Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 26 November 2012

~RUMAH DITENGAH LEBUH RAYA~

Lazimnya, di sepanjang lebuh raya, tidak dibenarkan terdapat sebarang binaan lain kecuali pondok-pondok tol sahaja..Namun, di China, terdapat sebuah bangunan kediaman 'tertinggal' di tengah-tengah lebuh raya..Nak tahu kenapa jadi macam tu, meh baca kat bawah ni..



Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.

Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.

Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.




~RAHSIA BESAR DIDEDAH...APAKAH???~




KUALA LUMPUR - Masyarakat dunia digesa menolak peperangan dan budaya keganasan dalam menyelesaikan konflik politik bagi memastikan keamanan dan kemakmuran global dapat dicapai.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad berkata, masyarakat dunia hari ini boleh mencontohi pendekatan Malaysia menangani konflik di kalangan negera-negara Asean.

"Malaysia sentiasa mengelak konfrontasi di kalangan negara-negara jiran. Kami sentiasa mengambil pendekatan rundingan untuk menyelesaikan segala masalah atau tuntutan bertindih.

"Ini adalah rahsia kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan di rantau ini. Peperangan bukan jalan penyelesaian walaupun Malaysia mampu untuk berperang," katanya sambil berseloroh di hadapan jemputan 'UMNO's International Forum' sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara yang melampau dan ekstrem meletakkan masyarakat dalam ketidakstabilan.

Dakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.

Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat dan negera.

Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti jika masing-masing tiada sepakat untuk mengekalkan keamanan demi kemakmuran negara. Apabila kepentingan peribada mengatasi kepentigan negara.


~HIMPUNAN ANTI LYNAS MENYUSAHKAN~

TENGOK TAJUK SEMUA SUDAH TAHU KAN.GERAM DAN BENGANG PON ADA APABILA SUASANA 13 MEI SENGAJA DICETUSKAN KEMBALI OLEH GOLONGAN2 TERTENTU.SANGAT GERAM .




LAGI SANGAT GERAM APABILA KANAK-KANAK KECIL YANG TIDAK TAHU APA SEBENARNYA POLITIK DAN LEBIH KESIAN KANAK SEAWAL-AWAL UMUR 3-7 TAHUN TELAH DIBAWA SEMASA MENJALANKAN PROTES.


MUNGKIN KERANA APABILA TERJADI RUSUHAN KANA2 SEBEGINI AKAN DIPERGUNA DI BARISAN HADAPAN SEKALI BAGI MEMBANTUTKAN PENAHANAN KEPADA PESALAH.

LAGI SANGAT GERAM APABILA RATA-RATA YANG MENGHADIRI BANTAHAN LYNAS NI RATA-RATANYA DARI GOLONGAN CINA SENDIRI.ANAK JATI SANGAT PELIK APABILA SANGGUP BERJALAN KAKI DAN MEMBUAT JALAN SESAK TERUK.


MALAS NAK CERITA TENGOK SAHAJA DISINI:http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/11/lagi-gambar-gambar-anti-lynas-ke.html DAN http://daengselili.blogspot.com/search?updated-max=2012-11-26T10:00:00%2B08:00&max-results=2

~STRATEGI TUN M UTK UMNO / BN MENANG 2/3 PARLIMENT~



UTUSAN: Lebih kurang setahun lalu Tun ada bercakap kepada media bahawa Tun masih bimbang dan pesimis terhadap UMNO. Bagaimana pandangan Tun sekarang?
MAHATHIR: Saya melihat UMNO berada lebih baik berbanding setahun yang lalu. Saya fikir mereka semakin memahami keadaan kerana jika mereka masih belum berubah maka UMNO dan BN akan kalah. Dalam keadaan ini semua pihak akan rugi.
Adakah Tun melihat UMNO dan BN akan berjaya memenangi semula negeri yang tewas pada pilihan raya 2008?
Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat - kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan juga Kelantan. Namun semua itu terpulang kepada UMNO itu sendiri.
Di Kelantan terutamanya, kerana di negeri itu pemimpin UMNO selalu sahaja merendah-rendahkan mereka yang dipilih sebagai calon. Perkara sama juga berlaku seolah-olah ia satu budaya di negeri-negeri lain. Itu adalah antara faktor utama yang boleh menjatuhkan UMNO.
Bagaimana dengan Datuk Nik Aziz. Beliau telah memimpin Kelantan lebih daripada 22 tahun?
Apa yang anda lihat adalah sebelum ini tiada sesiapa yang berani mengkritik Nik Aziz. Langsung tidak ada yang berani. Namun sekarang terdapat ahli mereka yang sudah berani mengkritik beliau. Ini membuktikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menjadi sasaran kritikan.
Pengaruh Nik Aziz juga sudah semakin merosot kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang hakikatnya tidak selari dengan ajaran Islam.
Bagaimana Tun melihat perubahan UMNO terutamanya yang melibatkan generasi muda?
Saya dapati orang muda yang jadi masalahnya. UMNO sendiri tidak dekat pada mereka. Saya sendiri dekatkan diri pada mereka, bila saya bercakap, mereka positif dengan perjuangan UMNO, mereka ada kritik kerana mereka anggap UMNO korup dan sebagainya. Sebahagian kritikan memang berasas, tapi mereka sedar betapa pentingnya UMNO.


Maksudnya mereka tak tolak UMNO?
Mereka marah pasal pemilihan Majlis Tertinggi. Nampak jelas ada korupsi yang berleluasa, tapi cara ia ditangani tak begitu baik. Ada orang yang didapati korup tak dibenarkan pegang jawatan, tapi ada yang boleh terus pegang jawatan dalam kerajaan. Ada pula yang tak ada halangan, walaupun memang korup.

Bagaimana Tun melihat perubahan yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak?
Beliau bekerja keras, saya fikir memang ada kesan. Dan harap dengan cara-cara (yang dilakukan Najib), beliau boleh menang.
Macam mana peranan sayap-sayap UMNO. Adakah Pemuda, Puteri dan Wanita sudah menjalankan perubahan yang diharapkan?
Belum memuaskan, Pemuda nampak tidak begitu aktif. Kadang-kadang ada perjumpaan di bahagian, tetapi saya nampak Pemuda tak ambil bahagian pun. Wanita ini biasanya lebih bersemangat, Puteri pun macam itu juga.
Terdapat mereka yang sudah menjadi liabiliti dalam UMNO tetapi masih mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apa pandangan Tun?
Saya punya pendapat, masing-masing mesti menilai diri. Kalau kita berpendapat kita tidak lagi menguntungkan parti, kita jadi sasaran dan macam-macam lagi. Saya ingat kita perlu undur diri sendiri. Saya sendiri letak jawatan, ada orang tanya kalau saya jadi Perdana Menteri (semula) apa saya nak buat, saya (jawab) letak jawatanlah.
Mungkin Tun ada sebarang nasihat kepada Nik Aziz?
Dia janji bila saya letak jawatan, dia akan turut sama meletak jawatan. Satu masalah tentang mereka ini adalah mereka tidak mengotakan janji yang telah dibuat. Beliau sepatutnya menjadi contoh yang baik kerana beliau adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya.
Adakah Tun serius Pulau Pinang mampu ditawan semula. Ini kerana ada dakwaan bahawa Ketua Menterinya dianggap sebagai tokong dan mampukah BN menang dengan majoriti 2/3?
Terdapat mereka yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menterinya. Namun kita akan lihat nanti. Sebenarnya hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan negeri adalah sangat penting. Jika pakatan rakyat menang sudah tentu Lim Guan Eng akan dilantik semula sebagai ketua menteri. Tetapi jika Kerajaan Pusat yang saya lihat akan tetap dimenangi BN, sudah tentu hubungan tidak akan begitu baik.
Namun saya harap mungkin (BN) boleh menang majoriti 2/3 namun ia sukar diagak ketika ini. Ini kerana banyak kelemahan yang telah dilakukan oleh pemimpin selepas saya. Sekarang ini banyak kakitangan kerajaan yang menolak UMNO dan BN. Pada zaman saya dahulu sokongan kakitangan kerajaan adalah kuat.
Dengan perubahan politik semasa, ditambah dengan serangan pihak luar, mampukah UMNO bertahan lagi untuk tempoh yang panjang?
Saya berpendapat serangan pihak luar sebenarnya menguntungkan UMNO. Umpamanya mereka ini gemar menyokong parti dan media lawan, bermakna mereka sudah jadi alat kuasa asing. Adakah orang Malaysia suka kerajaan yang jadi alat kepada pihak asing? Saya fikir rakyat Malaysia bijak. Takkan mereka ini suka pada pihak yang bagi sokongan kepada kuasa hanya kerana mereka memberi wang dan memaksa supaya dilakukan regime change.
Boleh Tun komen sedikit tentang banyak pihak pembangkang sudah kembalinya menyokong BN atas faktor Najib. Tetapi mereka di peringkat ketua bahagian dan ketua cawangan UMNO masih berperangai lama?
Itu yang kita cuba sedarkan pemimpin di peringkat bahagian, cawangan. Ini sebenarnya satu masalah bagi UMNO, oleh kerana pemimpin begini nak jaga kedudukan mereka. Mereka tak benarkan orang yang lebih layak daripada mereka masuk UMNO, sehinggakan orang ini kecewa dan akhirnya masuk Pas. Dahulu Pas takda golongan profesional seperti doktor, peguam, dan sebagainya. Sekarang ini sudah banyak, sebabnya nak masuk UMNO tak boleh. Itu yang menyebabkan banyak orang tak senang hati. Najib OK, tapi yang lain bagaimana?
Perlukah perlembagaan diubah supaya pemimpin sebegini tidak dibenarkan memegang jawatan terlalu lama, mungkin untuk dua atau tiga penggal sahaja?
Yang itu terpulang kepada kajian. Kalau pada masa saya dulu jika perkara ini dilakukan, saya tak dapatlah memerintah selama 22 tahun. Mungkin saya hanya memegang jawatan lebih singkat, tetapi terdapat banyak kerja yang nak dilakukan.
Ini adalah persidangan UMNO terakhir sebelum pilihan raya. Apakah persediaan UMNO sudah mencukupi pada pandangan Tun?
Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa, mungkin kita akan kalah. Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang.
Masalah UMNO ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham.
Isu calon adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ini kerana ada pihak yang akan boikot dan sebagainya, seolah-olah sudah menjadi barah termasuklah dalam parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Mungkin ada cara penyelesaian yang sesuai?

