Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 29 April 2013

PANAS TERIK !!! EDISI MENGARUT !!! KHALID IBRAHIM CADANG GUNA SUNGAI SELANGOR ATASI MASALAH AIR!!!


SHAH ALAM - Dengan hari mengundi tinggal kurang seminggu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil dengan rancangan menakung sebahagian daripada Sungai Selangor untuk mengatasi krisis air di negeri ini.

Idea berkenaan adalah yang terbaru dalam siri cadangan-cadangan yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan beliau sejak lima tahun lalu, namun tidak satu pun menjadi kenyataan.

Khalid berkata sebahagian Sungai Selangor di Bestari Jaya bakal dimajukan dengan kaedah takungan bagi menghasilkan sumber air mentah untuk Lembah Klang.

Aktivis yang dihubungi menyifatkan idea Khalid itu sebagai kartun. Menteri Besar Selangor itu turut didesak tidak melontar cadangan tanpa disokong dengan kajian terperinci.

Khalid membuat cadangan itu di ambang pilihan raya umum kerana terpaksa menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Bantahan kerajaan negeri terhadap empangan itu telah melengahkan usaha kerajan persekutuan untuk memastikan Selangor tidak mengalami krisis air pada tahun depan.

Khalid mendakwa cadangan terbaru beliau untuk mengguna Sungai Selangor akan mengisi keperluan 20 peratus air di Lembah Klang.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengkaji kaedah untuk mengepung air hujan di sungai itu.

“Kajian itu mendapati, air hujan akan masuk ke sungai seterusnya ke laut. Kita terus ke laut sebab jika terlalu banyak ia akan berlaku banjir,” kata beliau.

Bagaimanapun, Menteri Besar tidak menghuraikan apa yang dimaksudkannya namun berjanji memberi butiran lanjut dalam dua atau tiga bulan.
 

PANAS TERIK !!! APA DATO HAMIDAH DENGAN DATO AC MIZAL BUAT NI SEHINGGA KANTOI DENGAN...!!!





Kempen hari ke-8 menjadi kempen yang paling meriah apabila penyanyi, pelakon, pengacara terkenal Dato AC Mizal turut memberi sokongan kepada Dato Hamidah di seluruh Dun Sungai Rapat.

AC Mizal mengikut kempen Dato Hamidah hampir disemua 10 tempat termasuk sarapan pagi dan diakhiri dengan berkempen di Taman Pinji Mewah.

Maklumbalas daripada penduduk amat memuaskan kerana majoriti penduduk menyatakan sokongan kepada calon BN N43 Dun Sungai Rapat Dato Hamidah Osman.




[Video] Macai Bersih Berhimpun Di Muar!!!




Inilah tindakan terdesak calon Pakatan Rakyat di Parlimen Muar bila calon PKR, Hizwan membuat kira-kira beliau tidak dapat mengalahkan calon penyandang dari BN, Datuk Razali Ibrahim hingga membuat provokasi dengan mengimport budaya liar ke bandar Muar dan ke dalam masyarakat Muar yang sebelum ini hidup aman damai.

Inilah budaya yang diamalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan diserapkan melalui calon-calon Pakatan Rakyat di setiap parlimen dan DUN diseluruh Malaysia. Bila mereka merasakan mereka sudah tidak boleh menang lagi di Parlimen Muar dan penduduk serta rakyat Muar menolak calon Pakatan daripada PKR. Inilah caranya yang mereka guna. Cuba mewujudkan suasana tidak aman dan membuat huru-hara.

Bagi rakyat Muar yang arif lagi bijaksana... Fikirlah dengan matang dan waras... Adakah pemimpin seperti ini yang dimahukan menerajui Muar... Lihat sajalah apa yang dah jadi di parlimen jiran Parlimen Bakri... Rumah urut dan pusat judi berkomputer tumbuh bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan... Ia secara tidak langsung menambah lagi gejala tidak sihat dan masalah jenayah dalam kawasan kediaman dan tempat tinggal...

VIDEO PANAS !!! PELAJAR DIBELASAH serta DITOMOI TERUK SEHINGGA LUNYAI !!!



 Nak tahu lebih lanjut, Baca disini..

PANAS!!! BETULKE ,Kecoh Orang Kanan Anwar Kena MAKI ?!!!



Nampak gayanya Anwar kini benar-benar marah dengan apa yang sedang berlaku.Dari bunyi-bunyi yang kini sedang tersebar di Permatang Pauh diberitakan orang kanan Anwar teruk kena maki semuanya gara-gara tak pandai jaga kawasan.

Si orang kanan ini pun katanya dah sampai ke tahap bebal apabila tiap kali berlaku sesuatu yang tidak menguntungkan parti , beliaulah yang akan menjadi mangsa sedangkan hakikat sebenarnya segala kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh Anwar sendiri.

Ada juga sumbar mengatakan akan berlaku sesuatu yang lebih dasyat lagi selepas ini melibatkan jentera Anwar sendiri namun apa yang akan berlaku dan sejauh mana kebenaran maklumat ini tidak dapat di pastikan lagi.Maklumlah kalau setakat cakap-cakap ni macai-macai pembangkang bukan nak percaya ye tak ?

BACA LAGI SINI

PANAS !!! Video Terlampau Lim Kit Siang PULAK DAH...!!!




Lim Kit Siang dihalau penduduk Gelang Patah, Johor ketika cuba untuk berkempen kepada pengundi kawasan itu.



MACAM GAMPANG !!! LAGI FITNAH UNTUK MEMBURUKKAN PENYELARAS UMNO [BACA SINI]


Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri hari ini menafikan kain rentang yang bertajuk 'Skandal Seks Mustafa Ali' dipasang oleh Barisan Nasional (BN).

Nasir, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata kain rentang berkenaan di persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Jalan Lapangan itu dilakukan oleh pihak tertentu dipercayai untuk mensabotaj BN.

"Semasa saya melalui jalan tersebut, saya terkejut melihat poster yang tidak bertanggungjawab itu terpampang di persimpangan jalan berkenaan.

"Saya pasti itu bukan dilakukan oleh orang BN tetapi oleh pihak lain sebagai sabotaj kepada parti BN," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke pejabat Biro Bernama Terengganu, di sini hari ini.

Kain rentang itu yang tertera perkataan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyalaras Umno DUN Seberang Takir' dikesan di pasang awal pagi ini sebelum diturunkan pada lewat tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Umno Seberang Takir yang diketuai Datuk Ahmad Razif Abd Rahman membuat dua laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang tadi di Balai Polis Gong Badak di sini berhubung kain rentang berunsur fitnah itu.

Beliau berkata pihaknya mula mengesan kain rentang yang tertera 'Berdosa undi PAS, undi PAS masuk neraka' dan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyelaras Umno DUN Seberang Takir' itu awal pagi tadi.

"Saya yakin fitnah dan tohmahan itu dilakukan untuk menjatuhkan maruah saya sebagai calon di kawasan itu dan memburukkan parti BN," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama 20 penyokong BN di sini.

Ahmad Razif berkata terdapat sebanyak 12 kain rentang itu dinaikkan di kawasan-kawasan sekolah dan berhampiran kem tentera oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan nama BN. Menurutnya individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memilih lokasi itu untuk menarik perhatian para pendidik dan ibu bapa.-Terengganu Today

PANAS TERIK [WAJIB BACA] !!!! ADAKAH PERISTIWA 13 MEI DAN PRU 13 SATU KEBETULAN ATAU PERANCANGAN JAHAT ZIONIS !!!


Bibit-bibit 13 Mei Telah Bermula Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali. Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri. 


Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei. Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. 

Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai. Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya. Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. 

Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini. Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang. 

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12. Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu. 

Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu. Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka. 

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina. Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. 

Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka. Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan. 

Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya. Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu. 

Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah? Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. 

Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969. Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia. Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini. Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak. 

Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con. Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi. Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia. Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’ dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran. 

Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas. Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’. Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik. 


Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh dengan pantas, bagaikan kesan domino. ‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya. Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa. Antaranya, Financial Times pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku. PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih”. 

Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam.” Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring”. 

Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan. Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’. ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan, iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya. 

Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya. Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu. Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca. Adakah kita sudah bersedia?

PANAS !!! MUAMMAR GHADAFI DIISTIHAR MENANG BESAR P057 ????



BARISAN Nasional (BN) yakin bakal merampas kembali kerusi Parlimen Parit Buntar termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau dan Titi Serong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.

Calon BN Parlimen Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, buat masa ini tahap jentera BN yang turut dibantu beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) begitu hebat serta tersusun.

"Insya-Allah sokongan rakyat akan dapat disatukan serta merampas kembali kerusi P057 (Parit Buntar), N08 (Titi Serong) dan N09 (Kuala Kurau)," katanya selepas Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Bagan Serai, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di daerah Kerian.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kepimpinan parti di atas kepercayaan kepada orang muda untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.

"Dengan adanya semangat baru ini dan kombinasi kerjasama dengan orang lama yang berpengalaman di DUN Kuala Kurau dan Titi Serong serta orang baru di Parlimen, Insya-Allah sokongan setiap golongan masyarakat akan bertambah.

"Kita tengok makluman balas daripada orang muda pun cukup baik dan mereka akan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka (golongan muda) merasakan ini salah satu platform bagi orang muda untuk menyuarakan pandangan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta rakyat di Parit Buntar.

"Insya-Allah jika dilihat peluang kita amat baik. Kedua-dua calon DUN Kuala Kurau iaitu Cikgu (Mohd) Salleh (Mat Disa) dan DUN Titi Serong, Abu Bakar (Mat Ali) adalah mereka yang sentiasa bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat.

"Kedua-dua mereka walaupun tidak terpilih pada pilihan raya umum yang lalu, namun mereka tetap bekerja atas semangat BN," katanya.

PANAS TERIK !!! Pas Sg Rokam Meneruskan Provokasi Cetus Huru Hara !!!


29 April Pas sg rokam masih memasang banner Dato Kamelia bekas Naib Ketua wanita Malaysia, dengan tujuan provokasi yang mencetuskan huru hara di Sg Rokam. Dengan kehadiran SPR dan Polis yang gagal mengawal kemarahan kedua dua pihak bertanding membuatkan penyokong BN bertindak menurunkan salah satu banner dan dihalang oleh pihak polis apabila cuba menurunkan banner yang kedua.

Sebenarnya banner tersebut sudah dipasang semalam namun atas desakan penyokong BN, pihak Spr telah mengarahkan ianya diturunkan. Namun kedegilan pihak pas telah memasang kembali banner tersebut hari ini.

Pihak pas seolah olah cuba memetik api kemarahan dan mahu mengundang huru hara. Strategi pas ialah mahu masyarakat fokus kepada Dun Sg Rapat ini menampakkan bahawa mereka mahu mempopularkan calon mereka yang langsung tidak dikenali oleh pengundi.

Menurut sumber jurucakap yang hadir semasa perbincangan diantara pihak spr dan wakil parti berlakunya tuduh menuduh antara spr dan pihak polis dimana spr menyalahkan pihak polis yang tidak memaklumkan kepada spr berkenaan laporan pihak BN yang tidak berpuashati berkenaan banner provokasi tersebut. Manakala pihak polis pula menyalahkan pihak Spr.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...