Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menjelaskan Perak mencatatkan akaun lebihan sejak empat tahun lalu, sekaligus menempelak pembangkang yang menggambarkan seolah-olah negeri ini berada di ambang muflis.
Menurut beliau, memanglah bajet yang dibentangkan setiap tahun menunjukkan defisit kerana ia hanya bajet anggaran dan bukannya defisit yang terkumpul setiap tahun.
"Kita buat bajet defisit tetapi menjelang hujung tahun, hasil kita melebihi daripada perbelanjaan, mengakibatkan akaun sebenar kerajaan jadi lebihan, bukannya defisit,’’ kata beliau pada sidang media di sidang Dewan Negeri hari ini.
Beliau membidas pembangkang, khususnya Nga Kor Ming (DAP – Pantai Remis) yang seolah-olah tidak faham proses penyediaan bajet defisit
"Kalau sekiranya negeri membuat bajet defisit tetapi akaun sebenar juga defisit, itu sesuatu yang membimbangkan.
"Ini tidak berlaku di negeri Perak tetapi cuba digambarkan satu suasana yang cukup buruk, seolah-olah kerajaan Barisan Nasional cukup buruk, seolah-olah berada di ambang muflis, belanja lebih, rezab sudah tak ada, sudah kering.
"Isu tentang kerajaan negeri nak bankrap dibangkitkan berkali-kali, saya tidak tahu di mana mereka mendapat perkiraan, saya tidak tahu prinsip ekonomi mana yang mereka rujuk atau prinsip akaun yang dia rujuk,’’ tambah beliau.
Dalam sidang media itu, beliau membidas sikap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui tweeter mengenai kononnya kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 35,000 ekar kepada syarikat Rahman Hydrolik
Menteri Besar menyifatkan kenyataan itu berunsur fitnah, penipuan dan sangat serius yang menggambarkan seolah-olah pembohongan dan penipuan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan wakil rakyat Pasir Panjang itu .
"Beliau berterusan seolah-olah tidak belajar dan seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dia, suka cakap berbohong dan suka memutarbelitkan kenyataan.
"Kalau hanya berdebat di dalam dewan untuk mendapatkan penjelasan tak apa tetapi ini disambungkan pula kepada tweeter,’’ tambah beliau.
Dr. Zambry menjelaskan tuduhan yang dibuat oleh Nizar itu yang pernah ditimbulan tiga tahun lalu tidak benar sama sekali dan ia telah dijelaskan beberapa kali tetapi dimainkan semula oleh pembangkang kerana pilihan raya umum akan datang.
"Kerana pilihanraya semakin hampir, mereka tidak rasa bersalah, terus menyeluarkan perkara-perkara yang sangat tidak bertanggungjawab, apa lagi, Pasir Panjang yang cukup terkenal dengan penipuan,’’ tegas beliau.
Beliau berharap pihak pembangkang menghentikan segala pembohongan dan jangan menjadikan sifat berbohong ini, mencerca dan mengaibkan orang sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.
Menteri Besar turut membidas Nizar yang berterusan menimbulkan isu syarikat Vale yang telah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini.
"Ingatkah saudara sekalian bahawa dia pernah berbohong bahawa beliau tidak pernah bersetuju Vale di Teluk Rubiah tetapi dia bersetuju Vale di Tanjung Hantu. Jadi saya kata kenapa Nizar berkata begitu sedangkan dulu dia bersetuju, dia mencabar saya untuk tunjukkan bukti mana yang menyatakan bahawa dia telah bersetuju.
"Dia terus cabar saya, maka saya tunjukkan surat, itu sahaja tapi semalam dalam tweet nya dia kata dalam ucapan bajet saya mengaku BN yang luluskan projek Vale,’’ kata beliau.
Menurut Dr. Zambry, isu yang diperdebatkan ialah bersetuju atau tidak bersetuju, tetapi malangnya Nizar sekali lagi cuba memutarbelitkan fakta dan cuba sekali lagi membuat pembohongan.
"Sepatutnya isu sudah habis dan biarkan Vale berjalan dengan baik dan dalam masa yang sama saya juga minta supaya Vale melaksanakan SCR dan juga juga ada local content,’’ tambah beliau
Budak Benteng

No comments:
Post a Comment