Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 29 March 2013

[HOT] Tayangan Unggul 18 sx Bersama Mahasiswa Didedahkan. !!!



SUMBER dari Blog Papa Gomo ,Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

KLIK SINI untuk Tonton Video

Baca Lagi SINI

Terkini !!! Felda akan Bantu Perbaiki Kerosakkan Rumah yang terlibat dalam Insiden Lahad Datu..

Gambar Hiasa

Segala kerosakan di kawasan penempatan penduduk dan tanaman di Felda Sahabat 16, Lahad Datu, Sabah akan dibaiki selepas Ops Daulat selesai sepenuhnya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad memberitahu, pihaknya hanya menunggu kebenaran pasukan keselamatan bagi membolehkan pegawai Felda membuat penilaian terhadap kerosakan di kawasan tersebut.

"Apabila Felda mendapat kebenaran memasuki kawasan krisis barulah kita dapat mengetahui bentuk kerosakan yang menimpa rumah penduduk.

"Kita juga akan menilai kerosakan pada pokok kelapa sawit dan infrastruktur di Felda berkenaan. Kita akan pastikan semuanya dinilai dengan betul dan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Mohd. Isa ditemui pemberita selepas merasmikan program memperkasakan kontraktor bumiputera di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), dekat sini hari ini.

SUMBER;Belia Bangkit

Panas [18Keatas] !!! klik :Jangan Klik Jika ANDA Sakit Jantung


Menurut sumber blogger Mat Kilau Penang... Mungkin gambar ini bakal mengegarkan suasana politik tanah air selepas ini? Mungkin ya mungkin tidak akan tetapi keberangkalian itu amat tinggi. Yang mula mendedahkan pekara ini adalah dari Saifuddin sendiri. MKP rasa mungkin dah ada pepecahan didalam kem PKR. Mungkin Saifuddin tak dapat apa yang diminta hingga nak buka pekung dalaman. Takkan nak bagitu "direct" mesti ada kona-kona. Fitnah dan salahkan UMNO itulah taktik melepaskan diri walaupun tak setuju dengan pucuk pimpinan........

Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali

Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.

ADAKAH GAMBAR INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SAIFUDDIN NASUTION...??
Antara kepimpinan parti yang diketahui cenderung kepada Wan Azizah ialah YB Fuziah Salleh, YB Nurul Izzah, YB Tien Chua, YB Xavier Jayakumar, Mustapha Kamil Ayub, Shamsul Iskandar, YB Yusmadi, YB Elizabeth Wong, YB William Leong, YB Sivarasa dan YB Dr Mansor Othman.

Manakala pemimpin parti yang berdiri teguh di belakang Azmin Ali ialah N.Surendran, YB Zuraida, YB Dato Kamarul Baharin, YB Dato Johari Abdul, Rafizi Ramli, Latheefa Koya, YB Haniza Talha, YB Nik Nazmi, YB Abdullah Sani dan YB Azan Ismail.Walaupun perpecahan ini cuba diselindungkan dari penglihatan ahli di peringkat akar umbi tapi sudah kedengaran suara-suara kecil yang bertanya kenapa setiap kali program di kawasan salah seorang dari kumpulan yang disebutkan di atas, pihak yang satu lagi tidak hadir?

Sebagai contoh, program parti di kawasan Nurul Izzah iaitu Lembah Pantai, tidak akan dihadiri oleh Azmin Ali. Begitu juga sebaliknya dengan program parti di kawasan Gombak di mana Azmin sebagai ahli Parlimennya, juga tidak akan dihadiri Nurul Izzah.

Kejam !!! Gambar Kanak2 diberi Makan Sebelum Ditembak Mati !!



Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanakberusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan sebelum ditembak mati.

Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.

kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).


Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.

Baca Lagi Disini

Terkini !!! Kemalangan Jalan Raya Ipoh Lumut




Seputeh,Perak-Satu kenderaan iaitu Viva elite terlibat dalam kemalangan Jalan Raya apabila kenderaan yang mereka naikki hilang kawalan menyebabkan kenderaan tersebut terbalik.

Menurut saksi kejadian,kereta berkenaan hilang kawalan mengakibatkan kereta tersebut terbalik.Menurut info juga,mangsa tersebut berada dalam Keadaan selamat.

Dalam kejadian berkenaan,mereka dalam perjalanan menuju ke seri Iskandar,Perak Tengah.Pemandu tersebut hilang kawalan menyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk menyelamatkan diri dengan keluar dari Pintu kiri dan kanan.

Terkini !!! Wajah Sebenar Seorang Pejuang Lahad Datu.

Gambar Hiasan

Pelbagai peristiwa dan rintangan dilalui wartawan Bernama dalam usaha mendapatkan laporan terbaik, antaranya menempuh saat cemas terserempak dengan anggota militan ketika mencari bahan berita dan 'diusir' pihak berkuasa keselamatan yang mahu memastikan operasi mereka tidak terganggu oleh wartawan yang cuba mengintip keadaan.

Kecekalan petugas media berada di lokasi berbahaya Operasi Daulat menyerlahkan manifestasi cintakan negara golongan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain memenuhi tuntutan kewartawanan, laporan yang disampaikan petugas di lapangan membantu seluruh masyarakat mendapat gambaran jelas apa yang berlaku.

Katanya kementerian mendapati setiap laporan yang dibuat sangat tepat dan memenuhi garis panduan yang ditetapkan pihak keselamatan.

"Kita berhadapan dengan dunia media yang makin dipersoal masyarakat dan dengan liputan semasa operasi ini, saya yakin bahawa liputan yang dibuat dapat memastikan pemberitaan tempatan mampu bersaing dengan media antarabangsa dalam melaporkan sesuatu bencana," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan petugas media yang membuat liputan Operasi Daulat di sebuah hotel di sini Khamis yang dihadiri 35 wakil media.

Hadir sama Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong.

Rais berkata sebagai menghargai pengorbanan wartawan yang berjaya menjalankan khidmat nasional yang diamanahkan, kementerian itu akan menganjurkan majlis khusus bagi memberi pengiktirafan kepada semua petugas media yang terlibat dalam operasi itu.

"Ini boleh dianggap sebagai ingatan dan pengiktirafan serta terima kasih kementerian kepada warga media yang telah bertungkus lumus sepanjang membuat liputan di Lahad Datu," katanya sambil memberitahu bahawa antara yang akan diberi ialah sijil penghargaan.

Bernama menghantar 11 petugas membabitkan sembilan wartawan dan seorang jurugambar serta jurukamera untuk membuat liputan sepanjang Operasi Daulat.

Yong berkata atas saranan Rais, BernamaTV akan menghasilkan segera sebuah dokumentari pendek mengenai insiden pencerobohan Sabah itu untuk tatapan dan rujukan pada masa depan.
- BERNAMA

Gempar !! Abang rogol adik 15 tahun


Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktover 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.

Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi telah mengambil kesempatan.

Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf.

- Bernama

Terkini !!! Jaafar Onn Dedah hasrat Kahwin dengan ...???


Jaafar Onn kahwin ibu tunggal pada Ogos 2013 - Hasrat Jaafar Onn untuk bernikah dengan mencari bakal isteri menerusi medium Facebook menjadi kenyataan apabila pelakon itu bertemu dengan seorang ibu tunggal yang sudah lama terpisah, menurut mStar.'

"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini. Saya memilih untuk bernikah dengannya sebelum bulan Ramadan tahun ini,"

Dalam pada itu, menjelaskan gimik yang dilakukan menerusi Facebook itu, Jaafar berkata, beliau tidak menyangka menerima 1,000 pelawaan daripada wanita yang sudi berkahwin dengannya. Namun, ramai di antara mereka mempunyai niat tidak baik dan ingin mengambil kesempatan terhadap popularitinya sebagai seorang selebriti.

