DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Namun, apa yang bakal terjadi, ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri.
Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya. Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya.
Gambar Hiasan
Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar merka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu. Dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia.
Jadi di mana letakknya parti yang kononya memperjuangkan semua kaum itu. Inilah kotornya DAP termasuk pemimpinnya, dan inilah salah satu komponen Pakatan Rakyat. Oleh itu, BN meletakkan harapan kepada Dato’ Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP.
Ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan terbunuhnya kesenangan salah seorang kepimpinan DAP. Dan sekurang-kurangnya dapat memadamkan semangat chauvinis di dalam parti itu. Menurut mantan PM itu juga, Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor. Sehingga satu tahap, Singapura memberikan cuti dua hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP.
Mereka turut memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13. Sampai begitu sekali agenda dan permainan kotor DAP, sehingga melibatkan mereka yang berada di seberang. Tetapi percayalah, keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding bagi kerusi Gelang Patah pada PRU-13 ini boleh dilihat sebagai langkah penamat kepada karier politik pemimpin veteran pembangkang itu.
Sejarah 27 tahun lalu akan berulang apabila pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran pembangkang yang kononnya amat digeruni. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dijangka akan mengalami nasib sama seperti mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila karier politiknya berakhir selepas dikalahkan Kit Siang 27 tahun lalu. Apa yang berlaku pada Tan Sri Lim Chong Eu akan terjadi pada Lim Kit Siang kali ini. Jadi, sama-sama kita nantikannya.
No comments:
Post a Comment