Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata menerusi program tersebut mereka yang berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
Menurut beliau BL1M bermatlamat untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.
“Program BL1M ini adalah secara menyeluruh yang mana bermula daripada pringkat proses ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya lagi. Pada masa ini kos purata untuk mohon lesen B2 ini adalah sebanyak RM380.
“Menerusi program BL1M, mereka yang ingin mendapatkan lesen tersebut hanya perlu membayar RM199. Ini adalah politik khidmat bakti kita sepertimana yang kita telah laksanakan sebelum ini seperti Karnival kerjaya, Biasiswa Pemuda BN dan pelbagai lagi.
“Kita jangkakan antara 300 hingga 500 ribu akan menikmati program tersebut. Inilah bukti kita bukan sekadar berpolitik dan berterorik tetapi kita buat dan laksanakan sesuatu untuk golongan muda. pelbagai produk yang kita keluarkan untuk kepentingan mereka,” katanya.'
Beliau berkata demikian pada sidang medianya di sini, hari ini. Pada majlis itu juga, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Pemuda BN dan My E.G Services Bhd selaku vendor program tersebut bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program berkenaan di seluruh negara.
Pemuda BN diwakili Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan My E.G diwakilini oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.
Khairy seterusnya menambah program tersebut adalah lanjutan daripada projek yang telah dirintis oleh SHEB di Pekan dan maklumat mengenai tersebut akan diwar-warkan ke seluruh kawasan.
“Kita akan minta Pemuda seluruh negara untuk mewar-warkan program ini yang dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung bulan ini. Mereka yang berminat boleh mendaftar hari ini menerusi laman web dan boleh juga berbuat demikian selepas pelancarannya kelak.
“Kita juga sedang meneliti kaedah yang terbaik dengan pihak berkenaan bagi mereka yang disenaraihitamkan atau pernah disaman trafik agar golongan tersebut tidak terlepas peluang berkenaan,” katanya.
Kata beliau lagi program berkenaan akan turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan jalan raya menerusi penambahan satu modul yang ringkas tetapi berkesan
Borang permohonan BL1M boleh didapati menerusi www.bl1m.my dan www.myeg.com.my atau hubungi talian 03-78018888 atau pejabat Pemuda BN seluruh negara.
Sumber: UMNO Online
No comments:
Post a Comment