"Tak kurang juga yang memberi kata-kata penghinaan tentang hasrat saya tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana yakin sudah tiba masanya saya berkahwin,"

Ditanya sebab utama tertarik dengan wanita berstatus ibu tunggal itu, Jaafar berkata, dia selesa dengan sikap bertanggungjawab dimilikinya.

Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis, Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini,"

[HOTTT] Cristino Ronaldo Banyak Membantu Umat Islam dan berminat Peluk Islam???


CRISTIANO RONALDO - SAYA SUDAH HAFAL AL-FATIHAH, MUNGKIN BELAJAR BERWUDHU
Cristiano Ronaldo- Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin Belajar berwudhu - Cristiano Ronaldo

CRISTIANO RONALDO- SAYA SUDAH HAFAL AL-FATIHAH, MUNGKIN BELAJAR BERWUDHU - CRISTIANO RONALDO


Mesut OziL : "Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di rest room, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."

Cristiano Ronaldo : "Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu" .

Sumber berita bernama dan reuters..

Terkini !!! Gerakkan bawa Komunis Chin Peng Masuk Malaysia giat dilakukan...?


Mungkin ada anak mudak masa kini tidak mengerti apa yang berlaku kepada Chin peng yang menerajui KOMUNIS suatu masa dahulu... Namun, hakikatnya, Chin Peng seorang yang cukup keras dan ganas semasa beliau memimpin parti komunis...

KOMUNIS tidak dianggap menentang penjajah untuk Negara tetapi dilihat hanya demi kepentingan pribadi, kerana selepas merdeka pun mereka masih meneruskan taktik ganas mereka...

Umum mengetahui, Malaysia mendapat kemerdekaan bukan dari keganasan atau pertumpahan darah, namun, dari perundingan bijak oleh pemimpin kita terdahulu...

Difahamkan, selepas beberapa tahun, ada gerakan untuk membawa Chin Peng masuk ke Malaysia... Ini dikhabarkan, ada kumpulan yang kini telah siap sedia dengan rancangan JAHAT mereka... Untuk makluman pembaca IDEOLOGI yang dibawa oleh Chin Peng sebenarnya lebih terus jika meresap ke dalam hati rakyat Malaysia... Bukan mudah untuk pihak kerajaan menyelesaikan isu KOMUNIS ini dahulu, namun, berkat pemimpin yang bijak dan 'QADA dan QADAR', alhamdulillah isu ini dapat diselesaikan...

Baca Lagi DISINI

Gempar !!! Kejadian Amuk Imigran Luar Di Malaysia didedahkan...




Ancaman pendatang asing di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pendatang asing di Malaysia cukup besar kepala dan berasakan mereka adalah maharaja manakala rakyat tempatan pula perlu sentiasa tunduk dan akur kepada mereka.

Sikap bongkak dan besar diri imigran-imigran yang datang menumpang mencari rezeki di negara ini, dibela dan dibesar-besarkan serta diagung-agungkan pula oleh Pakatan Rakyat. Bahkan Ketua Umum PKR dan konco-konconya telah menjemput dan membayar upah imigran-imigran atau lebih tepat lagi, lanun-lanun Sulu di Sabah untuk mencetuskan peperangan dengan pasukan keselamatan Malaysia bagi membolehkan mereka menang pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Paling menarik ialah apabila Majlis Peguam Malaysia yang merupakan badan yang memayungi peguam-peguam di Malaysia, dengan senang hati ingin menghantar peguam-peguam terbaik mereka untuk membela lanun-lanun Sulu yang ditangkap hidup-hidup dan dibicarakan di mahkamah kerana memerangi negara ini.

Punyalah baik hati memandangkan Majlis Peguam Malaysia sangat cenderung kepada PKR dan DAP.

Semalam, 50 warga Nigeria merusuh di hadapan Balai Polis Jinjang dan menuntut agar polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang rakan mereka yang bernama Solomon Okolo akibat dipukul oleh penduduk kampung.

Difahamkan, Solomon dan seorang rakannya yang memandu kereta Proton Satria telah melanggar seorang penunggang motosikal warga tempatan sampai mati di Kampung Batu Muda sebelum itu. Insiden tersebut telah dilihat oleh orang kampung. Berlaku pertengkaran dengan Solomon Okolo bersikap kurang ajar dan mencabar penduduk yang bersemuka dengannya mengakibatkan pergaduhan tercetus.

Baca Lagi Disini

FULL VIDEO !!! NUAR "PUTAR GERUDI" didedahkan !!

Terkini dan Kejam !!!Gambar Penyangak Sulu Penggal Leher Anggota Keselamatan Didedahkan !!!




Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN



Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.


Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

SUMBER: http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/kejam-gambar-pengganas-sulu-penggal.html#Jz6qKttWQdEIVT0W.99

[Video] Sikap sebenar Seorang Penceramah PAS didedahkan !!!`


Hah Teman Malas Komen Lebih wooo.Kome tengok video yang ada kat bawah ni.Oh ni rupanya penceramah deme yang sebenarnya.Kome Layan le video Kat bawah Ni?Hah Apa Pendapat Kome ye tentang Video Ni??

Hah Klik DISINI untuk Tonton Video Ye.

SUMBER Dari Laman Blog : bro Jinggo

Terbaru !!!Masjid Kelantan atau Patung Budha Terbesar Kelantan lagi penting ???


Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga,Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa.Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu,ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.“Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama,Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.Namun baru-baru ini,Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’,mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. 

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”.Lebih malang lagi,‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja,PAS sekarang ini,sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.PAS juga begitu bangga menyatakan,kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta. 

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.Sebaliknya,BN yang sebelum ini tewas,terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.Apapun,rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Baca Lagi DISINI

Terkini !!! Tok Pawang Sulu Mati Dibunuh dgn Kejam!!!


Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.

Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.

"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.

"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.

"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.

Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.

Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA).

Gempar !!! Najib Ada Kejutan Buat Rakyat Malaysia???


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Gempar!! Fitnah Jahat Tentang Kematian Pelakon Awal Ashaari!!!


A

Awal Ashaari Terkedu Terima Berita Kematiannya

“Saya terkedu !”Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita “kematiannya” yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.

Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.
“Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.

“Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit.

“Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya,” ujarnya.

Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya.

“Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama,” katanya tegas.

Terbaru !! MB Perak: Wira Negara Kongsi Detik Cemas Berdepan Pengganas Sulu


“Selagi masih bernyawa dan termampu, saya akan teruskan perjuangan mempertahankan negara yang tercinta ini. Saya tidak akan berundur. Itu sumpah saya kepada rakan-rakan yang terkorban”.

Demikian ungkapan semangat wira negara Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkilfi, 22, anggota VAT 69 yang cedera ditembak dibahu kanan ketika bertempur dengan militan Sulu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, awal bulan lalu.

Menceritakan semula detik cemas yang berlaku, Mohammad Qaiyum yang berada dalam kumpulan Delta ketika itu sedang memberi bantuan kepada kumpulan Bravo dan Charlie yang diserang hendap sebelum kejadian.

“Mereka (pengganas) telah menunggu kami dan melepaskan tembakan kepada kami, dengar daripada tembakan itu memang padat… paling kecil M16 digunakan dan saya juga terkena tembakan curi dan hampir terkorban,” katanya.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangan wira negara di kediaman Menteri Besar, malam tadi turut memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyelamatkan nyawanya dari terus ditembak musuh.

“Sarjan Hairi telah bertarung nyawa untuk keluarkan saya dari tempat kejadian, saya terhutang budi dan nyawa kepada mereka yang sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya dari tempat kejadian,” katanya lagi.

Lagi Baca SINI
Video Penuh SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget