Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 20 December 2012

~PANAS!!!Skandal Pemilikkan Tanah Didedah!!!~


Patut lah ye...Diceritakan, alkisahnya sebuah syarikat iaitu Upadaya Plantation Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setelah Nizar Royan dilantik menjadi MB Perak pada tarikh lahirnya yang ke 51 pada Mac 2008. Lebih 'da bomb' bila Ngeh dan Nga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat tersebut. 

dokumen:


moral of the story jgn tuduh kita kroni sebaliknya lihat balik pd diri kita sendiri...
cerita ada disini

~PERAK Negeri berpendapatan TINGGIIII!!!!~

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menjelaskan Perak mencatatkan akaun lebihan sejak empat tahun lalu, sekaligus menempelak pembangkang yang menggambarkan seolah-olah negeri ini berada di ambang muflis.

Menurut beliau, memanglah bajet yang dibentangkan setiap tahun menunjukkan defisit kerana ia hanya bajet anggaran dan bukannya defisit yang terkumpul setiap tahun. 

"Kita buat bajet defisit tetapi menjelang hujung tahun, hasil kita melebihi daripada perbelanjaan, mengakibatkan akaun sebenar kerajaan jadi lebihan, bukannya defisit,’’ kata beliau pada sidang media di sidang Dewan Negeri hari ini.

Beliau membidas pembangkang, khususnya Nga Kor Ming (DAP – Pantai Remis) yang seolah-olah tidak faham proses penyediaan bajet defisit

"Kalau sekiranya negeri membuat bajet defisit tetapi akaun sebenar juga defisit, itu sesuatu yang membimbangkan.

"Ini tidak berlaku di negeri Perak tetapi cuba digambarkan satu suasana yang cukup buruk, seolah-olah kerajaan Barisan Nasional cukup buruk, seolah-olah berada di ambang muflis, belanja lebih, rezab sudah tak ada, sudah kering. 

"Isu tentang kerajaan negeri nak bankrap dibangkitkan berkali-kali, saya tidak tahu di mana mereka mendapat perkiraan, saya tidak tahu prinsip ekonomi mana yang mereka rujuk atau prinsip akaun yang dia rujuk,’’ tambah beliau.

Dalam sidang media itu, beliau membidas sikap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui tweeter mengenai kononnya kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 35,000 ekar kepada syarikat Rahman Hydrolik

Menteri Besar menyifatkan kenyataan itu berunsur fitnah, penipuan dan sangat serius yang menggambarkan seolah-olah pembohongan dan penipuan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan wakil rakyat Pasir Panjang itu .

"Beliau berterusan seolah-olah tidak belajar dan seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dia, suka cakap berbohong dan suka memutarbelitkan kenyataan.

"Kalau hanya berdebat di dalam dewan untuk mendapatkan penjelasan tak apa tetapi ini disambungkan pula kepada tweeter,’’ tambah beliau.

Dr. Zambry menjelaskan tuduhan yang dibuat oleh Nizar itu yang pernah ditimbulan tiga tahun lalu tidak benar sama sekali dan ia telah dijelaskan beberapa kali tetapi dimainkan semula oleh pembangkang kerana pilihan raya umum akan datang.

"Kerana pilihanraya semakin hampir, mereka tidak rasa bersalah, terus menyeluarkan perkara-perkara yang sangat tidak bertanggungjawab, apa lagi, Pasir Panjang yang cukup terkenal dengan penipuan,’’ tegas beliau.

Beliau berharap pihak pembangkang menghentikan segala pembohongan dan jangan menjadikan sifat berbohong ini, mencerca dan mengaibkan orang sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Menteri Besar turut membidas Nizar yang berterusan menimbulkan isu syarikat Vale yang telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini. 

"Ingatkah saudara sekalian bahawa dia pernah berbohong bahawa beliau tidak pernah bersetuju Vale di Teluk Rubiah tetapi dia bersetuju Vale di Tanjung Hantu. Jadi saya kata kenapa Nizar berkata begitu sedangkan dulu dia bersetuju, dia mencabar saya untuk tunjukkan bukti mana yang menyatakan bahawa dia telah bersetuju.

