Dengar cerita lebih ramai lagi graduan -graduan diploma lepas ni berpeluang menyambung pengajian kepada peringkat lebih tinggi lagi iaitu program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.
"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini, Khamis.
Menurut laporan mStar Online ,Md Nor berkata permintaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di politeknik dan kolej komuniti memang tinggi dan tahun ini lebih 100,000 yang memohon, namun tempatnya terhad.
Terbukti kan Kerajaan prihatin pada masyarakat Belia khususnya.pelbagai rangka dan strategi telah diatur dan dirangka bagi membantu golongn belia.Tahniah kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment