Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 11 May 2013

BIOR BETULLLL!!!Video Yang DAP Akan Jadikan Bukti Pengundi Hantu????KAH KAH KAH


Video ini bakal dimainkan oleh Red Bean Army untuk membuktikan bahawasanya pengundi hantu memang wujud di Malaysia.


Lagu ini Khas Untuk Anwar Ibarhim dan Kit Siam

GILA BETUL !!!TRAGEDI Nenek Dipukul Cucu Sampai Mati !!!


TUMPAT - Seorang nenek mati dipercayai akibat dipukul cucunya yang dikatakan kurang siuman ketika mengamuk di rumah mereka di Kampung Pasir, Pekan Hilir, Wakaf Baharu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip berkata, Che Minah Hassan, 84, meninggal dunia di rumah itu akibat cedera parah di muka setelah ditumbuk cucunya berumur 35 tahun itu dalam kejadian 7 pagi.



Gambar Hiasan
Zaharudin berkata, dalam kejadian itu, suspek turut dipercayai menumbuk ibunya, Rahimah Che Will, 60, di muka dan keadaannya (Rahimah) dilaporkan stabil di Hospital Tumpat.

Suspek ditahan di rumah tersebut dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, katanya.

Menurutnya suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital Psikiatri, Kota Baharu dua tahun lalu dan kini tinggal di rumah itu. - Bernama

TUN MAHATHIR, DS NAJIB MELAWAT DS AZIZAN



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Muhkriz tiba kira-kira pukul 11.20 pagi dan meluangkan masa kira-kira 25 minit melawat Azizan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.

Mahathir berkata, keadaan Azizan stabil, namun Pesuruhjaya Pas Kedah itu masih belum sedarkan diri kesan daripada ubat yang diberikan.


Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abd Razak juga meluangkan masa untuk melawat DS Azizan di Hospital Pulau Pinang. Beliau hadir bersama isteri.

Terkini.... dari rakan facebook, admin dikhabarkan bahawa Bekas Menteri Besar Kedah itu dilaporkan kritikal.  Semoga Allah permudahkan segalanya.....

CIKGU MALA KUCIWA LAGI !!!


Calon Pas Dun Pemanis, Normala Sudirman, atau mesra disapa Cikgu Mala, menyatakan kekalahannya di tangan BN pada PRU13 lalu, meninggalkan bekas di hatinya apabila usaha kerasnya selama tempoh berkempen kurang membuahkan hasil.

Menurutnya, walaupun demikian, beliau sudah mengingatkan jentera Pas dan PR di Dun Pemanis agar menerima kekalahan itu dengan penuh reda dan berlapang dada setelah berusaha sedaya upaya.

“Saya menganggap keputusan di Dun Pemanis adalah kemenangan tertunda kami. Hapuskan kesedihan kita, walaupun hati terluka. 

ALLAH SWT telah mengatur yang terbaik untuk kita sebagai hamba-NYA dan pasti kekalahan ini mempunyai hikmah tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, melalui analisa pengundian yang telah dilakukan, masyarakat di tiga kawasan Felda yang ada di Dun Pemanis iaitu Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi, telah menjadi penyumbang terbesar kepada kekalahan Pas apabila undi di kawasan tersebut memihak kepada BN.

Menurutnya, sifat seorang pejuang adalah tidak pernah takut menghadapi kegagalan dan akan terus bangkit, terus gigih berusaha tanpa jemu untuk terus memenangi hati rakyat di Dun Pemanis.

“Kita akan bekerja bermula hari ini untuk terus memenangi hati rakyat untuk tempoh pilihan raya lima tahun akan datang.

“Matlamat saya menyertai Pas sejak 1997 bukan untuk menjadi calon atau mengharap penghargaan manusia tetapi untuk mencari reda ALLAH di dunia dan di akhirat. 

Kenangan manis sepanjang menghadapi PRU13 di Dun Pemanis tetap terpahat di ingatan saya hingga ke akhir hayat,” katanya.

HOTTT NEWSS !!! UMNO DAN PAS AKAN BERSATU TIDAK LAMA LAGI !!!



Dengan ‘Tsunami Cina’ yang semakin besar,parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini.PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu,Malaysia akan terselamat daripada anasir asing,serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.Penggabungan antara PAS dan PR bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu,Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka,sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan “Cina untuk Cina” mereka. 

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai,manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya,yang mana kedua-dua kawasan itu,mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP.Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina,yang secara lagiknya,tiada masalah untuk dimenangi mereka.Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina,tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka.Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno,Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi,pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain.Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.Sebelum nasi menjadi bubur dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik,sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu.Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian,sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.Bukti sudah jelas,PAS tidak serasi bersama PR,selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina,sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS.Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno,bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat,bahkan juga keamanan,kestabilan dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.saya hanya mencadangkan.terpulang pada PAS untuk menerima semua ini.kalau PAS terima,Alhamdulillah.kalau tidak,PAS sekali lagi dalam bahaya pada PRU-14 akan datang

CINA DAP KINI BERALIH BOIKOT PRODUK KELUARAN MELAYU !!! MASIH NAK SOKONG LAGI KEW !!!



Penipuan Kenaikan Harga Roti Gardenia!
Macam-macam hal la puak pembangkang ni selepas gagal menakluki Putrajaya pada PRU-13.

Satu persatu penipuan mula disebarkan setelah BN berjaya menang PRU13.

Antaranya, perlaksanaan GST, kenaikan tarif elektrik dan yang paling lucu sekali, kenaikan harga roti Gardenia.


Kali ni, sudah semestinyalah dari pembangkang yang juga musuh ketat "Gardenia".

Korang faham-faham sendirilah siapa yang beria-ia sangat nak menyaingi produk roti No. 1 Malaysia ni.

Cuba lah korang ingat-ingat balik sekitar 2011 dulu, heboh orang Cina ni menghasut kaum dia boikot roti Gardenia ni dan perniagaan Melayu.

Rasanya, kalau orang Melayu yang boikot perniagaan Cina ni, mau lumpuh ekonomi orang Cina ni, betul tak ?!!

Kuasa beli ditangan orang Melayu la beb !!!

Kalau tidak, masakan sibuk benar mereka lancarkan serangan boikot roti Gardenia ni.



Atas ni, screenshoot dari facebook page pro-DAP.

Aku pernah menulis DISINI berkaitan kes sebelum ini dimana roti Gardenia ni mendapat cubaan boikot oleh kaum Cina penyokong pembangkang.

Kali ni, lain pula tetapi masih menyasarkan Gardenia, supaya orang ramai tidak membeli lagi roti Gardenia.

Puak pembangkang memfitnah bahawa pengusaha produk Gardenia ini menaikkan harga produknya.

Tak lain dan tak bukan, tujuannya supaya orang tak beli lagi produk Gardenia.

Maklumlah... produk Gardenia ni adalah produk keluaran orang Melayu.

Ini bolehlah dikategorikan sebagai "jarum halus" atau "serangan halus" untuk melumpuhkan ekonomi orang Melayu dan sekaligus memfitnah kononnya ini kerja BN lah tu.

Bila pembangkang fitnah kononnya Gardenia naik harga, pasti orang Melayu pun tidak membeli roti berkenaan, pada firasat diorang yang bahalol tu la.

Walhal, otak mereka sendiri yang bangang tidak mengkaji sesuatu maklumat yang mereka perolehi.

Untuk pengetahuan puak pembangkang yang otak letak kat kepala lutut tu, kenaikan harga roti Gardenia hanya berlaku di Sabah kerana syarikat yang berbeza.

Berikut penjelasan dari syarikat pengeluar Gardenia yang aku petik dari mynewshub;


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah.
Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain.
Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya.
Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah.
Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya.
Harganya adalah tetap.
Jikalau anda mendapati ada peruncit yang menjual produk-produk Gardenia dengan harga yang lebih tinggi, sila hubungi Cik Hazlinah Harun atau Cik Azrina Aziz di talian 03-5542 3228 dengan segera untuk membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih.

Kepada pembangkang dan orang Cina pro-DAP lah ye, jangan risau...

Lagi korang cuba fitnah dan nak merosakkan ekonomi dan perpaduan orang Melayu ni, sebenarnya lagi kuat ikatan ukuwah orang Melayu ni.

Lagi korang cuba nak boikot produk orang Melayu, lagi kuat sentimen orang Melayu untuk berbelanja hanya kepada produk Melayu sahaja !!!

Pada pandangan aku yang hanya rakyat biasa ni, cara pembangkang menggunakan media sosial sebagai landasan menyebarkan fitnah sudah "terlalu amat keterlaluannya".

Entah macam mana aku nak gambarkan dengan kata-kata betapa esktrimnya diorang ni dalam penyebaran fitnah ni.

Aku jadi makin menyampah dan meluat la beb...!!!

Aku tunjuk kepada Mama aku berita-berita yang fitnah produk Melayu ni macam kes puak Cina pro-DAP yang nak boikot Gardenia ni.

Selamba je Mama aku jawab, "beli barang orang Melayu je lepas ni, dah tentu halal."

"Kalau harga naik pun, beli juga... tak rugi... itu ekonomi bangsa kita... barang terbaik mana ada yang murah...", memang sempoi Mama aku jawab.

Untuk pengetahuan korang lah ye, Mama aku ni "super" cerewet bab halal ni.

Kalau tin ada cop halal tapi ada tulisan Cina pun dia tak nak beli beb...

Ada juga aku saja nak "test" Mama aku, masa shopping barang dapur, aku ambil roti Massimo ni sebuku masuk dalam trolley, selamba je dia keluarkan dan letak kat rak Maggie.

Hahahaha....

Jadi, teruskanlah memfitnah kerajaan dan produk-produk Melayu ni.

Lagi banyak korang fitnah... Makin meluat orang Melayu pada pembangkang.

And jangan juga terkejut ye, ada juga orang Cina yang menyampah dengan permainan politik pembangkang yang suka buat fitnah macam ni.

Bukan semua orang Cina ni bangang macam Cina DAP !!!

Berbalik pada roti ni, korang pilihlah ye, korang nak roti terbaik yang Halalan Toyyiban iaitu Gardenia atau roti "itu" yang guna tepung dengan "bleach" !!!

APA PULAK CINA DAP NI MEROYAN !!! HABIS SEMUA DIBONGKARNYA !!!



Siapa pernah dengar Lim Kit Siang cakap melayu? Kantoikan? Teresa Kok mas disoal oleh saudara Razlan pun kantoi cakap 'dimangsakan'. Sekarang Cybertroopers Red Bean Army dah kantoi malahan mereka dengarnya dibayar RM15000 sebulan.

Mereka dihargai kerana perjuangan mereka yang penuh dengan skill? Apapun tahniah buat pemimpin belia cina ini yang berani dedahkan siapa Tentera Kacang Merah tu..

APA SUDAH JADI PADA BONTOT APEK NI ???!!!



Gambar Ini Dirakamkan Semasa Perhimpunan Haram Meroyan Kalah Pru13 Di Stadium Kelana Jaya Pada Rabu Malam Lalu.

Kesian Tengok Apek Tua ni. Sepatutnya Dah Tua bangka Cubalah Jadi Contoh Yang Baik Kepada Anak-anak Muda. Ini Tidak, Dah Tua Nak Mampus Pun Otak Jadi Benak tak Terbuka Minda Apa Kelebihan Tinggal Di MALAYSIA ni.

Ini Tidak, Memalukan diri Sendiri Yang Tua Bangka Tak Sedar Diri Dengan Gunakan Ayat Yang Bukan-bukan Untuk tarik Perhatian Ramai..
Apalah Kerajaan Malaysia Ni Zalim Sangat Kat Kau Apek Yang Bikin Kau Menggelupur !acam Ni..

Anuwar Tengok Kau Pun Tak Lalu Apek Oii..

PENGUNDI CHINA VERSI PELA... JALANAN !!!



Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.

Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.

Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara.

Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.

MINAH GILA SEKS TAYANG BODY !!! GILa betul !!!



Sebelum apa-apa AJM nak jelaskan siap-siap yang AJM ni bukannya anti sosial cumanya biarlah ianya dalam keadaan yang baik dan tidak keterlaluan sangat.Cerita dia tentang sorang artis ni , kadang-kadang kita mungkin lupa siapa kita dan natijahnya bukannya sahaja menimpa diri sendiri tetapi mampu mengheret mereka yang meminati kita.
 
KLIK SINI utk tonton video PANAS

FARID RIDZUAN DAPAT OFFER ??? JADI APA PLAK NI !!!



Ini kerja orang politik..! lepas bertungkus lumus melobi menjadi calon sama ada winable @ wincable candidate...kini kerja mereka terarah kepada pengisian jawatan didalam kerajaan. 

Setelah semua negeri selesai kecuali Selangor yang masih berpencak, pihak BN hanya  menunggu Mad Hassan mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan esok serta Khaled Nordin dan barisan EXCO di Johor mengambil giliran pada Selasa depan kini semua mata tertumpu kepada Najib yang bakal mengumumkan barisan Jemaah Menteri Kabinetnya yang dijangka diumumkan minggu depan.

Di Kuala Lumpur berbuih buih mulut para pengulas politik membayangkan itu dan ini. Tak menang tangan makcik cleaner membersihkan lantai yang licin disebabkan banyaknya air liur yang menyembur nyembur berhujah bagi memuktamadkan hujah masing masing.

Seperti mana budaya semasa melobi menjadi calon tempohari, mereka yang mempunyai jalan wincable juga tidak langsung berganjak sama ada diri mahupun wakil mereka dari ibu kota.

Usaha memegang lutut, menampak muka, berkeliaran di bangunan UMNO, di PWTC, di Riverside, di Seri Pacific, di Putrajaya malah ada yang bertunggu tagan di rumah pucuk pimpinan pun tak surut surut.

Ada yang menyebut Anuar Musa kembali, KJ diberikan tempat, Razali dan Latif naik pangkat, Tok Pa kekal, Nazri tetap menjadi 'chief' di Parlimen, Fadillah dan Rohani dari PBB turut bergelar YB Menteri malah ada yang mengatakan bahawa Bung Mokhtar bakal bergelar YB Timbalan Menteri.

Namun itu semua masih cakap cakap..! masih rumour! masih bayangan..! hakikatnya Najib yang tahu, Najib yang memilih pasukan idamannya.

Namun ada juga berita yang mengatakan ada Senator yang bakal dilantik dan diberikan tempat sebagai Menteri. 

Sebagai contoh... Keakraban hubungan Najib dan Farid Redzuan yang turut bersama sama memberikan idea dalam menentukan calon wincable candidate tempohari juga menyaksikan nama beliau ditempatkan sebagai bakal Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan.

Kalau Farid yang tak reti membezakan iklan hari raya dengan iklan krismas yang terpaksa ditarik balik oleh tv3 diberikan tempat..alamat yang gelap tak terang terang malah yang terang takut jadi malap..! Menteri bukan setakat menjadi CEO syarikat...

Itu sebab sekor lagi Senator yang berjawatan Menteri macam Idris Jalang yang begitu bernafsu dengan idea PEMANDU nya hampir sahaja menyebabkan Najib masuk longkang dalam PRU 13 yang lalu. 

Sejauh mana KPI dan strategi lautan biru terang atau biru gelap deris jalang ni telah berjaya mewujudkan pengundian berskala besar mengikut polarisasi kaum? tapi tentu keputusan ini suatu rahmat bagi nya kerana masih ada yang boleh dipersalah dan di kambing hitamkan..! tak gitu? Tentu sukun pun setuju kan?

Barisan ahli Kabinet dan kewujudan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi tulang belakang dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera amat diharapkan oleh pengundi tegar BN dalam PRU kali ini.

Najib mesti menimbang sebaik mungkin, Najib perlu berani bertegas didepan cina dan perlu lebih memahami rintihan dan kegusaran orang Melayu dan Bumiputera.

Betul...masa kerajaan tahu semua telah berakhir tapi masa pemimpin sentiasa benar juga mesti dilihat kewajarannya.

Jangan ditanya kepada penepuk ponggong dan penjilat kerana usai menepok dan menjilat selesai la urusan mereka berbanding tangan tangan dan lidah yang setia, taat, gigih dan tidak pernah jemu dalam mempertahan dan menjulang Barisan Nasional kekal  berkuasa di Putrajaya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

TUN M PULA SABOTAJ UMNO ????



Kemunculan semula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen secara aktif sehingga membolehkan BN menawan semula negeri Kedah memang dihargai. Ini jauh berbeza dengan senario 2008, di mana Mahathir dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid mensabotaj jentera parti.

Bagaimanapun sudah sampai masanya untuk Mahathir dan rakan-rakannya tidak lagi campur tangan dalam kepimpinan Najib.

Sementara ramai yang menentang Najib dan Mahathir, PRU-13 menyaksikan ramai lagi yang menyokong mereka. Maksudnya bukanlah 100 peratus undi menentang BN, tetapi bukan 100 peratus juga yang menyokong BN.

Bagi lima tahun akan datang dan seterusnya, persaingan adalah untuk mendapatkan sokongan kelas pertengahan dan golongan bandar.

Daripada memberi tumpuan kepada masyarakat Cina dan memberi ganjaran kepada mereka, kerajaan haruslah menggubal dasar-dasar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah rakyat kelas menengah dan penduduk bandar, tanpa mengira kaum dan bangsa.

Antara masalah utama masyarakat di bandar ialah perumahan. Rancangan membina 20,000 atau 30,000 rumah mampu milik di Selangor bagi golongan pekerja bergaji RM3,000 hingga RM5,000 tidak akan menyelesaikan masalah perumahan.

Begitu juga jaminan BN untuk membina satu juta rumah di seluruh negara juga bukan jalan penyelesaian bagi masalah penduduk bandar.

BACA LAGI SINI

APA KENE DENGAN RAJA NONG CHIK NI !!! NAK SANGAT YEW !!!



Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.

"Saya kalah kerana pembunuhan karektor terhadap saya dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.

Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.

"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.

Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.

"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karektor terhadap saya," jelasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.

"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata, beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget