Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 17 April 2013

TERKINI !!! 15 Kumpulan Dikenalpasti Sebagai Pemberi Dana !!!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kira-kira 15 kumpulan penyeludup di Semporna, Sabah yang dipercayai terlibat membiayai pengganas Kiram dalam insiden pencerobohan di Sabah.

Menurut sumber keselamatan negara, kumpulan-kumpulan penyeludup itu dipercayai telah bergiat aktif sejak lebih 10 tahun lalu dan terdiri daripada mereka yang berbangsa Sulu dari Filipina serta menetap di negara ini dan negara jiran itu.

Katanya, kebanyakan mereka merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Mereka membawa masuk rokok, syabu dan senjata api ke Malaysia sejak sekian lama dan membawa pulang barangan subsidi seperti minyak masak, gula, beras serta tepung ke Filipina.

"Kumpulan-kumpulan ini telah menjadikan Kampung Simunul di Semporna sebagai 'syurga penyeludupan' dan wang hasil penyeludupan mereka itu digunakan untuk membiayai pengganas Kiram," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut sumber itu, kumpulan itu menyelinap masuk ke negara ini menggunakan bot dan akan diiringi kumpulan bersenjata api sebaik sahaja kembali memasuki perairan Filipina.

Katanya, barangan hasil kegiatan haram itu pula dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di Pulau Basilan berbanding harga barangan sama di Manila.

Kata sumber itu lagi, 32 lelaki bersenjata yang ditangkap ketika cuba memasuki perairan negara di pantai timur Sabah baru-baru ini juga dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penyeludup terbabit.

"Polis juga percaya kebanyakan rumah setinggan atas air yang terdapat di Semporna merupakan sarang kepada kumpulan-kumpulan penyeludup ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...