Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 27 December 2012

HAMAS IKTIRAF PERANAN UMNO!!!



HAMAS terus mengiktiraf UMNO sebagai sebuah parti yang didokongi oleh umat Islam yang dilihat begitu aktif dalam membantu umat Islam yang terlibat di dalam konflik di serata dunia terutamanya terhadap umat Islam di Palestin.

Ketua Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Usamah Hamdan berkata apa yang dilakukan oleh UMNO hari ini merupakan sebagai satu perlaksanaan tuntutan Islam dalam usaha untuk  membantu umat Islam yang dilanda konflik melalui pelbagai bantuan samada berbentuk fizikal dan spiritual.

“UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Malaysia, telah membuktikan komitmen mereka dalam usaha untuk membantu umat Islam di seluruh dunia yang menghadapi konflik di negara masing-masing untuk meringankan beban mereka. Bahkan UMNO telah memperlihatkan komitmennya untuk membantu rakyat Palestin sejak dari awal episod pencerobohan Zionis ke bumi Palestin lagi.

“Bukan sahaja terhadap umat Islam di Palestin, tetapi UMNO juga prihatin dengan nasib umat Islam di negara-negara Islam lain yang sedang berada di dalam situasi konflik baik peperangan, kebuluran dan sebagainya,” jelasnya kepada UMNO-Online selepas mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di PWTC pagi ini.

Selain itu, beliau juga menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti Islam yang berjaya membangunkan Malaysia sehingga mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai sudut sehingga dihormati oleh negara-negara maju dan menjadi role model kepada negara-negara Islam yang lain.

“Malaysia merupakan sebuah negara contoh bagi keseluruhan negara-negara Islam yang bernaung di bawah OIC terutama dari sudut pembangunan, pentadbiran dan ekonomi. Kejayaan dan kemajuan Malaysia hari ini bagi saya merupakan usaha UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Malaysia, dengan perlaksanaan dan perancangan yang tersusun dan dinamik, sehingga negara ini berjaya mencapai tahap kemajuan yang membanggakan,” jelas beliau.

Justeru itu, di dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam bersama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, beliau mewakili HAMAS menyatakan hasrat untuk terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia, khususnya UMNO terutama dalam bidang pentadbiran, pelajaran dan ekonomi.

“Kerjasama ini termasuklah menghantar wakil-wakil kerajaan HAMAS untuk menimba pengalaman di Malaysia, bagaimana cara untuk mengurus tadbir negara, pembiayaan pembelajaran pelajar-pelajar Palestin untuk menyambung pelajaran di Malaysia, dan juga meminta agar visa perlarian politik yang terdiri daripada rakyat Palestin yang berada di negara ini dipanjang tempohnya untuk berada di sini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyambut baik penghargaan yang diberikan oleh HAMAS terhadap UMNO dan menyatakan kesediaan UMNO untuk terus bekerjasama dengan pihak HAMAS dalam membantu umat Islam di negara tersebut.

Menurut beliau, UMNO akan terus mengadakan hubungan dua hala yang erat bersama pihak HAMAS dalam usaha untuk membantu umat Islam dan rakyat Palestin dalam menghadapi konflik peperangan di negara tersebut.

“Usaha membantu rakyat Palestin merupakan satu komitmen Malaysia, sebagai sebuah negara Islam dan juga sebagai ahli anggota OIC. Selagi termampu, Malaysia akan terus menghulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk dalam misi-misi bantuan dan keamaman yang dihantar oleh kerajaan bagi membantu umat Islam di sana dalam bentuk perubatan, kewangan dan lain-lain,” ujarnya.

Bagi umat Islam di negara ini yang ingin mengetahui informasi terkini situasi konflik di Palestin boleh mengikuti twitter Palestine Culture Organisation Malaysia (PCOM) di alamat twitter.com/pcomalaysia atau pun melalui facebook di alamat facebook.com/palestiniancultural. -MediaUMNO

Ulama muda terus tempelak Guan Eng


Kali ini Ustaz Fathul Bari Ilmuan Muda Umno punya peluang nak hentam Guan Eng dalam Isu Pemggunaan Khalimah Allah.Bukan a[a,bagi penulis sendiri dia ni sengaja timbulkan kembali atas sebab apa,supaya mengalih perhatian umum dari masalah tanah tu.

Menurut Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Beliau juga berkata  DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP).

"Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

Jelasnya lagi gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkaitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.

GEMPARR !!! RAMBUT DAN KUKU BAYI INI MASIH TUMBUH WALAPUN SUDAH MATI




Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun dari bayi ini masih saja tumbuh rambut, gigi juga kuku. Aneh bukan ..?

Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat pemakakamannya ke tempat lain. Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.

Paginya sang Ibu-pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya sang suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar makam anaknya. Namun kerana sang isteri merengek terus akhirnya bermintaan isteripun di penuhi juga.



Setelah sampai perkuburan kubur sang bayipun di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.

Hingga sekarang Sang Ibu emilik bayi tersebut masih sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Hingga kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.


Bukti kerajaan prihatin terhadap belia


Dengar cerita lebih ramai lagi graduan -graduan diploma lepas ni berpeluang menyambung pengajian kepada peringkat lebih  tinggi lagi iaitu  program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.

"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini, Khamis.

Menurut laporan mStar Online ,Md Nor berkata permintaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di politeknik dan kolej komuniti memang tinggi dan tahun ini lebih 100,000 yang memohon, namun tempatnya terhad.

Terbukti kan Kerajaan prihatin pada masyarakat Belia khususnya.pelbagai rangka dan strategi telah diatur dan dirangka bagi membantu golongn belia.Tahniah kerajaan Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...