Semalan Teman di baginya soft Copy pada teman untuk di bubuh didalam blog Anak Jati Malaya tentang ketidakpuasan hati penduduk DUN Tronoh Tentang Calon yang diletakkan.
Teman Cume Nak MB Perak Baca Keluhan Rakyat Bawahan yang Inginkan MOKAN A/L SUPRAMANIAM Sbg Calon BN Dun Tronoh.Baca Surat Dibawah
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Kehadapan Yab Presiden Parti Barisan Nasional Perak ,Datuk Seri Diraja Zambry Bin Abd.Kadir.Hari ini saya sebagai penyokong setia parti ingin menulis satu surat buat datuk untuk dipertimbangkan tentang calon Dun Tronoh.
Saya dan rakan yang lain merupakan ahli parti bn yang begitu terkejut dengan pengumuman calon Bn yang telah diumumkan semalam di bangunan Umno Perak.
Kerana apa saya berkata sedemikian, untuk pengetahuan Datuk Seri calon parti yang kami sudah kenal sekian lama di Dun Tronoh iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM dari Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap calon boleh menang.Kami penduduk di DunTronoh begitu kesal dgn pengumuman yang telah dibuat semalam.
Untuk pengetahuan Datuk Seri ,hari ahad yang lepas parti komponen bn Batu Gajah telah mengadakan sidang media tentang calon yang akan bertanding.Untuk pengetahuan Ds Zambry pada sidang media tersebut Dun Tronoh yang merupakan kerusi tradisi calon Mca telah di berikan pada calon Mic iaitu MOKAN A/L SUPRAMANIAM
Yang menjadi persoalaan saya sekarang adalah kenapa calon Mca iaitu YIP SZE CHOY masih diletakkan sebagai calon di Dun Tronoh sedangkan kami amat berharaap MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga merupakan calon Mic diletakkan di Dun Tronoh.
Untuk makluman Datuk Seri, MOKAN A/L SUPRAMANIAM yang juga dirasakan akan mewakili calon Bn di Dun Tronoh merupakan calon yang kami anggap merupakan calon boleh menang , rapat pada awam serta dirinya dikenali dan disegani penduduk Di Dun Tronoh.Selain itu,semasa pemerintahan DAP di Tronoh kami banyak bergantung pada beliau untuk menyelesaikan masalah tempatan kami.
Kami penduduk Dun Tronoh begitu merasakan dukacita kenapa Calon Pilihan Kami iaitu Mokan tidak dipertandingkan di Dun Tronoh.Saya dan rakan yang lain mungkin akan membuat undi protes kerana membantah calon yang kami harapkan dapat membawa suara kami tidak dipertandingkan.
HARAP SURAT SAYA DIBACA OLEH PIMPINAN BN PERAK.KAMI DUKACITA DENGAN PENGUMUMAN CALON SEMALAM.HARAP MAKLUM
Ahmad Ali Bin Buang
Wakil Penduduk DUN Tronoh
No comments:
Post a Comment