mereka.

Biarpun ketua himpunan tersebut adalah Anwar Ibrahim tetapi tangan ghaib di belakangnya adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Dan biarpun dikatakan Pakatan Rakyat sebulat suara membantah keputusan SPR yang mengisytiharkan kemenangan kepada Barisan Nasional, tetapi di Pulau Pinang dan Kelantan, orang Pakatan juga yang sebulat suara menerima tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri.

Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang langsung tidak membantah keputusan PRU13 yang membolehkan mereka menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan majoriti yang lebih besar dan kerusi yang lebih banyak. Walaupun tentera-tentera siber DAP dalam RED BEAN ARMY sedang menggempur dunia maya dengan pelbagai cerita rekaan yang amat mudah dipercayai oleh puak-puak Melayu tidak cukup akal, mereka langsung tidak memperkatakan tentang penipuan atau blackout di Pulau Pinang.

Di Kelantan pula, puak Husam Musa dilihat sedang menjadikan keputusan PRU13 sebagai medan ketidakpuasan hati apabila Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco walaupun memenangi DUN Salor. Tidak pula mereka merungut tentang keputusan PRU13 di peringkat negeri Kelantan.

Berkapasiti 40 ribu orang dengan 25 ribu di tempat duduk dan dalam kawasan padang 15 ribu orang, para pecacai Pakatan sedang membesar-besarkan angka di Stadium Kelana Jaya sekarang ini sehingga ada yang dengan bangganya menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 200,000 orang!

Lebih 80% yang hadir adalah anak-anak muda Cina dan berusia antara 21-40 tahun. Sekaligus menjadikan himpunan ini tidak ubah seperti himpunan anak-anak Cina DAP yang cuba mengulangi semula apa yang berlaku pada tahun 1969.

Kebetulan pula 10 Mei 2013, jatuhnya pada Jumaat. 10 Mei 1969 adalah hari mengundi. Pada sebelah malamnya apabila keputusan diumumkan, banyak lokasi panas mulai dikesan. 11 Mei 1969, perarakan mulai dilakukan oleh anak-anak muda Cina yang sebelum itu cukup berkobar-kobar semangat mereka setelah dipanaskan oleh Lim Kit Siang dan gerombolannya terutama apabila menyatakan perlunya Artikel 152 dan Artikel 153 dihapuskan selain Bahasa Kebangsaan yang terdiri daripada empat bahasa selain Bahasa Melayu.

12 Mei 1969, jumlah kematian orang Melayu mulai meningkat apabila chauvinist yang sebahagiannya merupakan bekas penganut ajaran Komunisme mulai mengganas dalam cubaan mereka menghalau dan menghapuskan Melayu dari Kuala Lumpur. 13 Mei 1969, orang Melayu mulai bertindak balas dan berlakulah pertumpahan darah yang agak tragis.

‘Kejayaan’ Himpunan Anak Cina DAP pada malam ini di Kelana Jaya, pastinya ada kesinambungannya pada hujung minggu nanti. Apatah lagi, tarikh-tarikhnya amat bersamaan untuk menostalgiakan semula kekalahan dan kegagalan DAP untuk menghapuskan Melayu dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Ini cubaan kali kedua. Bezanya kali ini, DAP berjaya menarik sokongan ramai anak-anak muda Melayu bagi mengurangkan risiko dan natijah yang bakal mereka hadapi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1969. Dan pada masa yang sama, DAP bolehlah mendabik dada bahawa himpunan berkenaan adalah himpunan rakyat berbilang kaum, sekalipun yang hadir 80% adalah Cina.

Sesuatu yang barangkali tidak sempat difikirkan oleh anak-anak muda Melayu yang turut menyertai himpunan tersebut ialah, sekiranya terjadi apa-apa, merekalah PERISAI MANUSIA yang berjaya direkrut oleh DAP dengan bantuan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri!

WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP Pasca #PRU13 !!



Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).

Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.

Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

“… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

“Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

“Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

“Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.

Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget