Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 17 April 2013

MAKIN PANAS TERIK !! 00 AHLI PAS KELUAR PARTI DI DUN SELAMA PERAK. !!!



Seramai 200 org ahli PAS dan ahli baru Parlimen Larut akan menyerahkan borang menyertai UMNO .pada 23hb April 2013 bertempat di Sg Bayur terdiri dari Kg Tapah, Kg Garok, Sg Bayur, Sg Siputeh, Sg Rambutan, Ijok dan Batu Kurau. Semua penyokong UMNO dan PAS dijemput hadir .

Konvoi bermotor pemuda megiringi tetamu kehormat Tengku Nan atau Dato' Zahid Hamidi. Penceramah undangan Chegu Non, penulis buku ASAM PEDAS PRU 13 yang merupakan bekas ahli PAS seumur hidup.

PANAS !!! Kehadiran BN Dun Jelapang Meresahkan Parti Lawan !!!

Dun JELAPANG makin panas sekarang ni.Dun jelapang yang kini diwakili oleh Mokaj kini sudah sedia dalam gerak kerja untuk meraih sokongan pengundi.

Sebentar tadi Anak jati berada di Pusat Bilik Gerakkan Dun Jelapang .

Kehadiran Datuk Wira Yussof Kassim ke pusat gerakkan Dun Jelapang memberi sedikit petanda baik buat Dun Jelapang.

Ketika ini pusat bilik gerakkan Dun Jelapang sedang dlm proses untuk membuat penambah baikkan bilik gerakkkan.

Sebelum ini Dun Jelapang diselaras  oleh Yip tze choy yang kini calon Dun Tronoh.



Kehadiran Datuk Wira Yussof Kassim




Bilik Gerakkan Dun Jelapang 

PANAS !!! Calon Kegemaran BN Tok Guru Didedahkan !!!



Setiap orang pasti ada calon kegemaran mereka pada PRU13 ini. Semua yang aku pilih ini bukan beerti aku tidak suka pada calon yang lain, tetapi inilah calon yang menjadi kegemaran aku untuk negeri Perak.

Kesempatan ini aku ingin ucapkan tahniah kepada mereka di atas kerana terpilih untuk memikul amanah rakyat jika ditakdir menang pada PRU ini.

Semoga mereka ini terus diberi kekuatan untuk melalui hari-hari getir sepanjang proses pilihanraya yang akan berlansung.

Jika takdir anda menang, teruslah kekal seperti mana anda sekarang. Bila berjalan sekali sekala pandanglah ke bawah agar kita tidak tersepak benda yang tidak elok.

Teruskan perjuangan buat mereka yang berada di bawah ini:



1. Kak Midah (DUN Sungai Rapat)

2. Bro Muamar Gadaffi (Parlimen Parit Buntar)

3. Dato Syam (DUN Alor Pongsu)

4. Dato Wan (Parlimen Kuala Kangsar)

5. Kak Sal (DUN Temenggor)

6. Dato Shamsul Anuar (Parlimen Lenggong)

7. Pak Toh Mizi (DUN Kenering)

8. Dato Shamsudin (DUN Ayer Kuning)

PANAS BERAPI !!! Umno guna 'khadam NGO' menang PRU ???


Abdul Hadi AwangSHAH ALAM - Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 menghampiri hari penamaan calon, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno, yang menurutnya "sangat gelabah" dengan perkembangan mutakhir, sedang menggunakan khadam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan-kawasan bukan Islam.

Kata beliau, tindakan pendek politik seumapam itu hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau Umno yang sedang  bergelumang dengan kemungkarannya.

Hadi merujuk kepada NGO Islam seperti Isma yang bertanding atas nama Berjasa dan meletakkan calon-calon yang ditandingi bukan Islam.

Penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

"Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang.

"Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hadi menambah, ada kalangan media Melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain–lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil.

Malah, kata beliau, ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap Pas, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong Pas selama ini.

"Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam.

"Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah," kata beliau lagi.

Hadi berkata, NGO sedemikian bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.

Kata beliau, "kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam."

"Politik dalam Islam adalah amanah besar,  perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya.

"Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat," kata beliau lagi.

Sehubungan itu Hadi yang akan bertanding mempertahankan kerusi Marang berkata, "marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir Mohamad, 'lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali."

Justeru beliau bertanya, "bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam?"

"Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh ALLAH untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh ALLAH dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.

"Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut’im bin ‘Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan.

"Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah," kata beliau lagi.

Barisan Nasional yang memerintah sejak pilihan raya umum pertama telah mengumumkan calonnya semalam dan beberapa nama hari ini.

Pas, komponen PR, telah mengumumkan beberapa nama sebelum ini dan dijangka mengumumkan senarai penuh hari ini atau esok.

Kisah Aneh !!! Anak Korek Kubur Ibu Terjumpa Sesuatu !!!


Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

PANAS TERIK !!! Kubur Besar Di Gelang Patah Sudah Di Gali ????Untuk Siapakah !!!


DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Namun, apa yang bakal terjadi, ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri. 

Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya. Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya.


Gambar Hiasan


Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar merka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu. Dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. 

Jadi di mana letakknya parti yang kononya memperjuangkan semua kaum itu. Inilah kotornya DAP termasuk pemimpinnya, dan inilah salah satu komponen Pakatan Rakyat. Oleh itu, BN meletakkan harapan kepada Dato’ Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP. 

Ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan terbunuhnya kesenangan salah seorang kepimpinan DAP. Dan sekurang-kurangnya dapat memadamkan semangat chauvinis di dalam parti itu. Menurut mantan PM itu juga, Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor. Sehingga satu tahap, Singapura memberikan cuti dua hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP. 

Mereka turut memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13. Sampai begitu sekali agenda dan permainan kotor DAP, sehingga melibatkan mereka yang berada di seberang. Tetapi percayalah, keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding bagi kerusi Gelang Patah pada PRU-13 ini boleh dilihat sebagai langkah penamat kepada karier politik pemimpin veteran pembangkang itu. 

Sejarah 27 tahun lalu akan berulang apabila pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran pembangkang yang kononnya amat digeruni. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dijangka akan mengalami nasib sama seperti mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila karier politiknya berakhir selepas dikalahkan Kit Siang 27 tahun lalu. Apa yang berlaku pada Tan Sri Lim Chong Eu akan terjadi pada Lim Kit Siang kali ini. Jadi, sama-sama kita nantikannya.

PANAS !!!! BERAPI!!!!!! VIDEO ABBY PULAK MELETOP DIPASARAN MENJELANG #PRU13 ?


Jangan pelik beb kalau lepas ni Si Ostazah Pening tu pulak buat dakwaan kononnya ada orang datang ceroboh rumah dia nak pasang CCTV. 

Sebab itu je alasan yang mampu diorang buat untuk 'cover line' cerita pasal video tebar roti canai atas katil Pak Mus yang menjadi bahan bualan sekarang ni. 

Lain tak de nak tuduh orang la tu sedangkan yang buat kerja haramjadah tu pemimpin diorang sendiri. Apa susah sangat? Kalau dah kantoi tu mengaku je la. 

Tak payah la susah - susah nak buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh. Kalau setakat bercakap kosong je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!! 
Penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera. 

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan. 

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV. 

"Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,"ujar Aishah. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam. 

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod. 

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat. 

Sumber copy paste dari: http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/2013/04/berapi-video-abby-pulak-meletop.html?m=1 

PANAS !!! [WAJIB BACA] Surat Terbuka Untuk DS @ZambryAbdKadir Tentang Ketidak Puasan Hati Penduduk Tentang Calon Dun Tronoh !!!

Semalan Teman di baginya soft Copy pada teman untuk di bubuh didalam blog Anak Jati Malaya tentang ketidakpuasan hati penduduk DUN Tronoh Tentang Calon yang diletakkan.

Teman Cume Nak MB Perak Baca Keluhan Rakyat Bawahan yang Inginkan MOKAN A/L SUPRAMANIAM Sbg Calon BN Dun Tronoh.Baca Surat Dibawah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Kehadapan Yab Presiden Parti Barisan Nasional Perak ,Datuk Seri Diraja Zambry Bin Abd.Kadir.Hari ini saya sebagai penyokong setia parti ingin menulis satu surat buat datuk untuk dipertimbangkan tentang calon Dun Tronoh.

Saya dan rakan yang lain merupakan ahli parti bn yang begitu terkejut dengan pengumuman calon Bn yang telah diumumkan semalam di bangunan Umno Perak.

Kerana apa saya berkata sedemikian, untuk pengetahuan Datuk Seri calon parti yang kami sudah kenal sekian lama di Dun Tronoh iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM dari Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap calon boleh menang.Kami penduduk di DunTronoh begitu kesal dgn pengumuman yang telah dibuat semalam.

Untuk pengetahuan Datuk Seri ,hari ahad yang lepas parti komponen bn Batu Gajah telah mengadakan sidang media tentang calon yang akan bertanding.Untuk pengetahuan Ds Zambry pada sidang media tersebut Dun Tronoh yang merupakan kerusi tradisi calon Mca telah di berikan pada calon Mic iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM

Yang menjadi persoalaan saya sekarang adalah kenapa calon Mca iaitu  YIP SZE CHOY masih diletakkan sebagai calon di Dun Tronoh sedangkan kami amat berharaap MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga merupakan calon Mic diletakkan  di Dun Tronoh.

Untuk makluman Datuk Seri, MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga dirasakan akan mewakili calon Bn di Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap merupakan calon boleh menang , rapat pada awam serta dirinya dikenali dan disegani penduduk Di Dun Tronoh.Selain itu,semasa pemerintahan DAP di Tronoh kami banyak bergantung pada beliau untuk menyelesaikan masalah tempatan kami.

Kami penduduk Dun Tronoh begitu merasakan dukacita kenapa Calon Pilihan Kami iaitu Mokan tidak dipertandingkan di Dun Tronoh.Saya dan rakan yang lain mungkin akan membuat undi protes kerana membantah calon yang kami harapkan dapat membawa suara kami tidak dipertandingkan.

HARAP SURAT SAYA DIBACA OLEH PIMPINAN BN PERAK.KAMI DUKACITA DENGAN PENGUMUMAN CALON SEMALAM.HARAP MAKLUM

Ahmad Ali Bin Buang
Wakil Penduduk DUN Tronoh

PANAS Terik !!!Papa Gomo Terus Buat Kejutan, Siar Video Perlakuan "Terlarang" Melibatkan Teresa Kok?!!!



Sewaktu Gua membelek blog membe gua,Gua terjumpa satu artikel tentang seorang pemimpin. Di bawah ini adalah klip yang disiarkan oleh papagomo melalui channel youtube rasmi miliknya (KLIK SINI). Sekiranya dakwaan ini adalah benar, rakyat seharusnya menolak secara total kepimpinan Pakatan Rakyat pada PRU13 ini!!!

SUMBER

PANAS DAN TERKINI !!! BEKAS ADUN UMNO UMUM KELUAR PARTI........ SABOTAJ MELANDA ???


Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan  membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak.   Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri.  Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan.

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan.

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu.  Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan.

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib.

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi.  Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian.   

Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada.  Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi.  Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN.

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan  33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional.  Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas.

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati.

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka.  Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini.  Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi.  Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan.   Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian.  Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik.

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar.  Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara.   Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan.  Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.

PANAS TERIK !!!CALON BN DR MAZLAN ISMAIL SEMAKIN MEMBUAT ANWAR Semakin Susah Hati!!


 
Menurut sumber rakan-rakan daripada Telekom Malaysia,Dr Mazlan Ismail juga adalah Pegawai Memerintah semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail.Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang akan bertanggung jawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.

Gambar Lt..Col Dr Hj Mazlan Ismail bersama Col(K)Dato' Sri Zamzairani Mohd Isa yang juga CEO TM semasa Program Kem di Sg Besi.


Gambar Lt Col Dr Haji Mazlan Ismail & Col(K)Dato' Sri Zamzairani & kepimpinan ATM semasa program di Kem Sg Besi.

TERKINI !!! 15 Kumpulan Dikenalpasti Sebagai Pemberi Dana !!!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kira-kira 15 kumpulan penyeludup di Semporna, Sabah yang dipercayai terlibat membiayai pengganas Kiram dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Menurut sumber keselamatan negara, kumpulan-kumpulan penyeludup itu dipercayai telah bergiat aktif sejak lebih 10 tahun lalu dan terdiri daripada mereka yang berbangsa Sulu dari Filipina serta menetap di negara ini dan negara jiran itu.

Katanya, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Mereka membawa masuk rokok, syabu dan senjata api ke Malaysia sejak sekian lama dan membawa pulang barangan subsidi seperti minyak masak, gula, beras serta tepung ke Filipina.

"Kumpulan-kumpulan ini telah menjadikan Kampung Simunul di Semporna sebagai 'syurga penyeludupan' dan wang hasil penyeludupan mereka itu digunakan untuk membiayai pengganas Kiram," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut sumber itu, kumpulan itu menyelinap masuk ke negara ini menggunakan bot dan akan diiringi kumpulan bersenjata api sebaik sahaja kembali memasuki perairan Filipina.

Katanya, barangan hasil kegiatan haram itu pula dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di Pulau Basilan berbanding harga barangan sama di Manila.

Kata sumber itu lagi, 32 lelaki bersenjata yang ditangkap ketika cuba memasuki perairan negara di pantai timur Sabah baru-baru ini juga dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penyeludup terbabit.

"Polis juga percaya kebanyakan rumah setinggan atas air yang terdapat di Semporna merupakan sarang kepada kumpulan-kumpulan penyeludup ini," ujarnya.

[ video ] Abdul Kadir Sheikh Fadzir MEROYAN fitnah terbaru yang mengaitkan pemimpin !!!



Gempar beb.. Kadir pun nak join sama dengan SU Agung ker.... Tiba-tiba jer nak promosi diri... Ini mesti dah 'cuak" dengan pendedahan video berkenaan. Tak kan takut dengan bayang-bayang sendiri kot.. mengulas lanjut :-

Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.


Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.


"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.

"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.

Baliau juga yakin rakyat kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta. sumber MPP

Terkini !!! Rosmah Jadi Mangsa Fitnah PRU???



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Rosmah berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah...inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.

"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demonstrasi Masakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzaman Johari.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Rosmah menggesa semua isteri calon yang bertanding atas tiket BN supaya mengambil langkah proaktif dan memberi sokongan dengan turun padang menemani suami masing-masing berkempen.

Beliau berkata sokongan penuh yang diberi kepada calon yang bertanding secara tidak langsung mampu memberi kemenangan bukan sahaja kepada calon itu tetapi juga kepada BN.

"Saya minta isteri yang suaminya menjadi calon supaya turut sama menyibukkan diri berkempen untuk suami masing-masing.

"Dengan adanya kerjasama dan sokongan bersepadu daripada pelbagai pihak, kita (BN) mampu pertahankan kepimpinan di negara ini termasuk mengambil semula Selangor daripada (pakatan) pembangkang," katanya.

Rosmah turut mengingatkan suri rumah agar sentiasa menyajikan makanan yang seimbang kepada keluarga kerana rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat.

"Saya menyeru kepada para ibu sekalian, sebagai suri rumah tangga kita harus bijak mengatur pemakanan keluarga supaya mereka sihat sejahtera," katanya. - Bernama

TERKINI NS! GEMPAR ! PR NS TERPAKSA TANGGUH UMUM CALON KALI KE-2 !!




16 Mac 2013 - Pakatan Pembangkang Negeri Sembilan sekali lagi mengecewakan 450 para penyokongnya yang menunggu sejak jam 7 petang tadi di Hotel City Kingdom , Seremban setelah mengumumkan tidak akan mengumumkan calon-calon mereka pada malam ini pada pukul 10 malam tadi oleh Cha Kee Chin Bekas ADUN Bukit Kepayang.

PR sebelum ini mewar-warkan akan mengumumkan calon-calon mereka serentak dengan pengumuman calon-calon Barisan Nasional pada hari ini (Selasa 16 April 2013) walaubagaimanapun gagal berbuat demikian tadi. Ini menyebabkan kira-kira 40 penyokongnya bertindak keluar dewan. Kekecewaan dikongsi rakan-rakan mereka dari PAS yang datang dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari Jempol, daerah paling hujung di Negeri Sembilan. 

Risikan MHS mendapati, calon-calon PAS dan DAP telah pun bersedia tetapi yang menjadi pertelingkahan adalah calon-calon daripada Parti Anwar Ibrahim, PKR. 

Sebanyak 4 atau 5 kawasan DUN dan 2 kawasan Parlimen dikatakan perlu diperhalusi semula dan mengalami masalah pertelingkahan sesama sendiri. 

Adakah PR NS takut akan calon-calon di bawah ini>?? 



PANAS Suam !!! Zulkifli Noordin Siap Sedia Kuburkan Dan Tumbangkan Pakatan !!!!



SHAH ALAM - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...