"Dia terus cabar saya, maka saya tunjukkan surat, itu sahaja tapi semalam dalam tweet nya dia kata dalam ucapan bajet saya mengaku BN yang luluskan projek Vale,’’ kata beliau.

Menurut Dr. Zambry, isu yang diperdebatkan ialah bersetuju atau tidak bersetuju, tetapi malangnya Nizar sekali lagi cuba memutarbelitkan fakta dan cuba sekali lagi membuat pembohongan.

"Sepatutnya isu sudah habis dan biarkan Vale berjalan dengan baik dan dalam masa yang sama saya juga minta supaya Vale melaksanakan SCR dan juga juga ada local content,’’ tambah beliau

Budak Benteng


~GEMPAR!!!JASA GURU DIPERTIKAI LAGI~


Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main..

Time budak nak bertanding apa2 acara...
cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar
...
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit
....
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan.
...
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer.
..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu.
...
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER... yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi..
.
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah..
.
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah... cikgu jd

TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid
selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan..
.
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...

Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi
ke???? 

I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi...

besarnya jasa guru2 kan...jadi hormatilah mereka sbgmn kita hormat ibu bapa kita sendiri

~ZAMBRY MENGAMUK :PENJELASAN MENGENAI TUDUHAN NIZAR~



Tuduhan Nizar terhadap kerajaan negeri Perak kononnya memberi tanah kepada syarikat Rahman Hidraulik adalah tidak benar. Tanah di Pengkalan Hulu itu sebenarnya sudah diberi selama 30 tahun.

lihat video disini

~DERITA GAZA mendapat perhatian Malaysia~


 Lihatlah dunia penderitaan di bumi Palestin,apa kah peranan PBB bagi menyelesaiakn masalah yang sudah lama berlarutan di Bumi Palestin...Bayangkan lah jika berlaku di negara2 kita,apa petandanya.???

Sampai biler kuasa2 asing mahu berdiam diri.Siapa yang bertindak sebenarnya melaksanakan serangan...Apakah puncanya berlaku sedemikian...mohon renungan bersama.

Ayuh kita bantu,tak banyak sedikit pon jadilah.insyallah Islam pasti menang...Aminnn!!!


~BUANG PARASIT DALAM UMNO!!!SARANAN AKAR UMBI~


KITA terima pandangan pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan juga penyokong-penyokong untuk memberikan  fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.

Demi kemenangan parti,semua orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib `winnable candidate’.

Baca lagi di SINI.

~LIVE SIDANG DUN:DATO RAMLY ZAHARI JAWAB SOLAN MENGENAI JAMBATAN SUNGAI KINTA~



Menjawab soalan Adun Pinji Thomas Su, YB Dato Ramly Zahari setiap projek memerlukan 3K, pertama Kewangan, Kejuruteraan dan Keutamaan.

Projek Jambatan Sungai Kita dekat Pengkalan akan dimulakan sedikit masa lagi.


credit:http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/12/live-dari-sidang-dun-perak-dato-ramly.html

~GEMPAR!!!KAHWIN 4 Hari,Ahli politik cerai bini lepas KANTOI tak ada dara~


Bayangkan lah berpuluh ribu duhabis kan untuk persiapan untuk majlis perkahwinan.Cek punya cek tetiba si pompuan ni dah tkde dara.Bayang kan lah apa jadi nya nnti...Menyesal Tk sudah,tapi takpa kuota bg seorang lelaki adalah 4...heeehhhe

ikuti cerita dibawah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jakarta - Seorang ahli politik meninggalkan isterinya, Fani Oktora, 18, empat hari selepas mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan seks.

Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata:“Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan seks buat kali pertama.”

Katanya, dia mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu.

“Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya ‘membelinya’ saya dapati dia tidaklah seperti yang ‘diiklankan’ jadi saya pulangkan dia,” kata Aceng.

Perbuatan Aceng itu menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan.

Malah, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu. -

~Hukum Meninggalkan Solat Fardu~


Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut. 

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)


Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.


Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...