Calon Pas Dun Pemanis, Normala Sudirman, atau mesra disapa Cikgu Mala, menyatakan kekalahannya di tangan BN pada PRU13 lalu, meninggalkan bekas di hatinya apabila usaha kerasnya selama tempoh berkempen kurang membuahkan hasil.
Menurutnya, walaupun demikian, beliau sudah mengingatkan jentera Pas dan PR di Dun Pemanis agar menerima kekalahan itu dengan penuh reda dan berlapang dada setelah berusaha sedaya upaya.
“Saya menganggap keputusan di Dun Pemanis adalah kemenangan tertunda kami. Hapuskan kesedihan kita, walaupun hati terluka.
ALLAH SWT telah mengatur yang terbaik untuk kita sebagai hamba-NYA dan pasti kekalahan ini mempunyai hikmah tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, melalui analisa pengundian yang telah dilakukan, masyarakat di tiga kawasan Felda yang ada di Dun Pemanis iaitu Felda Pemanis 1, Felda Pemanis 2 dan Felda Medoi, telah menjadi penyumbang terbesar kepada kekalahan Pas apabila undi di kawasan tersebut memihak kepada BN.
Menurutnya, sifat seorang pejuang adalah tidak pernah takut menghadapi kegagalan dan akan terus bangkit, terus gigih berusaha tanpa jemu untuk terus memenangi hati rakyat di Dun Pemanis.
“Kita akan bekerja bermula hari ini untuk terus memenangi hati rakyat untuk tempoh pilihan raya lima tahun akan datang.
“Matlamat saya menyertai Pas sejak 1997 bukan untuk menjadi calon atau mengharap penghargaan manusia tetapi untuk mencari reda ALLAH di dunia dan di akhirat.
“Matlamat saya menyertai Pas sejak 1997 bukan untuk menjadi calon atau mengharap penghargaan manusia tetapi untuk mencari reda ALLAH di dunia dan di akhirat.
Kenangan manis sepanjang menghadapi PRU13 di Dun Pemanis tetap terpahat di ingatan saya hingga ke akhir hayat,” katanya.
No comments:
Post a Comment