Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 11 May 2013

HOTTT NEWSS !!! UMNO DAN PAS AKAN BERSATU TIDAK LAMA LAGI !!!



Dengan ‘Tsunami Cina’ yang semakin besar,parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini.PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu,Malaysia akan terselamat daripada anasir asing,serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.Penggabungan antara PAS dan PR bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu,Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka,sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan “Cina untuk Cina” mereka. 

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai,manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya,yang mana kedua-dua kawasan itu,mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP.Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina,yang secara lagiknya,tiada masalah untuk dimenangi mereka.Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina,tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka.Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno,Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi,pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain.Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.Sebelum nasi menjadi bubur dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik,sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu.Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian,sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.Bukti sudah jelas,PAS tidak serasi bersama PR,selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina,sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS.Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno,bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat,bahkan juga keamanan,kestabilan dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.saya hanya mencadangkan.terpulang pada PAS untuk menerima semua ini.kalau PAS terima,Alhamdulillah.kalau tidak,PAS sekali lagi dalam bahaya pada PRU-14 akan datang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget