Ancaman pendatang asing di Malaysia semakin menjadi-jadi. Kebanyakan pendatang asing di Malaysia cukup besar kepala dan berasakan mereka adalah maharaja manakala rakyat tempatan pula perlu sentiasa tunduk dan akur kepada mereka.
Sikap bongkak dan besar diri imigran-imigran yang datang menumpang mencari rezeki di negara ini, dibela dan dibesar-besarkan serta diagung-agungkan pula oleh Pakatan Rakyat. Bahkan Ketua Umum PKR dan konco-konconya telah menjemput dan membayar upah imigran-imigran atau lebih tepat lagi, lanun-lanun Sulu di Sabah untuk mencetuskan peperangan dengan pasukan keselamatan Malaysia bagi membolehkan mereka menang pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Paling menarik ialah apabila Majlis Peguam Malaysia yang merupakan badan yang memayungi peguam-peguam di Malaysia, dengan senang hati ingin menghantar peguam-peguam terbaik mereka untuk membela lanun-lanun Sulu yang ditangkap hidup-hidup dan dibicarakan di mahkamah kerana memerangi negara ini.
Punyalah baik hati memandangkan Majlis Peguam Malaysia sangat cenderung kepada PKR dan DAP.
Semalam, 50 warga Nigeria merusuh di hadapan Balai Polis Jinjang dan menuntut agar polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang rakan mereka yang bernama Solomon Okolo akibat dipukul oleh penduduk kampung.
Difahamkan, Solomon dan seorang rakannya yang memandu kereta Proton Satria telah melanggar seorang penunggang motosikal warga tempatan sampai mati di Kampung Batu Muda sebelum itu. Insiden tersebut telah dilihat oleh orang kampung. Berlaku pertengkaran dengan Solomon Okolo bersikap kurang ajar dan mencabar penduduk yang bersemuka dengannya mengakibatkan pergaduhan tercetus.
Baca Lagi Disini
No comments:
Post a Comment