Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 14 January 2013

Gambar Reaksi Muka Mereka Yang Kantoi Berhubungan Seks Di Dalam Kereta

Lucu juga melihat wajah-wajah terkejut pasangan-pasangan kantoi melakukan hubungan seks di dalam kereta ....



bukti kerajaan kejam !! Hampir 500,000 Bakal Nikmati Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)


KUALA LUMPUR 14 Jan – Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini terus mengorak langkah melaksanakan politik khidmat bakti menerusi Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kepada mereka yang berumur antara 17 hingga 40 tahun.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi program tersebut mereka yang berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

Menurut beliau BL1M bermatlamat untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

“Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.

“Menerusi program BL1M, mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199. Ini adalah politik khidmat bakti kita sepertimana yang kita telah laksanakan sebelum ini seperti Karnival kerjaya, Biasiswa Pemuda BN dan pelbagai lagi.

“Kita jangkakan antara 300 hingga 500 ribu akan menikmati program tersebut. Inilah bukti kita bukan sekadar berpolitik dan berterorik tetapi kita buat dan laksanakan sesuatu untuk golongan muda. pelbagai produk yang kita keluarkan untuk kepentingan mereka,” katanya.'

Beliau berkata demikian pada sidang medianya di sini, hari ini. Pada majlis itu juga, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Pemuda BN dan My E.G Services Bhd selaku vendor program tersebut bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program berkenaan di seluruh negara.

Pemuda BN diwakili Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan My E.G diwakilini oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.

Khairy seterusnya menambah program tersebut adalah lanjutan daripada projek yang telah dirintis oleh SHEB di Pekan dan maklumat mengenai tersebut akan diwar-warkan ke seluruh kawasan.

“Kita akan minta Pemuda seluruh negara untuk mewar-warkan program ini yang dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung bulan ini. Mereka yang berminat boleh mendaftar hari ini menerusi laman web dan boleh juga berbuat demikian selepas pelancarannya kelak.

“Kita juga sedang meneliti kaedah yang terbaik dengan pihak berkenaan bagi mereka yang disenaraihitamkan atau pernah disaman trafik agar golongan tersebut tidak terlepas peluang berkenaan,” katanya.

Kata beliau lagi program berkenaan akan turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya menerusi penambahan satu modul yang ringkas tetapi berkesan
Borang permohonan BL1M boleh didapati menerusi www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau hubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara.
Sumber: UMNO Online

Kantoi berdua-duaan DI HKR #kl112


Apa kes ni?Aduhai kan dah kantoi !!!

Peserta #HKL112 Koma Perlukan Bantuan Dari Orang Ramai !!!


Malang bagi seorang peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (HKL112) yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terangganu, Saudara Daud Abdul Manan telah mengalami kecederaan parah dan kini masih dalam keadaan koma setelah motorsikal yang di tunganginya terbabas di Jambatan Temerloh, ( berhampiran dengan Kawasan Rehat dan Rawat R&R Temerloh ) pada pukul 8.00 malam di hari HKL112.

Menurut laporan Keadilan Daily, keluarga mangsa mengharap bantuan dari orang ramai bagi meringan beban. Bagi yang mahu menghulurkan bantuan, anda boleh menyumbang terus ke akaun keluarganya melalui Bank Simpanan Nasional, Mek Wook @ Rohaya Bt Awang 1110029849518290.

Walaupun ada kalangan dari kita yang tidak suka dengan Himpunan yang di adakan Pakatan Haram, namun kita harus membantu sesama Islam di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Pengalaman ‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor



Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik antar KL-JB-KL pada setiap hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika baru 6 tahun..so senang lah nak pontengkan mereka.

Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam Jumaat. Mama dan standby esok pagi2 nak bertolak ke JB. So malam tu hubby kena settlekan mana2 kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul 10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu. Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di sana. Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kannak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah. Iki dan Ika dan tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru…baru ambik dalam 2-3 hari lepas cam tulah…teringin pulak nak jenjalan malam2 kan.

Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor. Drisebabkan dah jauh malam, lahu jer kami sampai. Tak sampai 1.5 jam dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.



Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belaKang. Kebetulan Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui peKan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai ke SImpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Bt Arang tu lamPu jalan dan mula berkurangan. Sampai le akhirnya langsung tak ada lampu jalan.Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dan..dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2. Mama pulak tak semena2 boleh terkelaur dari mulut “ ehhhhh bau apa ni busukkknya”…Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap “ busuknyaaa”. Hubby cuma jawab..bau dari kilang sawit tu. Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.

Mama perasan hubby tekan minyak semakin laju. Dah ler jalan tu selekoh tajam semuanya. Hubby pulak makin kuat dia baca selawat, istghfar dan berzikir. Mama tak ada lah rasa pelik, sebab selalu dia buat cam tu, terutama kalau dia mengantuk bawak kereta tu. Tapi kali ni dia baca bukan cam selalu…selalu tu macam nak dodoikan anak2 tidur tapi kali ni agak kuat ,keras dan garang suaranya.

Kereta dipandu semakin laju. Kecut gak perut Mama. Selekoh tajam pun hubby bawak laju, nak sambung lena pun tak boleh. Kat kiri kanan jalan jangan cakaplah..tak nampak apa pun. Hanya kesuraman dan kegelapan malam. Takut pulak rasany anak pandang ke kiri dank e kanan. Sampai senget2 badan mama nak imbangkan.

Tiba-tiba…a “ gedebummmmmmmmmmm….brapppp…brapppppppppp…..”

Alamak bunyi apa tu…..bruzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kereta terus berjalan terhoyong hayang dan gelong ke kanan. Hubby tekan brek megejut dan berhenti di tepi jalan. Ehhhh apa dah jadi ni. Mama yang hampir2 mamai tu blur sekejap. Pandang kiri kana hutan belantara. Ada pokok2 getah di kiri kanan jalan. Sebelah kiri mama bila mama pandang ke luar..namak gaung yang curam. Relex jap….Hubby perlahan2 buka pintu kereta dan keluar nak tengok keadaan. Mula2 mama cam tak bagi jer dia keluar…tapi kalau tak kelaur camana nak tau apa jadi kan…dalam ahti dah syakkk dah….mesti tayar pancit ni…alamak….macam kes kebiasaan cerita2 seram kalau jalan malam2 kan…kalau skrg dah mcm citer Jangan Pandang Belakang ker..Karak ker..gitulah gamaknya.

Alamakkkkkk tayar kereta pancit pulak…dah lah keadaan gelap gelita. Tak nampak pun kalau nak tukar. Hubby ambik torchlight suluh ke tayar..flat habis……habis angin semua. Mama nak keluar tengok tapi hubby tak bagi. Hubby pun try nak tukar tayar tu lah. Gi belakang bukak bonet nak ambik spare tyre. Tetiba tersuluh pulak tayar belakang tu …astaghfirullahalazim….. tayar belakang pun pancit. Hilang habis angin. Laaa macamana ni spare tyre satu aje, tapi tayar 2 biji pancit. Cer tolong fikir sikit…

Masuk kereta kejap cari idea. Kebetulan time tu Iki nak terkencing sangat. Mama tak berani nak suruh dia pancut jer at luar tu. So apa idea erk..nak suruh pakai pampers dah tak muat plak kan. Lagipun mana ada bawak pampers. So tengok ada botol air mineral… hehehhe apa lagi..suruh dia masuk “anu dalam botol” ajelah…betul2 anu dalam botol ni ler…lepas habis hajat dia tu, mama simpan dulu botol tu, takut nak campak kat luar pulak. Kot2 terkena pulak rumah nenek kebayan kea pa.kan nyaya pulak kan.

Dalam 10 minit duduk dalam kereta pasang lampu kecemasan…tak ada pulak kereta nak berhenti. Memang tak banayak kereta lalu jalan ni yang semua orang maklum laluan ni agak keras waktu malam. Cuba nak call, tapi hp tak ada coverage pulak. Yelah tengah2 hutan kan. Mati akal sekejap. Last2 hubby keluar berdiri tepi kereta cuba nak tahan kereta yang lalu, tapi semua tak nak berhenti. Mungkin diaorang pun takut nak berhenti tgh malam buta kat tepi hutan cam ni, Ntah orang jahat ker ntah hantu ker pada fikiran diaorang ni agaknya. Akhirnya bila dah lama tak de kereta nak berhenti, Mama pun ikut keluar kereta. Sambil dukung Ika, dengan harapan adalah kereta nak berhenti kalau dia nampak bawak budak kecik ni. Cuma terfikri pulak kot2 tak jadi pulakorang nakberhenti seba ingatkan hantu dukung anak kan. Alhamdulillah tak lama lepas tu ada sebuah kereta yang agak uzur berhenti. Lega rasanya. Ada 2 pemuda keluar dari kereta tu. Mama pulak yang rasa cuak..manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…

Ohhh rupanya 2 orang pemuda ni berniat baik nak bantu kami. Dia kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan yang “ala-ala keras” gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang jer mungkin dia tak berhenti kot..tapi dia nampak ada pompuan dan ada anak kecik..so dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat..walaupun keduan2nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor. Yelah spare tayar Cuma satu jer..Cuma apa yang dia boleh buat Cuma dia try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor tu dengan kain ke getah apa ntah gitulah…so boleh bertahan sekejap…so lepas dia buat kami jalan ler perlahan2..tak sampai 5 minit..angin dah habis balik..ulang benda yang sama…lama2 dah naik fedup..hubby lanyak jer kereta tu…lantak ler….tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bndr Tasik Puteri. Alahai jauhnya…..

Sampai dekat tempat yang ada liputan..call kawan dia yg dok kat Tasik Puteri..tapi sayang..dia pakai kereta Nissan..tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir kul 2.30 pagi..nak call orang pun dah dinihari..bengkel semua dah tutup..akhirnya terpaksa gak calling kakak mama. Dia add kereta yg sama ngan kami…so nak pinjam tayar spare dia ler.tapi tak kan nak suruh dia hantar pulak tgh pagi buta tu..so hubby call adik dia kat Ampang..mintak tolong datang, dan ondway ambik spare tayar kat Gombak..

Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya…Tak leh nak tampal. Rim tayar nak rosak dah..agghhhh tak kisah ler janji boleh jalan….

Dalam perjalanan balik..barulah Hubby bukak cerita. Alkisahnya selepas melepas pekan Ijok tadi..dia tiba2 rasa meremang bulu roma dan cam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yg Mama dan Iki cakap bau busuk tu…diapun terasa sama..Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi cermin kereta, seklias pandanan dia ternampak. Tu yang dia berzikir, berselawat danbaca ayar- quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam rebut. Entah kenapa tiba2 tayar kereta mcam terlanggar lubang pulak. Mengikut cerita 2 orang makanik yg tolong kami tadi tu..dia hari2 berulang alik lalu jalan tu..memang tak ada lubang besar kat kawasan tu…so Waullahualam…….hanya Allah yang mengetahui.

Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi girulah kami sampai rumah. Huh itulah kisah suspen Mama. Tapi sekarang ni kalau nak ke Kuala Selangor tak perlua lagi melalui laluan sunyi cam ni…sekarang kan dah ada LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor)..laluan terang benderang.


Sumber : Mama Miraki

Disebalik Tarikh Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)


Perhimpunan Bersih 4.0 kelmarin atau yang “rebranding”nya berbunyi KL#112, telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini.

Sepertimana tajuk di atas, kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112?
Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012.

Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.
Untuk Cerita seterusnya Klik sini

http://mya-coretanharian.blogspot.com/2013/01/wajib-ketahui-rahsia-mengapa-tarikh-12.html?m=1

hijrah Siti Nurhaliza semperna hari jadinya ... !!!

IMEJ BARU... Siti Nurhaliza tampil dengan imej baru bertudung penuh, suatu keputusan sempena ulang tahun ke-34 beliau kelmarin.

Daripada hanya berselendang, kini bertudung sepenuhnya. Itulah keputusan nekad yang dibuat oleh penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada sambutan hari ulang tahun ke-34.

Utusan Malaysia difahamkan, keputusan itu dibuat pada malam sambutan ulang tahun penyanyi itu pada 11 Januari lalu.

“Sehingga kini, Siti masih lagi tercari-cari imej bertudung yang bersesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi yang masih lagi aktif di pentas.

“Bagaimanapun, imej berselendang dengan ‘jambul’ yang kelihatan, sudah ditinggalkan secara perlahan-lahan. Keputusan ini dibuat atas kehendak Siti sendiri dan disokong oleh suaminya, Datuk Khalid Jiwa.
“Semoga semua peminat mendoakan agar perubahan ini berkekalan," beritahu sumber kepada Utusan Malaysia.

Beberapa ahli keluarga penyanyi itu turut memuat naik gambar-gambar Siti Nurhaliza dengan imej terbarunya di laman sosial mereka selepas sambutan majlis ulang tahun kelahirannya di Kuala Lumpur kelmarin.

Imej terbaru Siti dilihat ada persamaan dengan imej pereka muda muslim yang tersohor dari London, Hana Tajima.

Gambar Hina Islam !!!


Hina Islam ...geram pulak tengok gambar nih...Apa Pendapat kawan2....Mohon pihak berwajib pantau

Pengguna Facebook perlu bayar hantar mesej


New York: Rangkaian laman sosial Facebook kini menguji satu sistem yang mengenakan bayaran kepada pengguna untuk menghantar mesej kepada mereka yang bukan dalam kelompok rakan pengguna.

Laman sosial itu semalam mengesahkan percubaan perkhidmatan baru itu sudah bermula, tetapi hanya sebilangan kecil pengguna Facebook mempunyai akses yang dikenakan bayaran itu untuk menghantar mesej secara langsung.

Pada masa ini, setiap pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna lain secara percuma. Bagaimanapun, jika ia tidak dihantar kepada rakan atau kawan kepada rakan itu, mesej berkenaan akan pergi kepada fail lain penerima. Ia dijelaskan Facebook sebagai ‘tempat mesej yang kurang penting’, yang diperkenalkan pada 2010. Bagaimanapun, perkhidmatan baru ini menawarkan akses terus ke dalam kotak penerima, dengan syarat penghantar bersedia membayar yuran dikenakan.

Facebook pada asalnya mengetengahkan idea mengenakan bayaran untuk penghantaran mesej sebelum Krismas, apabila ia mencadangkan perkhidmatan itu dikenakan bayaran AS$1 (RM3) untuk setiap penghantaran mesej. - Daily Mail

Kerana Porsche 911, Gadis Berumur 24 ‘Bertemu’ Ajal



Georgetown  -  Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun bersama seorang gadis berusia 24 tahun dari arah Tanjung Tokong, dekat sini, menghala ke pusat bandar terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan setibanya di kawasan terbabit lalu merempuh pokok di bahu kanan jalan.

Menurutnya, rempuhan berkenaan menyebabkan kereta remuk teruk terutama di bahagian hadapan.
Katanya, kejadian itu juga menyebabkan penumpang wanita maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Pemandunya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital, manakala penumpang yang maut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar dapat menghubungi Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.  – hmetro

Guna Facebook, Bayar RM 25, Dapat Tengok Buah Dada


Dengan bermodalkan sekitar RM25, pengunjung laman sosial boleh melihat sebelah buah dada seorang perempuan dengan tulisan produk yang ingin dijual. Bahkan, ada diskaun untuk gambar kedua buah dadanya iaitu dengan harga RM42.

Perempuan yang berasal dari Republik Czech juga merancang menawarkan buah dadanya sebagai pengganti kad ucapan. Apa yang perlu dilakukan oleh pengunjung hanya hantarkan mesej dan dia akan menghantar gambar bersama tulisan di dadanya.

Pengumuman yang boleh diakses dilaman facebook telah ditarik balik oleh facebook.  – malaysiainstinct

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...