Parti macam manusia juga, manusia bila sudah tua dapat sakit barah, kalau dia tak potong cepat-cepat, ia akan merebak. Parti akan mati kalau dia tak buang barah. Kalau parti mati dia (manusia) pun matilah.
Sebagai pemimpin yang pernah berkhidmat sebegitu lama untuk masyarakat, apakah amanat yang Tun ingin sampaikan kepada orang Melayu di luar sana yang terpengaruh dengan dakwaan pembangkang?
Orang Melayu harus sedar, penggunaan isu tertentu untuk menyokong mana-mana pihak bukan kerana isu itu penting, tapi kerana orang itu guna isu untuk kepentingan mereka. Kalau orang Melayu faham perkara ini, mereka akan selamat. Tapi kalau mereka terbawa-bawa dengan isu ini, umpamanya UMNO dan BN dah memerintah 55 tahun berilah peluang pada orang lain, mereka akan kata ia dilakukan bukan kerana mereka percaya.
Kalau pembangkang jadi kerajaan, mereka pun tak nak ditukar juga. Isu sebegini hanya digunakan untuk mendapat sokongan, bukan kerana dia nakkan perubahan.
Najib bukanlah pilihan awal sebagai pengganti Tun namun bagaimana Tun melihat beliau sekarang dan apa komen ikhlas mengenai beliau?
Sudah tentu beliau telah melakukan kerja dengan cemerlang. Jika kita tidak menyokong beliau bagaimana beliau akan membuat kerja dengan tenang. Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya.
Yang penting sekarang adalah menang dalam pilihan raya akan datang. Saya menyokong Najib dan dalam ceramah saya ke seluruh Malaysia, saya beritahu adalah penting untuk menyokong beliau untuk menang dalam pilihan raya.
Apakah senjata terakhir pada pandangan Tun untuk UMNO menang dengan majoriti 2/3?
Kalau saya cerita habislah, (ketawa). Secara umumnya banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat kemenangan 2/3. Bukan dengan hanya satu perkara kita buat maka semua masalah selesai. Masa saya dulu, banyak benda kita buat sebagai strategi. Saya fikir Najib masih ada ruang untuk bergerak.
Dalam negeri-negeri yang dikuasai UMNO, negeri mana yang Tun rasa boleh menang dengan selesa?
Saya lihat Johor akan menang, tapi mungkin ada kekurangan sedikit,d ulu Johor menang 100 peratus. Sabah agak kuat juga tapi ada sedikit pergolakan, tapi saya fikir masalah ini boleh diatasi. Yang lain terutama yang cukup-cukup makan, saya ingat masih boleh menang, tapi tak boleh kata gerenti menang atau 100 peratus menang.
Apakah Tun akan aktif berkempen untuk UMNO selepas ini terutama pada pilihan raya akan datang?
Kalau boleh saya memang mahu melakukan dengan aktif. Saya telah menyatakan akan terus memberi sokongan sebelum meletakkan jawatan dahulu. Namun setengah jalan saya berhenti kerana kepimpinan dalam UMNO yang terlalu teruk. Malah saya tidak dibenarkan untuk berkempen.
Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya untuk menang dan kemudian dipilih sebagai Presiden dan kemudian Perdana Menteri. Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti.

