Ini kerja orang politik..! lepas bertungkus lumus melobi menjadi calon sama ada winable @ wincable candidate...kini kerja mereka terarah kepada pengisian jawatan didalam kerajaan.
Setelah semua negeri selesai kecuali Selangor yang masih berpencak, pihak BN hanya menunggu Mad Hassan mengangkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan esok serta Khaled Nordin dan barisan EXCO di Johor mengambil giliran pada Selasa depan kini semua mata tertumpu kepada Najib yang bakal mengumumkan barisan Jemaah Menteri Kabinetnya yang dijangka diumumkan minggu depan.
Di Kuala Lumpur berbuih buih mulut para pengulas politik membayangkan itu dan ini. Tak menang tangan makcik cleaner membersihkan lantai yang licin disebabkan banyaknya air liur yang menyembur nyembur berhujah bagi memuktamadkan hujah masing masing.
Seperti mana budaya semasa melobi menjadi calon tempohari, mereka yang mempunyai jalan wincable juga tidak langsung berganjak sama ada diri mahupun wakil mereka dari ibu kota.
Usaha memegang lutut, menampak muka, berkeliaran di bangunan UMNO, di PWTC, di Riverside, di Seri Pacific, di Putrajaya malah ada yang bertunggu tagan di rumah pucuk pimpinan pun tak surut surut.
Ada yang menyebut Anuar Musa kembali, KJ diberikan tempat, Razali dan Latif naik pangkat, Tok Pa kekal, Nazri tetap menjadi 'chief' di Parlimen, Fadillah dan Rohani dari PBB turut bergelar YB Menteri malah ada yang mengatakan bahawa Bung Mokhtar bakal bergelar YB Timbalan Menteri.
Namun itu semua masih cakap cakap..! masih rumour! masih bayangan..! hakikatnya Najib yang tahu, Najib yang memilih pasukan idamannya.
Namun ada juga berita yang mengatakan ada Senator yang bakal dilantik dan diberikan tempat sebagai Menteri.
Sebagai contoh... Keakraban hubungan Najib dan Farid Redzuan yang turut bersama sama memberikan idea dalam menentukan calon wincable candidate tempohari juga menyaksikan nama beliau ditempatkan sebagai bakal Menteri yang menerajui Kementerian Penerangan.
Kalau Farid yang tak reti membezakan iklan hari raya dengan iklan krismas yang terpaksa ditarik balik oleh tv3 diberikan tempat..alamat yang gelap tak terang terang malah yang terang takut jadi malap..! Menteri bukan setakat menjadi CEO syarikat...
Itu sebab sekor lagi Senator yang berjawatan Menteri macam Idris Jalang yang begitu bernafsu dengan idea PEMANDU nya hampir sahaja menyebabkan Najib masuk longkang dalam PRU 13 yang lalu.
Sejauh mana KPI dan strategi lautan biru terang atau biru gelap deris jalang ni telah berjaya mewujudkan pengundian berskala besar mengikut polarisasi kaum? tapi tentu keputusan ini suatu rahmat bagi nya kerana masih ada yang boleh dipersalah dan di kambing hitamkan..! tak gitu? Tentu sukun pun setuju kan?
Barisan ahli Kabinet dan kewujudan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi tulang belakang dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera amat diharapkan oleh pengundi tegar BN dalam PRU kali ini.
Najib mesti menimbang sebaik mungkin, Najib perlu berani bertegas didepan cina dan perlu lebih memahami rintihan dan kegusaran orang Melayu dan Bumiputera.
Betul...masa kerajaan tahu semua telah berakhir tapi masa pemimpin sentiasa benar juga mesti dilihat kewajarannya.
Jangan ditanya kepada penepuk ponggong dan penjilat kerana usai menepok dan menjilat selesai la urusan mereka berbanding tangan tangan dan lidah yang setia, taat, gigih dan tidak pernah jemu dalam mempertahan dan menjulang Barisan Nasional kekal berkuasa di Putrajaya.
No comments:
Post a Comment