Biar betul! Apa cerita ni pengantin baru Diana Danielle dan Farid
Kamil kena tahan dengan Imigresen Sydney. Baru nak syok berbulan muda, dah ada
cerita. Banyak sangat khabar angin kat media sosial. Sabor je la..
DIANA Danielle menafikan khabar angin yang tersebar sejak semalam
kononnya dia ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa
Sydney.
Isteri kepada pengarah terkenal, Farid Kamil itu menafikan khabar
menerusi laman mikro Twitternya, pagi ini.
“Saya tak pernah ditahan di imigresen Sydney. Untuk apa?” tulisnya
kira-kira jam 9 pagi tadi.
Pelakon yang kini sedang hamil dua bulan itu masih berada di
Sydney atas urusan pengajiannya.
Sebelum ini, dia dan Farid ke Sydney untuk berbulan madu.
“Boleh tolong jangan sebarkan fitnah? Tak ada masalah masuk dan
keluar negara pun,” tulisnya.
Diana didakwa ditahan di lapangan terbang berikutan usia kandungan
yang terlebih had.
Katanya, “cukup dengan cerita yang merepek dan negatif. Saya mahu
‘jogging’ di sepanjang pantai dalam cuaca yang cantik ini. Bye!.”
Khabar ini timbul apabila Farid dikatakan pulang seorang diri
selepas selesai berbulan madu di Australia.
Pasangan itu berkahwin pada 3 November lalu. (Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment