Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 17 December 2012

~PANAS !!! TOLAK NAJIB NOK MUHYIDDIN??? PELEKAT BERSEPAH MERATA TEMPAT??~


Pelekat

Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

~WAJIB BACA!!2 BESEN DIBUANG SEBAB UMNO!!~



"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.

Itulah kata-kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti UMNO dan PAS tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam.  Teman bersetuju dengan ustaz.  Cuma ahli-ahli PAS terlalu taksub hingga melupakan agama Islam sebagai tunggak perpaduan sesama umat.  Taksub hingga boleh mengkafirkan sesama Islam itu sendiri.  Teman pikio deme ni dah sesat sampai boleh deme kata Nik Aziz tu nabi pulak.  Tak ke sesat tu!  Lepaih tu, boleh doa-doa sesama Islam KO KO..  Lepaih tu boleh pulak keluarkan fatwa yang bukan-bukan.  Allah akan tunjukkan kebenarannya ustaz.  Ustaz teruskan perjuangan untuk menyatukan umat Islam di Malaysia.  Teman sokong 1000000000 peratus.

Teman harap kome baca kata-kata Mufti Perak ni kat bawah:

"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," Tan Sri Harussani Zakaria.


~kecil2 dah pandai 18sx...apa kes!!!

Ketika melihat gambar-gambar ini, ada sebuah soalan yang menggelayut dalam hati saya iaitu: "mereka belajar di mana ...?" Bersama-sama nonton BF dengan orang tuanya atau nonton realty show adegan panas orang tua mereka. Ada pepatah mengatakan "belajar waktu kecil bagai menulis diatas batu, belajar waktu tua bagai menulis di atas air" jadi berhati-hatilah jika Sampeyan sudah punya anak, jangan sampai apa yang Sampai lakukan yang betul anak-anak belum saatnya mengetahui, Sampeyan lakukan di depan mereka . Jika tidak, maka yang akan terjadi seperti gambar-gambar di bawah ini







~Felda saman, Mazlan sedia ke mahkamah~


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mempertahankan dakwaan bahawa Felda menjual minyak sawit mentah kepada syarikat Israel. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga tidak akan memohon maaf, menarik balik dan menawarkan pampasan setimpal kepada Felda seperti yang diminta Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Kalau Felda minta 
saya minta maaf dalam masa 14 hari, saya tak akan buat begitu.

"Saya tak akan berganjak dari dakwaan saya dan saya bersedia dengan bukti lengkap untuk dibawa ke mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Felda pada semalam dan kelmarin menghantar notis tuntutan kepada Mazlan, akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Dalam notis tersebut, Felda memberi tempoh 14 hari kepada pihak terbabit untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

Jika pihak terbabit gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan tersebut menunjukkan Felda berada dalam keadaan terdesak.

"Ini hanya menampakkan Felda terdesak sehingga mengambil tindakan undnag-undang sedangkan kita ada bukti.

"Saya juga berasa lucu dengan kenyataan Isa Samad bahawa invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan kelapa sawit.

~gempar!!menteri di himpunan kebangkitan rakyat di Sri iskandar~

kesian..budak2 diguna utk politik...

hmmm memang best lar...kikiki...apa kan tidak ujan je,dengan lecaknya...tapi apa yg boleh di kongklusi kan adalah banyak org luar berbanding org dlm perak sendiri dr perak...

lagi pelik sanggup bawak org luar dr perak utk berceramah.yang berceramah pasal kelantan kenapa...inikan perak...aduhai ...balil2 royalti2...hotak ko...

yg lagi pelik niza ni tak abis2 nak spin pasal yg cina mati di pejabat sprm..heheh...lepas tu boleh plk timbul isu pasal kilang yg merbahaya di meglembu,perak.

hah kalau korang tak caya org luar kome tgk ye gmbr kt bwh ni..



hah kenal ke dia ni yop2 semua ...hah paling nak tergelak boleh plk dia kata roh tunku abd rahman suruh dia berceramah pada malam tu...merepek je..lpas tu sume terdiam....makin tua makin nyanyuk...kikiki...maklumlah bile tak dpt projek mulala nak kuar pastu sertai pr...aduhai...

~BELUM PUAS...DAH NAK YG BARU???APA KES~


APA KES NI BELUM PUAS DAH NK BUAT YG LAIN..
ADUHAI..

Stadium belum bina, Lebuhraya belum siap dah kerajaan Kelantan keluarkan lagi janji baru. Nik Aziz nak bina keretapi laju dari Kelantan ke KL yang hanya mengambil masa sejam untuk sampai.

Buat lawak lagi rupanya angan-angan mat jenin MB Kelantan ni. Bagi setel satu per satu dulu boleh tak kalau pun nak buat janji baru. Muak lah nak dengar!

Tak ada siapa yang nak tegur tok guru ni ke? Sebelum jadi badut buat gelak orang ramai?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...