~NAJIB MAHU DEDAH imej sebenar PAS di AGM!!!~


 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam.
 
Perdana Menteri berkata, sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang jati diri Pas yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.
 
"Pas perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan Barisan Nasional, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno.
 
"Kalau kita dapat mengetengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama di kalangan orang Melayu," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
 
[LAGI BERITA DI SEGMEN POLITIK DAN WAWANCARA PENUH DI SEGMENWAWANCARA
 
Beliau mengulas tindakan Pas mendoakan kehancuran Umno dan BN pada Muktamar Pas 2012 yang berlangsung baru-baru ini, dan bagaimana beliau mahu anggota Umno memberi reaksi kepada perkara itu.
 
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata, pelbagai pendapat yang tidak sekata dalam kalangan parti Pakatan Rakyat membuatkan rakyat masih kabur dengan bentuk dasar yang bakal diamalkan dan hala tuju mereka jika ditakdirkan memerintah nanti.
 
Katanya, parti mana yang akan menjadi lebih dominan juga tidak dapat ditentukan, namun memberi jaminan BN dan Umno akan meneruskan dasar serta hala tuju yang telah dibentangkan kepada rakyat.
 
"Dalam pakatan itu ada parti yang nak asas perlembagaan kita dipinda. Sebab DAP dengan ideologi Malaysian Malaysia yang tidak menerima prinsip dan semangat Perlembagaan. Dan kita ada Pas yang nak wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya kerana definisi negara Islam itu pun masih kabur lagi.
 
"Ketiga, ada PKR yang memperjuangkan pendirian yang boleh disangsi termasuk kefahaman yang terlalu liberal dan pluralisme yang juga boleh menimbulkan banyak kontroversi.
 
"Dalam BN, kita boleh jamin dasar kita konsisten. Apa pun akan berlaku, kita ada jaminan bahawa hala tuju dan dasar yang telah dibentang kepada rakyat dapat kita teruskan. Tapi, pembangkang penuh risiko, tanda tanya dan kesangsian. Sama ada kita sanggup memperjudikan masa depan kita, itu menjadi soal pokok," tegasnya.

Dalam wawancara selama sejam itu, Najib turut menyentuh tindakan ketua pembangkang yang cuba merayu campur tangan pihak luar dalam pilihan raya negara ini, dan berkata ia seolah-olah menafikan amalan demokrasi yang selama ini berjalan dengan baik.
 
Ditanya sama ada langkah itu dilakukan kerana pembangkang yakin mereka tidak mampu memenangi PRU13, beliau berkata, atas sebab itulah pembangkang cuba menyediakan minda rakyat bahawa proses pilihan raya negara itu tidak telus.
 
"Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil. Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU13)," katanya.
 
Mengulas kritikan sesetengah pihak bahawa BN dan Umno tidak cukup agresif dalam menghadapi ibu segala pilihan raya terutama dalam melawan segala dakyah dan tohmahan pembangkang, Najib berkata, selaku kerajaan yang memerintah, perlu ada batasan dan sifat tanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil.
 
"Pembangkang lain, dia tak ada sempadan termasuk nak lempar fitnah, beri fakta palsu dan sebagainya. Pembangkang boleh buat. Tapi kita dalam kerajaan kena ada rasa tanggungjawab dalam apa-apa yang kita nak lakukan. Itu mungkin menggambarkan seolah-olah kita tak agresif," katanya.  - Bernama

~haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud ~

Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah. Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa’amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia. Jikalau PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah umat Islam menyokong sekutu politiknya?

Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam? Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.


Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan ‘tahaluf siyasi’. PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’.


PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu. Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.


Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk ‘cium mulut’ dengan DAP. Tidakkah PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?


Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu? Tidakkah insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?


DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu. Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka.


Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut. Berduyun-duyunlah pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.


Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno! Daripada pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula. Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.


Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra. Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia. DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya. Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini.


Jika mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP. Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu. Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.


Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara sendiri. Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.


sumber:http://www.facebook.com/groups/275467852464505/permalink/526097244068230/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget