Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 11 January 2013

Belia Pulau Pinang dapat Jabatan Baru ???? apa TU ?


Ala saja je pon buat macam tu padahal Jabatan Belia Dan Sukan Melalui Menteri belia Dan Sukan telah merasmikan bangunan baru Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang .Perasmian Bangunan baru ini telah dirasmikan pada 11 Januari (Jumaat) pukul 9 pagi. Ternyata kehadiran Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah di sambut dengan kehadiran ramai Belia Pulau Pinang. Bangunan ini mempunyai kemudahan seperti berikut :

-KAWASAN PAKIR UNTUK PENGARAH DAN KAKITANGAN
-1 BILIK PENGARAH
-3 BILIK PEGAWAI KANAN
-13 BILIK PEGAWAI
-1 BILIK GERAKAN DAN 3 BILIK MESYUARAT
-1 BILIK GERAKAN SRATEGIK
- 4 BILIK FAIL
- 4 BILIK STOR
- 1 BILIK KEBAL
- 1 BILIK SERVER
- SEBUAH SURAU KECIL
- 4 TANDAS
- 3 BILIK PANTRI

Bangunan ini terletak di alamat :
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG,
BATU UBAN, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG.
TELEFON : 04-6581369    FAKS : 04-6581369


plak perasmian Bangunan Pentadbiran Jabatan Belia Dan sukan Negeri Pulau Pinang


gambar kenangan bersama Menteri Belia Dan Sukan.

Terima Kasih Budak Sri Kinta

[video] KERETA JPJ "DITERBALIKKAN" DAN DIBAKAR" SEMASA KEMALANGAN DI PEKAN AYER TAWAR !!!



Konon citernye menyebabkan  kematian (perlu sahkan).

Ini menimbulkan kemarahan .... akibatnya ...
KERETA JPJ DI BAKOR

Aduhai apa kene ngan mereka ni.Tak tahu siapa yang betul atau salah,tp betul ke,mengikut info yang diterima  4 orang telah mati didalam kejadian ini..

klik VIDEO utk tonton


AJARAN APA NIH !!!


Nilai lah ye...Apa ke hal sebenarnya sampai macam ni...Rasanya tak perlu kut sampai macam ni.
Terima kasih tenterasabil.blogspot.com

Penjelasan Isu Belia India tidak diberi perhatian!!!


Sebentar tadi didalam sidang media nya tadi Yb Menteri Belia Dan Sukan beliau telah menjawab balik soalan yang telah dilontar oleh wartawan padanya..

Segala penjelasan ada DISINI


HOT !!! Diana Danielle kene cekup ???



Biar betul! Apa cerita ni pengantin baru Diana Danielle dan Farid Kamil kena tahan dengan Imigresen Sydney. Baru nak syok berbulan muda, dah ada cerita. Banyak sangat khabar angin kat media sosial. Sabor je la..

DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.

“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya kira-kira jam 9 pagi tadi.

Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di Sydney atas urusan pengajiannya.

Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.

“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan keluar negara pun,” tulisnya.

Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan yang terlebih had.

Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu ‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”

Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri selepas selesai berbulan madu di Australia.

Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu. (Sinar Harian)

Pemandu teksi mengamuk !!!


KUALA LUMPUR 10 Jan. - 'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami'.

Itu antara tulisan dalam poster dibawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan menghalang penganjur Himpunan 12 Januari meneruskan rancangan berarak dan mengadakan perhimpunan di Stadium Negara pada Sabtu ini.

Timbalan Presiden Petekma, Mohd. Syahrir Abdul Aziz berkata, beliau yang mewakili 37,000 pemandu di teksi di Lembah Klang tampil membuat laporan polis mendesak supaya perhimpunan itu dihalang kerana bimbang kehadiran peserta berarak di jalanan akan menjejaskan mata pencarian mereka.

UTUSAN

PANAS!! ORANG KUAT Keadilan kuar parti !!!



Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat B. Mohd Sharift meyifatkan perhimpunan tersebut tidak ada bezanya dengan Bersih 1.0 pada 2007 yang lalu.

Turut mengikut jejak langkah beliau memasuki UMNO ialah bekas Ahli AMK Setiawangsa Mohamad Asroc B. Md Jailani dan bekas peguam kepada ketua wanita PKR Pulau Pinang Saiful Ambar Bin Abdullah Ambar.

SUMBER KL POST

Gimik perasmian JABATAN BELIA DAN SUKAN,PULAU PINANG



Hari ini,kebetulan dengan hari Jumaat,telah berlangsung nya satu Majlis Perasmian Bangunan Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa,kemudian telah berlangsungya ucapan oleh serta majlis perasmian oleh YB Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob

Didalam ucapanya ,beliau merakamkan ucapan setinggi penghargaan atas kehadiran yang tidak dijangka-jangka lebih kurang dalam 1000 orang,semangat yang ditunjuk belia Pulau pinang amat dihargai.

Beliau juga didalam ucapannya turut menyeru pada semua agar memberi kan lebih komitmen serta perhatian pada belia.Beliau juga menyeru agar perhatian diberikan khusus pada golongan belia Pulau Pinang.


Dari segi kemudahan,akan dibaik pulis serta dinaik taraf,kemudahan bangunan yang diperuntukkan sebanyak RM5 juta ringgit-RM 50 juta ringgit bagi meningkatkan  keupayaan belia dalam pembangunan sukan dan belia itu sendiri.

Di dalam ucapan perasmian beliau,beliau Menangkis sesetengah pihak yang mendakwa  sikap ingin memberi atau rakyat yang hanya menerima.

Didalam ucapannya beliau telah menegaskan didalam ucapannya bahawa tahun ini merupakan Tahun kesukarelawan negara,sebagai contoh IM4U,Youth Volunteer.

Peluang bagi belia memberi sumbangan tenaga untuk membantu ,membersih ,memasak serta membantu mangsa-mangsa banjir,kebakaran serta sebagainya.


Gimik perasmian program.

GEMPAR!!! universiti LGBT !!!!


Thailand boleh dikatakan telah menjadi syurganya pondan. Tak hanya dikuatkuasakan dengan layak, pondan disana juga di tidak terlalu mengalami diskriminasi yang berlebihan. Tak hanya itu, Thailand juga telah mempunyai kampus yang khusus untuk para pondan. OMG!!

kampus tersebut adalah Suan Dusit University. Kampus yang terletak dibangkok ini menerima dan melayan pondan selayaknya sebuah kampus melayan pelajar normal.

Didalam kampus ini anda akan menemui pondan manis dengan pakaian seragam yang lucu.
Nah, kali saja ada pondan di Malaysia yang mahu kuliah tanpa perlu memperkenalkan jati dirinya. Kalo emang ada, langsung aja daftar ya di kampus khusus pondan ini.

Universiti Pondan ditubuhkan Di Thailand

KBS Bukan KBS yang diwarwarkan pembangkang !!!.. Tahniah KBS !!!


Semalam anak jati berkesempatan menghadiri satu majlis iaitu majlis sembang santai dan ramah mesra yang telah berlangsung di restoran Nasi Kandar Mustafa Pulau Pinang.Kehadiran yang boleh anak jati letak kan mencecah 200 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Antara tetamu VIP yang hadir adalah menteri belia & sukan YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK, Ketua Pengarah Jabatan Belia Negara Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim, Pengarah Belia & Sukan En. Zakaria Bin Kasa & juga pegawai2 kanan Belia & Sukan. Paling memeriahkan majlis adalah kehadiran dua pelumba Negara HAFIZ SYAHRIN (MOTO2) & NABIL JEFFRI (F3).
Ternyata kejayaan mereka menjadi kebanggaan belia2 malaysia terutama belia yang hadir di program ini.


Bukan itu sahaja anak jati boleh memberi link yang akan membuat liputan secara langsung..KLIK SINI



[kisah benar] Pelajar Dahaga Di Awal Usia, Belajar Di Atas Katil


Dahaga Di Awal Usia, Belajar Di Atas Katil - KUALA LUMPUR : Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.
KES 1 – ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.

Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.
Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.

KES 2 – RAHMAN, 15:
“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan.

Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.
Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.
Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.
Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

GEMPAR !!! ALIA TELANJANG BULAT PERSENDA ISLAM....!!!


KAHERAH - Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru in.

Portal berita Al-Arabiya semalam melaporkan bahawa seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia.

Menurut Mahmoud, imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel pada 20 Disember lalu.

Mahmoud meminta supaya nama Alia, 22, diletakkan di dalam senarai orang yang perlu dipantau supaya dia boleh ditangkap ketika memasuki Mesir.

Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN.




Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.

Alia berbogel bersama dua aktivis wanita kumpulan tersebut di Kedutaan Mesir di Stockholm itu.
Dia menunjuk perasaan bagi membantah draf baharu perlembagaan Mesir yang didakwa menyekat kebebasan penduduk dan hak-hak wanita.

Bagaimanapun, draf tersebut diluluskan oleh para pengundi dalam pungutan suara yang diadakan sebanyak dua kali pada 15 dan 22 Disember tahun lalu.

Mahmoud turut menyediakan cakera padat digital yang mengandungi gambar Alia berbogel kepada pihak pendakwa raya.

Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.

"Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.




Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan.

Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden.
Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter

Sila klik link berikut untuk melihat video tanpa sensored dari Alia. Teman tidak mampu memaparkan video tersebut di sini, nanti tak pasal-pasal di tuduh 'KEJAR RANKING' pulak.!!! Padahal masuk ranking pun tak pernah!!!! Teman bukan giler ranking...!!!

http://vimeo.com/56018598



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget